• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • Members
  • Laws, BC Rulings and Practice Directions
  • Practice Directions
Members
Circulars
  • 2025 - 2026
  • 2020 - 2024
  • 2015 - 2019
  • 2010 - 2014
  • 2005 - 2009
  • 2002 - 2004
  • General Statements
Malaysian Bar Library
  • Malaysian Bar Library
Peer Support Network
  • Peer Support Network
Sijil Annual and Payments
  • Sijil Annual
  • Payments Required Under the LPA
Benefits
  • Products & Services
  • Counselling Services
Practice Management
  • AMLA
  • PII & RM
Professional Development
  • CPD
Opportunities for Practice
  • Mediation
  • Court-Assigned Counsel for Capital Cases
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
  • Jobs
Mentor-Mentee Programmes
  • General Practice Management
Laws, BC Rulings and Practice Directions
  • Legal Profession Act 1976
  • Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978
  • Legal Profession (Publicity) Rules 2025
  • Rules and Rulings of the Bar Council
  • Practice Directions
  • Disciplinary Matters
  • Other Laws
Resources
  • Useful Info | COVID-19 Pandemic
  • FAQs for Members
  • Jurisk!
  • Insaf
  • Praxis/Infoline
  • Annual Report
  • Peer Support Network
Become a Member
  • Foreign Lawyer/Law Firm
  • Pupillage
  • Admission
  • Go back to list
Arahan Amalan Bil.3/2010 - Garis Panduan Dan Tanggungjawab Peguam-Peguam Yang Dilantik Oleh Mahkamah Bagi Kes-Kes Kesalahan Hukuman Mati 30 Aug 2010 12:00 am

ARAHAN AMALAN BIL. 3 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGUAM-PEGUAM YANG DILANTIK
OLEH MAHKAMAH BAGI KES-KES KESALAHAN HUKUMAN MATI

Arahan Amalan ini dibuat bagi memberikan panduan kepada Pendaftar dan juga Peguam Lantikan Mahkamah bagi kes-kes hukuman mati mengenai tatacara pelantikan.

1. PELANTIKAN

1.1.  Setiap Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi yang beramal di Malaya, Sabah dan Sarawak, mempunyai sijil amalan yang sah bagi tahun tersebut, dan memenuhi kelayakan sebagaimana yang dinyatakan dibawah dan telah menyatakan hasratnya untuk menjadi peguam lantikan Mahkamah boleh berbuat demikian dengan mengemukakan Boranq 1A untuk dilantik oleh Mahkamah. Nama peguam tersebut hendaklah disenaraikan di dalam Daftar Peguam Lantikan Mahkamah yang disimpan oleh Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah dan Advocates Association of Sarawak.

Sesalinan borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Pejabat Ketua Pendaftar untuk rujukan. Setiap Majlis Peguam hendaklah mengemukakan senarai nama-nama peguam yang dilantik oleh manamana mahkamah yang telah dikemaskinikan setiap tahun kepada KetuaPendaftar Mahkamah Persekutuan, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

1.2.  Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana Peguambela dan Peguamcara yang telah didaftarkan sebagai Peguam Lantikan Mahkamah oleh Majlis Peguam untuk dilantik bagi mewakili mana-mana tertuduh dalam kes-kes hukuman mati.

1.3. Pelantikan Peguam boleh dibuat di mana-mana peringkat prosiding jenayah oleh Pendaftar-Pendaftar Mahkamah. Walaubagaimanapun adalah lebih wajar sekiranya pelantikan tersebut di buat sebaik sahaja tertuduh di tuduh melakukan kesalahan yang membawa hukuman mati di Mahkamah Tinggi ataupun tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap sabitan hukuman mati di Mahkamah Persekutuan atau di Mahkamah Rayuan sebagaimana kes tersebut.

1.4. Bagi tujuan untuk mempercepatkan perbicaran rayuan kes-kes hukuman mati yang dirayu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, keutamaan hendaklah diberikan kepada peguam yang mewakili tertuduh di peringkat Mahkamah bicara, dan ini adalah tertakluk kepada persetujuan antara tertuduh dan peguam tersebut. Perkara ini hendaklah di maklumkan kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan oleh peguam tersebut untuk mempercepatkan proses pelantikan.

1.5. Bagi kes-kes di mana tertuduh mengaku salah kepada pertuduhan yang dikurangkan dan Mahkamah telah melantik peguam, pelantikan adalah berterusan bagi tujuan untuk mewakili tertuduh dalam prosiding pengakuan salah tersebut.

1.6. Jika mana-mana tertuduh menuntut untuk dibicarakan terhadap pertuduhan yang telah dikurangkan, yang tidak membawa kepada hukuman mati, maka pelantikan tidak akan diteruskan.

2. KELAYAKAN

2.1. Untuk dilantik sebagai Peguam Lantikan Mahkamah, seorang Peguambela dan Peguamcara hendaklah memenuhi kriteria berikut:-

a) hendaklah secara aktif mengendalikan kes-kes jenayah untuk tempoh 3 tahun sebelum pelantikan; dan

b) dalam tempoh 3 tahun tersebut telah secara sendiri atau pun membantu peguamcara lain mengendalikan tiga kes yang melibatkan hukuman mati

2.2.  Pengalaman terdahulu Peguambela dan Peguamcara sebagai hakim atau sebagai Timbalan Pendakwaraya atau Peguam Persekutuan atau sebagai Pegawai Kehakiman & Perundangan boleh diterima sebagai syarat kelayakan.

3. PENERIMAAN PELANTIKAN

3.1.  Apabila Peguamcara dan Peguambela telah menerima pelantikan tersebut,beliau hendaklah menyempurnakan pelantikan tersebut dengan setakat dia berupaya (to the best of his ability). Seseorang peguam yang telah menerima pelantikan tidak boleh menarik diri melainkan terdapat permintaan oleh tertuduh sebelum perbicaraan dimulakan dan dengan kebenaran Mahkamah.

4. KEMASUKAN DALAM DAFTAR PEGUAM LANTlKAN MAHKAMAH

4.1. Untuk dimasukkan dalam Daftar Pelantikan Peguam oleh Mahkamah, Peguambela dan Peguamcara hendaklah mengisi Borang A1 dan menghantarnya kepada Jawatankuasa Peguam Negeri yang berkenaan dan seterusnya kepada Majlis Peguam Malaysia atau Persatuan Undang- Undang Sabah atau Advocates Association of Sarawak.

Sesalinan borang tersebut hendaklah dihantar kepada:

a) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia; atau

b) Pendaftar Mahkamah Rayuan; atau

c) Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya; atau

d) Pendafar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak; dan mengesahkan kelayakannya sebagaimana di nyatakan di perenggan 2 dan juga menyatakan persetujuannya untuk bertindak sebagai peguam lantikan Mahkamah.

5. TANGGUNGJAWAB PEGUAM LANTlKAN MAHKAMAH

5.1. Apabila seorang peguambela dan peguamcara telah menerima pelantikan tersebut, peguambela dan peguamcara tersebut hendaklah memastikan bahawa beliau bersedia untuk mewakili tertuduh di mana-mana peringkat prosiding perbicaraan ataupun peringkat rayuan sebagaimana kes tersebut.

5.2.   Tugas dan tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut :

a) untuk mengendalikan kes dengan tekun dan berkesan pada setiap masa perbicaraan ataupun rayuan terhadap tertuduh sebagaimana kes tersebut;

b) untuk menjalankan sessi temuramah dengan tertuduh bagi mendapatkan arahan lengkap sebelum perbicaraan dimulakan dan menyimpan rekod-rekod tersebut;

c) untuk mempertimbangkan samada representasi perlu dibuat kepada Jabatan Peguam Negara dan jika ya, membuat permohonan dalam tempoh masa yang munasabah; dan

d) tidak memberikan kes tersebut kepada peguam lain ,kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

6. SARAAN

6.1.  Di akhir setiap prosiding perbicaraan, Peguam Lantikan Mahkamah akan dibayar yuran perkhidmatannya sebagaimana skala yang ditetapkan di dalam Arahan Amalan Bil. 2 Tahun 2010 atau apa-apa pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.

6.2.   Tuntutan hendaklah dibuat melalui surat kepada Pendaftar Mahkamah yang berkenaan dengan mengisi borang sebagaimana di Appendix A dengan melampirkan bersama dokumen berikut :-

(i) Surat Pelantikan sebagai Peguam Lantikan Mahkamah;

(ii) Perintah bermetrai dari Mahkamah yang berkenaan dan

(iii) Butir-butir tuntutan seperti jumlah hari perbicaraan,bayaran fotokopi, bayaran talipon/faks/pos dan perbelanjaaan perjalanan.

6.3.  Peguambela dan Peguamcara dikehendaki menyimpan rekod berkenaan masa yang digunakan ketika perbicaraan di Mahkamah dan menemuduga tertuduh, diskripsi kertas kerja yang telah dibuat dan salinan-salinan hujahan serta ikatan autoriti yang telah dikemukakan pada mahkamah.

6.4.  Pendaftar Mahkamah yang berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan penjelasan yang spesifik ataupun dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Akauntan Negara sebelum tuntutan boleh diluluskan.

6.5.  Jika Peguambela dan Peguamcara yang mewakili tertuduh mempunyai 2 kes yang didaftarkan dibawah nombor rayuan yang berlainan dan kes didengar secara bersama,tuntutan untuk "getting up" akan hanya dibayar bagi satu kes sahaja. Lain-lain perbelanjaan out of pocket akan dibayar sewajarnya.

7. PEGUAM LANTIKAN MAHKAMAH UNTUK KES-KES SELAIN DARI HUKUMAN MATI

7.1. Demi kepentingan keadilan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan, mengikut budibicaranya,boleh melantik mana-mana peguambela dan peguamcara seperti yang dinyatakan dalam Daftar Pelantikan Peguam Oleh Mahkamah untuk mengendalikan rayuan mana-mana tertuduh yang tidak diwaklili peguam dalam kes-kes yang tidak membawa kepada hukuman mati.

8. NOTA KETERANGAN

8.1. Nota Keterangan hendaklah di bekalkan kepada peguambela dan peguamcara atas permohonan tanpa dikenakan kos .

9. DAFTAR PEGUAM LANTIKAN MAHKAMAH

9.1.   Majlis Peguam Malaysia hendaklah menyelenggara, menyimpan dan mengemaskinikan Daftar Peguam Lantikan Mahkamah sebagaimana dirujuk di dalam Arahan Amalan ini.

9.2.   Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai budibicaranya untuk memilih manamana peguam daripada Daftar Peguam Lantikan Mahkamah tanpa memberikan sebab-sebab pemilihan.

9.3.   Majlis Peguam Malaysia boleh mengeluarkan nama mana-mana peguam yang di daftar dalam Daftar Peguam Lantikan Mahkamah jika ianya adalah sesuai dan hendaklah menyerahkan senarai yang telah dikemaskini kepada Ketua Pendaftar, Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak untuk mereka membuat pilihan.

10. HAL-HAL LAIN

10.1.  Pihak Mahkamah, Majlis Peguam, Persatuan Undang-Undang Sabah, Advocates Association of Sarawak dan Jawatankuasa Peguam Negeri boleh, apabila perlu meminta peguambela dan peguamcara mengemukakan apa-apa maklumat bahawa peguambela dan peguamcara tersebut adalah layak untuk didaftarkan sebagai Peguam Lantikan Mahkamah berdasarkan kepada Arahan Amalan ini.

10.2. Jika terdapat mana-mana keadaan tidak diliputi oleh garispanduan ini, Peguambela dan Peguamcara hendaklah bertindak demi kepentingan tertuduh dengan mengambilkira tanggungjawab utamanya sebagai pegawai mahkamah adalah bagi membaritu Mahkamah mentadbirkan keadilan.


Arahan Amalan ini adalah berkuatkuasa 1 April 2010.

(DATUK HASNAH BINTI DATO' MOHAMMED HASHIM)
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA


If you are a registered user of the Malaysian Bar website, you may click here  to view "Arahan Amalan Bil. 3/2010 - Garis Panduan Dan Tanggungjawab Peguam Yang Dilantik Oleh Mahkamah".

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a