This post is reproduced from here.
PROHAM urges all political parties to uphold the Federal Constitution of Malaysia.
The Federal Constitution is the supreme law of the Federation and Article 4 provides that any law passed after Merdeka which is inconsistent with the Constitution, shall to the extent of the inconsistency, be void.
Article 74 provides that the Malaysian Parliament may make laws with respect to any matters enumerated in the Federal List or the Concurrent List (i.e the First or Third List) set out in the Ninth Schedule. The Legislature of the State may make laws with respect to any of the matters enumerated in the State List (i.e the Second List) or the Concurrent List.
Further Article 75 provides that if any state law is inconsistent with the federal law, the federal law shall prevail and the state law shall, to the extent of the inconsistency, be void.
Public Order, Criminal Law and Creation of Offences in respect of any matters included in the Federal List come within the First List of the Ninth Schedule and hence totally within the jurisdiction of Parliament. The State Legislature cannot pass such laws.
Therefore, the recent passing of the Syariah Criminal Code II 1993 (i.e the Hudud Law) is ultra vires the Constitution and hence, void under Article 4 and Article 75 of the Federal Constitution.
Further, the said Hudud Law is in breach of Article 8 of the Federal Constitution which guarantees equality and non–discrimination.
In view thereof, PROHAM urges all members of the State Legislature and members of Parliament to uphold and respect the Federal Constitution being the supreme law of Malaysia.
Issued by Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (Proham Chairman)
March 20, 2015
____________________________________________________________
Perlembagaan Persekutuan & Hukum Hudud
PROHAM menggesa semua parti politik untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang–undang utama Persekutuan dan Perkara 4 memperuntukkan bahawa mana–mana undang–undang yang diluluskan selepas Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan, hendaklah setakat ketidakselarasan itu, terbatal.
Perkara 74 memperuntukkan bahawa Parlimen Malaysia boleh membuat undang–undang mengenai apa–apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga) yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan. Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang–undang mengenai mana–mana perkara yang disebut tersenarai dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua) atau Senarai Bersama.
Selanjutnya Perkara 75 memperuntukkan bahawa jika mana–mana undang–undang negeri tidak selaras dengan undang–undang persekutuan, undang–undang persekutuan akan diguna pakai dan undang–undang negeri itu hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal.
Undang–undang Ketenteraman Awam, Undang–undang Jenayah dan Penciptaan Kesalahan berkenaan dengan mana–mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan termasuk dalam Senarai Pertama Jadual Kesembilan dan dengan itu sama sekali dalam bidang kuasa Parlimen. Dewan Undangan Negeri tidak boleh meluluskan undang–undang tersebut.
Oleh itu, kelulusan baru–baru ini Kod Syariah Jenayah II 1993 (iaitu Hukum Hudud) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, tidak sah di bawah Perkara 4 dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.
Di samping itu, Undang–undang Hudud melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan tanpa diskriminasi.
Memandangkan itu, PROHAM menggesa semua ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli–ahli Parlimen untuk menjunjung dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang–undang tertinggi Malaysia.
Dikeluarkan oleh Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (Pengerusi Proham)
20hb Mac 2015