Disumbangkan oleh Mazni Ibrahim, Pegawai, berserta gambar oleh Ambran Abu Bakar, Pembantu Tadbir, Majlis Peguam
Pada 19 Okt 2011 (Rabu), Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (“DBP”) telah digegarkan oleh peserta–peserta Pertandingan Pidato Peguam. Acara yang julung kali diadakan di antara Majlis Peguam dan DBP, pertandingan pidato ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi Bulan Bahasa Kebangsaan yang biasanya berlangsung pada bulan Oktober setiap tahun.

Peserta–peserta pertandingan pidato ini terdiri daripada pelatih dalam kamar dan peguam yang baru beramal. Mereka telah menunjukkan kemahiran mereka dengan gaya dan mutu ucapan yang amat baik. Ianya diakui sendiri oleh Tony Woon Yeow Thong, Setiausaha Bar Malaysia, yang hadir bersama–sama untuk menyaksikan pertandingan tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang–pemenang dan peserta–peserta pertandingan. Bak kata pepatah, ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya, peserta–peserta muda pertandingan tersebut telah dibentuk dengan baik dan bakal menjadi peguam yang hebat suatu hari nanti.
Hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,500, RM1,000 dan RM750 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga disumbangkan oleh Majlis Peguam. Ianya dimenangi oleh Muhammad Izzat b Md Jonid (tempat pertama), Ahmad Ziadi b Zaidon (tempat kedua) dan Muhammad Hafiz b Hood (tempat ketiga). Selain itu, peserta–peserta juga menerima hadiah saguhati berupa kamus yang disumbangkan oleh DBP berserta sijil penyertaan.
Sallehuddin Abg Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, dalam ucapannya, menyatakan harapannya supaya kerjasama kedua–dua belah pihak penganjur dapat diteruskan pada masa akan datang, dan tidak semestinya semasa Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja.
Akhir sekali, Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan dan sokongan pihak DBP – terutamanya pegawai–pegawai dan ahli–ahli jawatankuasa dari DBP – dan Majlis Peguam yang telah berusaha bersama–sama untuk menjayakan acara ini.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun depan berjumpa lagi