• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Benefits
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Court Judgments
  • Judgments
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Wee Choo Keong v Dato' Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Election Judge) 1995 [HCKL] 1 Oct 2007 12:00 am

Wee Choo Keong v Dato' Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Election Judge) 1995 [HCKL]

 

WEE CHOO KEONG LWN. Y.A. DATO' AHMAD FAIRUZ SHEIKH ABDUL HALIM (HAKIM PILIHANRAYA) & LAGI
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
DATUK WIRA HJ. MOHD. NOOR BIN HJ. AHMAD H
[USUL PEMULA R1–25–127–95]
28 SEPTEMBER 1995

PENGHAKIMAN

Mohd. Noor Ahmad H:

Permohonan secara exparte dibuat oleh pemohon bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Y.A. Dato' Ahmad Fairuz bin Sheikh

Abdul Halim, Hakim Pilihanraya yang diberi pada 2 Ogos 1995. Dalam permulaan prosiding ini En. Karpal Singh bagi pihak pemohon telah meminta Mahkamah ini mengemukakan satu soalan undang–undang yang dikatakan membabit satu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ke Mahkamah Persekutuan dibawah peruntukan s. 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Soalan yang dicadangkan ialah:

Samada peruntukan Fasal 118 Perlembagaan Persekutuan tidak membenar certiorari dikeluarkan bagi membatal keputusan seseorang Hakim Pilihanraya.

Dato' Stanley Isaacs bagi pihak Peguam Negara membantah.

Secara ringkas, alasan–alasan yang dikemukakan oleh En. Karpal ialah:

(1) Keputusan Mahkamah Agung dalam kes Ignatius Stephen Malanjum lwn. Election Judge Sabah & Anor. Mahkamah Agung Rayuan Sivil No. 03–42–89 yang telah memutuskan bahawa certiorari tidak boleh dikeluarkan untuk membatal keputusan seorang Hakim Pilihanraya adalah tidak mencukupi bagi menjawab secara muktamad soalan undangundang yang dikemukakan itu, kerana:

(a) Keputusan itu telah lama dibuat ketika terdapat hanya sistem 2–tingkat iaitu, Mahkamah Tinggi dan Mahkaman Agung. Sekarang terdapat sistem 3–tingkat iaitu, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pendek kata, beliau mengatakan bahawa Mahkamah Agung dahulu adalah lebih rendah dari Mahkamah Persekutuan yang wujud sekarang ini.

(b) Penghakiman Mahkamah Agung itu dibuat secara lisan dan terlalu ringkas tanpa sebab–sebab yang tertentu dan mendalam diberi. Penghakiman bertulis yang mendalam tidak diberi oleh Mahkamah Agung.

(2) Oleh itu, beliau menekankan, demi kepentingan orang awam soalan undang–undang itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Mengikut beliau, pemohon bukanlah seorang sahaja yang terkilan atas keputusan Hakim Pilihanraya itu tetapi kebanyakan pengundipengundi di kawasan Bukit Bintang yang telah memilih pemohon sebagai Wakil Rakyat mereka bagi kawasan itu juga turut terkilan. Ini adalah kerana keputusan itu mengakibatkan Mahkamah telah melantik seorang Wakil Rakyat yang tidak dipilih oleh pengundi–pengundi berkenaan. Oleh sebab yang sedemikian, sekiranya keputusan seorang Hakim Pilihanraya tidak boleh dipersoalkan, keadaan huru–hara dan anarki akan timbul. Kata beliau lagi bahawa keputusan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen dan mempunyai unsur diktator yang tidak boleh dibiarkan timbul.

Selepas meneliti penghujahan kedua–dua pihak serta nas–nas yang dikemukakan, pendapat saya adalah seperti berikut:

(1) Memandangkan semata–mata kepada bentuk permohonan utama dalam prosiding ini, iaitu permohonan untuk kebenaran bagi permohonan certiorari, soalan itu tidak membabitkan sebarang isu Perlembagaan. Fasal 118 cuma memperuntukkan bahawa sesuatu keputusan pilihanraya boleh dipersoalkan hanya melalui petisyen pilihanraya yang perlu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi. Fasal itu tidak memperuntukkan bahawa keputusan itu adalah muktamad. Ianya diperuntukkan dibawah s. 36 Akta Kesalahan–Kesalahan Pilihanraya 1954. Dan lagi, permohonan utama itu hanya membabitkan A. 53 Kaedah–Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. (2) Keputusan Mahkamah Agung yang dikatakan tadi itu yang berlarutan daripada keputusan saya sendiri adalah secucuk dengan jenis permohonan utama dihadapan saya sekarang ini. Walaupun sistem mengenal peringkat itu sudah berubah, Mahkamah Agung itu adalah setaraf dengan Mahkamah Persekutuan yang ada sekarang ini kerana masingmasing merupakan Mahkamah tertinggi sekali dalam negara ini. Lagi pun, keputusan Mahkamah Agung itu adalah kukuh memandangkan yang terdapatnya lagi satu keputusan yang serupa dalam kes Goonesinha lwn. Hon. C.L. De Kretser [1944] AC 62 yang diasaskan atas peruntukan undang–undang di Ceylon yang hampir serupa dengan peruntukan undang–undang yang relevan di negara ini.

(3) Berlandaskan atas prinsip 'stare decisis' adalah jelas bahawa keputusan Mahkamah Agung itu mengikat saya.

Pada pendapat saya, permohonan sebegini sepatutnya dibuat dalam prosiding dihadapan Hakim Pilihanraya dahulu mengenai isu Fasal 48(1) Perlembagaan kerana perbicaraan itu walaupun adalah diadakan dihadapan Hakim Pilihanraya prosiding itu adalah dalam Mahkamah Tinggi.

Walaupun keputusan yang saya buat ini berakibat 'pintu remedi' pemohon tertutup, pada pendapat saya, dengan adanya 'checks and balances' dalam undang–undang kita sendiri dan dengan menggunakan anugerah semula jadi Allah kepada manusia, iaitu 'common sense' oleh semua pihak yang bertanggungjawab, kata–kata En. Karpal mengenai kemungkinan timbulnya keadaan huru–hara dan anarki dan keputusan itu mempunyai unsur diktator tidak boleh diterima (do not hold water). Tentang kata beliau yang keputusan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen dan hak merayu terhadap keputusan seorang Hakim Pilihanraya tidak diberi oleh undang–undang sekarang, lebih baik perkara ini dibiarkan sahaja kepada kebijaksanaan Parlimen (the wisdom of Parliament).

Memandangkan kepada peruntukan s. 14(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sebutan responden 1 sebagai satu pihak dipotong dari prosiding ini.

Oleh yang demikian, saya membuat perintah–perintah seperti berikut:

(1) Permohonan untuk soalan undang–undang tersebut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan ditolak,

(2) permohonan utama untuk kebenaran bagi momohon satu perintah certiorari itu ditolak, dengan kos kepada Peguam Negara.

Bagi pihak pemohon – Karpal Singh; (Jagdeep Singh Deo bersamanya); Tetuan Jagdeep Singh & Co.

Bagi pihak Peguam Negara – Dato' Stanley Isaacs

 

© Copyright Reserved 2021. Bar Council Malaysia.