• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • About Us
  • Committees
  • Constitutional Law Committee
About Us
Malaysian Bar and Bar Council
  • About Us
  • Bar Council Members
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Elections
President's Corner
  • Roll of Chairmen / Presidents
  • Press Statements
Committees
  • * Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Non-Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Contempt of Court
  • Ad Hoc Committee on Corporatisation of Law Firms and Multi-Disciplinary Practice
  • Ad Hoc Committee on Legal Services Blueprint
  • Ad Hoc Committee on Personal Data Protection
  • Ad Hoc Committee on Prison Reforms
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Statelessness
  • Ad Hoc Committee on Touting
  • Ad Hoc Pandemic Response
  • Ad Hoc Parliament Liaison Committee
  • Ad Hoc Peer Support Network
  • Ad Hoc Waqf Committee
  • Advocacy Training
  • AI, Cyberlaw and Data Protection Committee
  • AMLA Training Committee
  • Animal Rights Committee
  • Anti-Touting Committee
  • Arbitration
  • Art and Law Committee
  • Bahasa Melayu
  • Building
  • Child Rights
  • Civil Law and Law Reform Committee
  • Committee on AMLA
  • Committee on Orang Asli Rights
  • Committee on Persons with Disabilities
  • Committee on Reform to the Legal Sector
  • Constitutional Law Committee
  • Construction Law
  • Conveyancing Practice
  • Corporate and Commercial Law
  • Court Liaison
  • Criminal Law
  • Cyber and Privacy Laws Committee
  • Cyberlaw
  • Digital and Communications Committee
  • Enforcement Committee
  • Environment and Climate Change
  • Family Law
  • Finance
  • Government Affairs Committee
  • Human Rights
  • Industrial and Employment Law
  • INSAF Committee
  • Integration
  • Intellectual Property
  • International Affairs Committee
  • International Malaysia Law Conference 2026
  • International Policy and Practice Committee
  • Islamic Finance
  • Joint Committee on Environmental, Social and Governance (“ESG”)
  • Joint Working Committee on ELEVATE
  • Joint Working Task Force to Reform the Healthcare Dispute Resolution System
  • Law Reform and Special Areas
  • LAWASIA Conference 2024 Organising Committee
  • LawCare
  • Legal Databases Liaison
  • Legal Education Committee
  • Legal Profession
  • Legal Profession Practical Course Committee
  • Legal Tech, AI and Sandbox Committee
  • Mediation
  • Migrants, Refugees and Immigration Affairs Committee
  • MyBar Academy
  • MyBar Academy and Continuing Professional Development Committee
  • MyBar Ageing Rights Advisory ("MBARA") Committee
  • MyBar Carnival Organising Committee
  • National Legal Aid and YBGK Committee
  • National Legal Aid Committee
  • National Young Lawyers and Pupils Committee
  • Peer Support Network Committee
  • Personal Injury Claims and Awards
  • Professional Indemnity Insurance Committee
  • Professional Standards and Development
  • Publications
  • Regulatory Litigation Committee
  • Risk Management
  • Shipping and Admiralty Law
  • Small Firms Practice
  • Solicitors' Remuneration Enforcement
  • Sports
  • Sports and e-Sports Law Practice Committee
  • Sports Law Practice Committee
  • Strategic Litigation Committee
  • Syariah Court Liaison Committee
  • Syariah Law
  • Task Force on Independent Police Complaints and Misconduct Commission ("IPCMC") and Police Accountability
  • Tax and Customs Committee
  • Tender Review Committee
  • Trade in Legal Services Committee
  • Trade in Legal Services Committee
  • Women's Rights
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Committee
Previous Committees
  • * Previous Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Amendments to the LPA
  • Ad Hoc Committee on Anti-Money Laundering
  • Ad Hoc Committee on Benchmarking Law Firms
  • Ad Hoc Committee on Judicial Commission
  • Ad Hoc Committee On National Legal Aid Foundation
  • Ad Hoc Committee on Quality and Standards
  • Ad Hoc Committee on Rules and Regulations
  • Alternative Dispute Resolution
  • Gender Issues & Equal Opportunities (2005-2007)
  • Institutional and Law Reform
  • International Malaysia Law Conference 2012
  • International Malaysia Law Conference 2014
  • International Malaysia Law Conference 2016
  • International Malaysia Law Conference 2018
  • International Malaysia Law Conference 2020
  • International Malaysia Law Conference 2022
  • International Malaysia Law Conference 2023
  • LawCare Fund Management
  • Library
  • Malaysian Law Conference 2007
  • Malaysian Law Conference 2010
  • Motor Insurance Review Ad Hoc Committee
  • No-Fault Liability Scheme
  • Practice Management Support
  • Safer Malaysia
  • Standing Committee for the Promotion of Best Practices by Detaining Authorities (2005-2007)
  • Standing Committee on Court Rules (2005-2007)
  • Standing Committee on Eliminating Discrimination (2005-2007)
  • Standing Committee to Review LPA 1976
  • Study Loan
  • Task Force on Combined Rules of Court
  • Task Force to Review the Compendium of Personal Injury Awards
Contacts
  • Web Administrator
  • Complaints
  • Legal Aid Centres
  • State Bar Committees
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Bar Council Members
  • Bar Council
Advertising
  • Advertise with Bar Council
Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Go back to list
Peri pentingnya proses pilihan raya 23 Nov 2010 12:00 am

©The Malaysian Insider (Used by permission)
by Zulqarnain Lukman

22 NOV — Pilihan raya didefinisikan sebagai satu pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan ‘pilihan raya’ adalah tidak asing di kalangan rakyat Malaysia khususnya negara baharu sahaja menjalani dua proses pilihan raya kecil bagi memilih wakil rakyat baru setelah berlaku kekosongan luar jangka di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Semasa pembentukan Tanah Melayu yang merdeka, Suruhanjaya Reid telah ditugaskan untuk mendrafkan Perlembagaan Persekutuan, antara lain kandungannya adalah, untuk mencadangkan kewujudan sebuah negara persekutuan berasaskan sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai dua peringkat badan penggubal undang–undang (bicameral legislature). Akhirnya, Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan Dewan Rakyat (House of Representative) dan Dewan Negara (Senate) untuk tujuan itu. Ahli–ahli Dewan Rakyat akan dipilih menerusi sistem pilihan raya yang perlu diadakan sekurang–kurangnya dalam tempoh 5 tahun dari tempoh terakhir Dewan Rakyat dibubarkan. Manakala, di peringkat negeri, Suruhanjaya Reid telah mengemukakan cadangan supaya ianya mempunyai satu badan penggubal undang–undang sahaja.

Apa yang nyata, Suruhanjaya Reid telah meyakini bahawa sistem pilihan raya di peringkat persekutuan adalah mekanisme terbaik untuk memilih pemimpin yang berwibawa bagi tujuan penggubalan undang–undang. Bahkan, sistem yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid ini sebenarnya telah diuji yang mana satu pilihan raya pertama telah diadakan pada tahun 1955. Sistem pilihan raya ini telah diyakini mampu untuk membawa Tanah Melayu pada ketika itu ke arah demokrasi yang sebenar yang mana melaluinya semua rakyat mampu memilih pemimpin sebagai suara mewakili mereka dalam menggubal perundangan negara.

Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan menjelaskan struktur sistem pilihan raya di Malaysia. Bahagian ini mempunyai 8 peruntukan asal dan 1 peruntukan tambahan iaitu Perkara 118A yang dimasukkan melalui pindaan perlembagaan pada tahun 1965. Antara peruntukan penting dalam bahagian ini adalah berkaitan penjalanan pilihan raya, penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk keanggotaan dan kuasa SPR, cara mencabar sesuatu pemilihan dalam pilihan raya dan   kelayakan pemilih. Selain dari Bahagian VIII, terdapat juga beberapa peruntukan lain yang berkaitan dengan pilihan raya ini seperti Perkara 54 yang menghendaki suatu pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari jika berlaku kekosongan luar jangka dan Perkara 55(4) yang menghendaki suatu pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari setelah Parlimen dibubarkan. Selain itu, beberapa akta dan peraturan lain juga telah digubal seperti Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan–Peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 dan Peraturan–Peraturan (Pengundi Pos) 2003 untuk mengawal selia sistem pilihan raya di Malaysia.

Makalah ringkas ini ingin menekankan peri pentingnya sesuatu pilihan raya dan peranan institusi yang berhubungan dengan pilihan raya ini khususnya SPR di dalam Perlembagaan. Perlembagaan telah meletakkan SPR sebagai satu badan bebas yang tidak bertanggungjawab terhadap mana–mana pihak samada pihak kerajaan mahupun parti–parti politik. Perlantikan anggota–anggota SPR sendiri pun hanya boleh dibuat oleh Yang di–Pertuan Agong (YDPA) setelah berunding dengan Majlis Raja–Raja. YDPA juga hendaklah semasa melantik anggota SPR itu mengambil perhatian tentang peri pentingnya bahawa SPR ini mendapat kepercayaan masyarakat awam. Tambahan lagi, anggota SPR ini tidak boleh dibuang sesuka hati dan proses untuk membuang mana–mana anggota ini sama sukar dengan proses membuang mana–mana hakim (Mahkamah Tinggi dan ke atas). SPR ini diibaratkan sebagai pengadil dalam pertarungan antara parti politik di dalam pilihan raya. Seseorang pengadil dalam suatu pertandingan harus bersikap berkecuali dan tidak memihak kepada mana–mana pemain. Jika pengadil telah berperanan untuk memenangkan pemain tertentu maka tentu sekali permainan itu hanya permainan suka–suka atau olok–olok sahaja. Atas sifat berkecuali itu, SPR diberikan amanah dan kuasa untuk memastikan penjalanan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama. Selain itu, SPR juga diberikan kuasa untuk menyemak dan mendafttar pengundi, mengkaji persempadanan semula bahagian pilihan raya, menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian setelah berlaku kekosongan kerusi atau pembubaran Parlimen.

Sesuatu pilihan raya yang adil dan bebas bukan sahaja mencerminkan kemahuan rakyat bahkan menjadi satu piawaian antarabangsa mengenai tahap keutuhan hak asasi manusia. Meskipun, hak untuk mengundi ini tidak dimasukkan dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan  (bab berkaitan hak asasi) namun hakikatnya hak mengundi ini juga adalah hak asasi seseorang warganegara dan perlembagaan memberikan secara nyata hak ini. Adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang–undang untuk menyekat mana–mana pemilih berdaftar daripada mengundi calon pilihannya. Selain peruntukan yang nyata itu, hak ini juga selaras dengan Perkara 21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menyatakan bahawa kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan dan kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihan raya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan sama rata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara.

Oleh itu tidak hairanlah jika kita melihat pilihan raya di Myanmar yang baru diadakan dalam tempoh 20 tahun pemerintahan junta tentera hanya menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa kerana pilihan raya itu dilihat tidak telus dan hanya bersifat untuk menutup kelemahan pemerintahan junta tentera. Tambahan lagi, pihak pembangkang telah memboikot pilihan raya itu bila mana mereka dihalang untuk mengambil bahagian secara adil dan bebas dalam pillihan raya berkenaan. Kita juga melihat bagaimana kepercayaan umum terhadap Presiden Amerika, Barack Obama telah merosot dengan kekalahan parti Democrat kepada parti Republican dalam pilihan raya separuh penggal bagi kerusi Dewan Perwakilan dan hampir tewas dalam kerusi Senat. Ini membuktikan dasar yang diperkenalkan oleh Obama adalah tidak popular di kalangan pengundi.

Pada masa yang sama, jika diperhatikan, proses pilihan raya di Malaysia ini tidak banyak berubah. Meskipun, secara umumnya masyarakat memandang bahawa pilihan raya di Malaysia ini bebas (free) namun, proses tersebut masih lagi dianggap tidak adil (fair). Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri pernah menganjurkan satu perbincangan pada tahun 2007 berkaitan sistem pilihan raya di Malaysia dan kesimpulan yang diperolehi adalah bahawa beberapa aspek pilihan raya di Malaysia adalah tidak adil. Antaranya,

* semua parti bertanding tidak mendapat akses kepada media secara sama rata.

* hak untuk berhimpun khususnya kepada parti pembangkang terikat kepada sekatan yang tidak munasabah seperti kesukaran untuk mendapatkan permit polis.

* senarai daftar pemilih masih tidak dibersihkan daripada pengundi hantu.

* keperluan untuk pendaftaran sebagai pemilih secara otomatik bila mana mereka mencapai umur 21 tahun patut dilaksanakan.

* proses persempadanan semula yang tidak telus.

* tempoh berkempen yang terlalu pendek.

* keperluan mewujudkan kerajaan sementara (caretaker government).

* perlaksanaan undang–undang pilihan raya yang saksama dan adil.

* SPR perlu bebas dan berkecuali.

* pindaan perlu dibuat berkaitan kuasa Mahkamah untuk memutuskan petisyen pilihan raya secara adil tanpa terlalu terikat dengan prosedur.

* calon pilihan raya perlu lebih bertanggungjawab semasa berkempen dan mana–mana calon yang melanggar peraturan pilihan raya patut dibicarakan dan dihukum dalam kadar segera sebelum berlalu tempoh penggal pilihan raya itu.

Anehnya segala cadangan yang diberikan oleh SUHAKAM ini bagai mencurah air ke daun keladi. Pihak berkuasa hanya memandang sepi terhadap cadangan yang dikemukakan tanpa ada apa–apa inisiatif khusus untuk melaksanakannya. Pihak pembangkang masih terpaksa berhadapan dengan pihak ‘establishment’ di padang yang tidak sama rata. Peruntukan undang–undang masih belum dipinda. Sehingga kini, proses persempadanan semula yang sepatutnya dibuat dalam tahun 2010 ini juga tidak diketahui samada akan dibuat atau tidak. Penggunaan agensi rasmi kerajaan dalam membantu calon–calon tertentu juga tidak menjadi rahsia lagi. Bahkan, sebahagian pemimpin tanpa rasa segan dan malu menggunakan pentas pilihan raya sebagai tempat untuk mengumumkan projek yang bernilai ratusan juta ringgit.

Akhirnya, cadangan itu hanya tinggal di atas kertas sahaja sedangkan duit rakyat yang digunakan untuk membiayai SUHAKAM ini berjumlah kira–kira RM10 juta setahun (Laporan Tahunan 2009). Adakah rakyat memperolehi sebarang manfaat daripada perbelanjaan besar ini sekiranya segala cadangan yang dikemukakan tidak diberikan perhatian oleh pihak berwajib? Hanya anda selaku pengundi dan pemilih berdaftar mampu menjawab persoalan ini.

*Rencana di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Majlis Peguam Malaysia. Penulis merupakan ahli Jawatankuasa Undang–Undang Perlembagaan, Majlis Peguam Malaysia yang pada masa ini sedang menganjurkan Kempen PerlembagaanKu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen ini, ikuti kami di www.perlembagaanku.com 

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a