Teks ucapan oleh Encik Amer Hamzah Arshad semasa Pelancaran Kempen Perlembagaanku di Ipoh, Perak ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Di dalam perlembagaan negara kita terdapatnya struktur–struktur asas yang merupakan kerangka yang perlu wujud bagi memastikan kesinambungan proses demokrasi dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga struktur–struktur utama yang tersemat di dalam perlembagaan kita iaitu; kedaulatan undang–undang yang menegaskan bahawa hak–hak asasi rakyat tidak boleh dicabuli oleh kerajaan sewenang–wenangnya; pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri; dan doktrin pengasingan kuasa, yang menegaskan bahawa tidak ada suatu institusi atau badan yang boleh memegang kuasa mutlak ‘sovereign’ di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu; eksekutif (pentadbir), legislatif atau penggubal undang–undang (Parlimen) dan kehakiman.

Konsep–konsep atau struktur–struktur yang dinyatakan di atas telah pun diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 188 di mana ianya ditegaskan seperti berikut:–
Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar ungkapan, “absolute power, corrupts absolutely”. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa mentadbir, menggubal undang–undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan (‘check and balance’). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi.
Dengan adanya doktrin pengasingan kuasa, maka setiap satu organ kerajaan akan dapat memantau dan memastikan agar organ kerajaan yang lain tidak akan melangkaui kuasa yang telah diletakkan oleh perlembagaan. Oleh yang demikkian, di dalam sebuah Negara yang menggamalkan doktrin pengasingan kuasa, kita akan dapati bahawa parlimen akan menggubal undang–undang bagi membolehkan pihak eksekutif mentadbir dan sekiranya akan pertikaian dalam segi pentadbiran pertikaian akan diputuskan oleh badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa akan memastikan kelancaran sesuatu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan tidak ada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi.
Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang–undang boleh menghadkan kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana parlimen telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari kerajaan yang demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh negara kita.
Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:
Kata kunci yang tertera di dalam Artikel 121(1) (sebelum pindaan) adalah, “judicial power of the federation shall be vested in ... High Courts ..”, yang memberi maksud bahawa kuasa kehakiman dalam perlembagaan diletakkan kepada badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada undang–undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Kuasa yang diletakkan kepada institusi kehakiman adalah luas bagi membolehkan insitusi kehakiman menjalankan proses ‘check and balance’ terhadap undang–undang yang digubal oleh Parlimen dan tindakan pentadbiran Eksekutif secara efektif.
Selepas pindaan kepada Artikel 121(1) pada 1988, Artikel 121(1) telah dipinda di mana kuasa kehakiman kini ditentukan oleh Parlimen:–
Sepatutnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai perlembagaan bertulis seperti Malaysia, kita seharusnya kita mengamalkan sistem ‘constitutional supremacy’ di mana perlembagaan adalah kuasa utama dalam sistem demokrasi negara. Tetapi apa yang berlaku pada 1988 telah menjadikan Parlimen sebagai kuasa utama (‘Parliament supremacy’).
Kesan daripada pindaan terhadap Artikel 121(1) telah menyebabkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman tertakluk kepada dan boleh dihadkan oleh undang–undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen. Dalam ertikata lain, kuasa kehakiman selepas pindaan boleh dihadkan oleh Parlimen. Ini meletakkan Parlimen di suatu kedudukan yang lebih tinggi daripada institusi kehakiman.
Kesan yang paling ketara dapat dilihat selepas pindaan perlembagaan pada 1988 ialah tindakan eksekutif menggunakan Parlimen untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) di mana pada tahun 1989, Parlimen telah meminda ISA dengan memasukkan seksyen–seksyen yang mengehadkan bidangkuasa dan kuasa kehakiman di dalam menyemak keputusan eksekutif yang mengeluarkan perintah tahanan tanpa bicara. Sebelum pindaan 1988 institusi kehakiman mempunyai bidangkuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh eksekutif dari segi substantif dan prosedur. Tetapi selepas pindaan dibuat pada 1988 dan 1989, bidangkuasa institusi kehakiman telah dihadkan di mana Mahkamah hanya boleh menyemak perintah tahanan dari segi prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidangkuasa kehakiman telah terhakis. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah picisan daripada hakisan yang telah berlaku terhadap doktrin pengasingan kuasa.
Perbincangan setakat ini hanya menjurus kepada penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui penaklukan institusi kehakiman oleh eksekutif melalui proses penggubalan undang–undang oleh Parlimen. Apa yang kita tidak harus terlepas pandang juga ialah penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui cara tersirat iaitu di mana wujudnya anasir–anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim–hakim ataupun ketua–ketua hakim yang rapat dengan pihak eksekutif. Skandal klip video VK.Lingam umpamanya telah mengejutkan rakyat Malaysia yang rata–rata mungkin sedang beradu sebelum ini. Insiden video kilip tersebut jelas membuktikan kewujudan elemen campurtangan eksekutif dalam institusi kehakiman yang selama ini hanya diperkatakan tanpa dapat dilihat. Penghakisan doktrin pengasingan kuasa melalui proses ini adalah lebih merbahaya kerana ianya tidak dapat dikesan dengan jelas.
Jadi adalah jelas bahawa sekiranya doktrin pengasingan kuasa tidak wujud ianya akan menyebabkan salah satu organ kerajaan akan menjadi lebih berkuasa. Kebiasaannya institusi kehakimanlah yang akan dikawal ataupun dikembirikan untuk memastikan institusi kehakiman tidak dapat menghalang kuasa eksekutif. Apabila ini berlaku maka institusi kehakiman tidak akan dapat melindungi hak–hak rakyat dari tindakan eksekutif yang melampaui norma–norma hak–hak asasi dengan efektif.
Kini sudah lebih dari 20 tahun sejak pindaan terhadap Artikel 121(1) berlaku, walaupun suatu tempoh yang agak lama telah berlalu, ianya tidak bermakna kuasa institusi kehakiman tidak boleh dikembalikan kepada tempat yang sepatutnya. Sekiranya, hakim–hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak–hak kehakiman, sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan yang padu. Ianya masih belum terlambat untuk kita mengambil pendirian yang betul. Sesuatu revolusi bermula dengan diri kita sendiri. Sekiranya rakyat mempunyai kesedaran mengenai sejarah dan proses manipulasi yang telah berlaku dan sedang berlaku, sudah pasti rakyat akan bangkit dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan doktrin pengasingan kuasa ini dikembalikan kepada statusnya yang asal.
The Constitution is not a mere collection of pious platitudes. It is the supreme law of the land embodying three basic concepts: One of them is that the individual has certain fundamental rights upon which not even the power of the State may encroach. The second is the distribution of sovereign power between the States and the Federation, that the 13 States shall exercise sovereign power in local matters and the nation in matters affecting the country at large. The third is that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the Executive, Legislative and Judicial branches of government, compendiously expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men.
Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar ungkapan, “absolute power, corrupts absolutely”. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa mentadbir, menggubal undang–undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan (‘check and balance’). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi.
Dengan adanya doktrin pengasingan kuasa, maka setiap satu organ kerajaan akan dapat memantau dan memastikan agar organ kerajaan yang lain tidak akan melangkaui kuasa yang telah diletakkan oleh perlembagaan. Oleh yang demikkian, di dalam sebuah Negara yang menggamalkan doktrin pengasingan kuasa, kita akan dapati bahawa parlimen akan menggubal undang–undang bagi membolehkan pihak eksekutif mentadbir dan sekiranya akan pertikaian dalam segi pentadbiran pertikaian akan diputuskan oleh badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa akan memastikan kelancaran sesuatu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan tidak ada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi.
Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang–undang boleh menghadkan kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana parlimen telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari kerajaan yang demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh negara kita.
Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:
Subject to Clause (2) the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts of co–ordinate jurisdiction and status, namely–
(a) ... the High Court in Malaya ... and
(b) ... the High Court of Borneo ...
(c) ...(Repealed),
And such inferior courts as may be provided by federal law’
......
(a) ... the High Court in Malaya ... and
(b) ... the High Court of Borneo ...
(c) ...(Repealed),
And such inferior courts as may be provided by federal law’
......
Kata kunci yang tertera di dalam Artikel 121(1) (sebelum pindaan) adalah, “judicial power of the federation shall be vested in ... High Courts ..”, yang memberi maksud bahawa kuasa kehakiman dalam perlembagaan diletakkan kepada badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada undang–undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Kuasa yang diletakkan kepada institusi kehakiman adalah luas bagi membolehkan insitusi kehakiman menjalankan proses ‘check and balance’ terhadap undang–undang yang digubal oleh Parlimen dan tindakan pentadbiran Eksekutif secara efektif.
Selepas pindaan kepada Artikel 121(1) pada 1988, Artikel 121(1) telah dipinda di mana kuasa kehakiman kini ditentukan oleh Parlimen:–
(1) There shall be two High Courts of co–ordinate jurisdiction and status, namely –
(a) one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal registry at such place in the States of Malaya as the Yang di–Pertuan Agong may determine; and
(b) one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di– Pertuan Agong may determine;
(c) (Repealed),
and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.