• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media | Keperluan Mendesak untuk Memasukkan “Ketidakupayaan” ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 8 May 2024 12:28 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 8 Mei 2024, yang boleh didapati di sini.

Badan Peguam Malaysia amat bimbang dengan situasi Orang Kurang Upaya (“OKU”) yang masih didiskriminasikan. OKU masih lagi berdepan dengan diskriminasi dalam bidang pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perkhidmatan kewangan, kebolehcapaian fizikal dan digital, sukan, dan penyertaan politik.

Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan larangan yang eksplisit mengenai diskriminasi terhadap ketidakupayaan. Perkara 8(2), antara lainnya, memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina “kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan.”

Perkara 8 juga adalah dasar kepada hak asasi pendidikan yang diperuntukkan dalam Perkara 12(1) Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut:

"12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan). "

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities, “CRPD”) pada Julai 2010.  Sehingga kini (Mei 2024), setelah 14 tahun berlalu, Malaysia masih lagi belum mengharmonikan mana-mana undang-undang domestik dengan CRPD.  Ia mestilah dimulakan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Kurang Upaya 2008, dan mestilah diteruskan dengan undang-undang lain yang meliputi semua aspek kehidupan setiap rakyat.

Perlembagaan Persekutuan — sebagai undang-undang tertinggi negara — haruslah diharmonikan dengan CRPD. Perlembagaan Persekutuan seperti yang sedia ada tidak menyebut ketidakupayaan sebagai alasan untuk melarang diskriminasi, dan oleh itu ia adalah tidak selaras dengan CRPD.  Kesimpulannya, ia tidak mendukung dan melindungi hak golongan yang lemah dan yang semakin berkembang ini.  Setelah 67 tahun kita Merdeka, OKU masih terus diabaikan.

Berdasarkan anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2022, OKU membentuk 16% daripada populasi penduduk dunia.  Setakat 29 Februari 2024, 2.1% daripada penduduk Malaysia adalah pemegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Malaysia telah menjadi negara menua dengan 11.3% daripada jumlah penduduknya telah berumur 60 tahun dan ke atas.1  Ini akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan OKU di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Kegagalan mendukung undang-undang dan perlindungan sosial OKU di Malaysia adalah tidak konsisten dengan kewajipan antarabangsa negara kita yang terikat dari segi undang-undang di bawah CRPD.  OKU terus berdepan dengan undang-undang yang terangkum dengan sifat, polisi, dan amalan yang berdiskriminasi; dan dipinggirkan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kesihatan, akses kepada barangan dan perkhidmatan (termasuklah barangan dan perkhidmatan kewangan), perumahan, kenderaan awam, kebolehcapaian dan komunikasi digital, dan sukan.

Dengan tidak memasukkan jaminan khusus kesaksamaan dan tiada diskriminasi atas sebab ketidakupayaan, Perlembagaan Persekutuan seperti yang sedia ada, meminggirkan golongan OKU.  Ia melemahkan maruah dan kesaksamaan rakyat Malaysia yang kurang upaya.

Konsep perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang bermaksud perlindungan yang efektif terhadap undang-undang yang mendiskriminasikan atas sebab ketidakupayaan. Ini bermakna orang yang didiskriminasikan mestilah mempunyai remedi melalui undang-undang. Perlindungan sedemikian termasuklah peluang untuk mengisytiharkan undang-undang yang berdiskriminasi sebagai batal dan tidak sah. Ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya jaminan kesaksamaan dan tiada diskriminasi atas sebab ketidakupayaan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, mana-mana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mencabar perlembagaan di mahkamah.

Badan Peguam Malaysia oleh itu, menyeru Kerajaan untuk dengan segera meminda Perkara 8(2) dan 12(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan bahawa ia memberikan perlindungan hak yang eksplisit kepada OKU. Cadangan pindaan (seperti yang digariskan dan ditebalkan) adalah untuk memasukkan perkataan “ketidakupayaan” ke dalam Perkara 8(2) dan 12(1), seperti berikut:

Kesamarataan

8.  (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir, ketidakupayaan atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.


Hak berkenaan dengan pendidikan

12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, ketidakupayaan atau tempat lahir—

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

Cadangan pindaan ini akan membuka jalan kepada Malaysia untuk mengharmonikan undang-undang domestik dengan CRPD yang telah lama terlewat.  Untuk memastikan pindaan undang-undang yang penting ini dilaksanakan, Majlis Peguam telah menubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Orang Kurang Upaya (Ad Hoc Committee on Persons with Disabilities) dan melantik Meera Samanther dan Anit Kaur Randhawa sebagai Pengerusi Bersama.  Badan Peguam Malaysia komited untuk mendukung hak-hak OKU di negara ini.


Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

8 Mei 2024


1 Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Suku Tahun ke-2, 2023.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a