Pada 3 Julai 2021, Majlis Peguam telah memberikan sokongan atas pembentukan suatu rangkaian sokongan, pada peringkat kebangsaan, untuk mereka yang pernah mengalami amang seksual dalam profesion undang-undang yang dinamakan “Peer Support Network” (“PSN”).
Susulan daripada ini, pada 11 Dis 2021 Majlis Peguam telah meluluskan Peraturan 14.29 (Ruling 14.29) di bawah Bab 14 Kaedah dan Peraturan Majlis Peguam (Bar Council Rules and Rulings), yang menyatakan berikut:
14.29. Sexual harassment constitutes misconduct under section 94(3) of the Act
(1) Any act of sexual harassment by an Advocate and Solicitor or a pupil in a professional capacity or in a professional setting amounts to misconduct.
(2) Sexual harassment means any unwanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, made directly or indirectly at a person or physically communicated in person or through the use of any medium or physical conduct, which a reasonable person would consider to be offensive or humiliating or a threat to their well-being or comfort.
Melalui Peraturan ini, sebarang tindakan amang seksual oleh seorang peguam bela dan peguam cara ataupun pelatih dalam kamar dalam kapasiti profesional ataupun dalam persekitaran profesional akan ditafsir sebagai salah laku di bawah seksyen 94(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976.
PSN telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Dis 2021, dan sejak pelancarannya, Majlis Peguam telah melatih para sukarelawan dalam kalangan peguam sebagai pengendali kes. Pengendali kes akan membantu mereka yang pernah / sedang mengalami amang seksual untuk mencari penyelesaian atau membetulkan ketidakadilan yang dialami mereka, melalui cara-cara berikut:
(a) Dalam firma guaman;
(b) Aduan jenayah (dengan membuat laporan polis);
(c) Aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara (“LTPP”) (dengan membuat laporan dengan LTPP); dan
(d) Pemfailan saman sivil.
Sekiranya anda ialah seorang Ahli Badan Peguam Malaysia atau pelatih dalam kamar yang pernah / sedang mengalami amang seksual dalam kapasiti profesional ataupun dalam persekitaran profesional, sila klik di sini untuk mengakses Borang Maklum Balas PSN bagi menghantar maklum balas anda mengenai insiden tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ataupun anda ingin dilatih sebagai seorang pengendali kes, sila hubungi kami di psn@malaysianbar.org.my.