• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • About Us
  • Committees
  • Bahasa Melayu
About Us
Malaysian Bar and Bar Council
  • About Us
  • Bar Council Members
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Elections
President's Corner
  • Roll of Presidents
  • Press Statements
Committees
  • * Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Non-Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Contempt of Court
  • Ad Hoc Committee on Corporatisation of Law Firms and Multi-Disciplinary Practice
  • Ad Hoc Committee on Legal Services Blueprint
  • Ad Hoc Committee on Personal Data Protection
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Statelessness
  • Ad Hoc Committee on Touting
  • Ad Hoc Pandemic Response
  • Ad Hoc Parliament Liaison Committee
  • Ad Hoc Peer Support Network
  • Ad Hoc Waqf Committee
  • Advocacy Training
  • AMLA Training Committee
  • Animal Rights Committee
  • Anti-Touting Committee
  • Arbitration
  • Art and Law Committee
  • Bahasa Melayu
  • Building
  • Child Rights
  • Civil Law and Law Reform Committee
  • Committee on AMLA
  • Committee on Orang Asli Rights
  • Committee on Persons with Disabilities
  • Committee on Reform to the Legal Sector
  • Common Bar Course
  • Constitutional Law Committee
  • Construction Law
  • Conveyancing Practice Committee
  • Corporate and Commercial Law Committee
  • Court Liaison
  • Criminal Law Committee
  • Cyber and Privacy Laws Committee
  • Cyberlaw
  • Digital and Communications Committee
  • Enforcement Committee
  • Environment and Climate Change Committee
  • Family Law
  • Finance Committee
  • Human Rights Committee
  • Industrial and Employment Law Committee
  • INSAF Committee
  • Integration
  • Intellectual Property
  • International Affairs Committee
  • International Professional Services Committee
  • Islamic Finance
  • Joint Committee on Environmental, Social and Governance (“ESG”)
  • Joint Working Committee on ELEVATE
  • Law Reform and Special Areas
  • LAWASIA Conference 2024 Organising Committee
  • LawCare
  • Legal Databases Liaison
  • Legal Profession
  • Legal Tech, AI and Sandbox Committee
  • Mediation
  • Migrants, Refugees and Immigration Affairs Committee
  • MyBar Academy
  • MyBar Ageing Rights Advisory ("MBARA") Committee
  • MyBar Carnival Organising Committee
  • National Legal Aid
  • National Young Lawyers and Pupils
  • Personal Injury Claims and Awards
  • Professional Indemnity Insurance Committee
  • Professional Standards and Development
  • Publications
  • Risk Management
  • Shipping and Admiralty Law
  • Small Firms Practice
  • Solicitors' Remuneration Enforcement
  • Sports
  • Sports and e-Sports Law Practice Committee
  • Strategic Litigation Committee
  • Syariah Court Liaison Committee
  • Syariah Law
  • Task Force on Independent Police Complaints and Misconduct Commission ("IPCMC") and Police Accountability
  • Tax and Customs Committee
  • Tender Review Committee
  • Trade in Legal Services Committee
  • Women's Rights
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Committee
Previous Committees
  • * Previous Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Amendments to the LPA
  • Ad Hoc Committee on Anti-Money Laundering
  • Ad Hoc Committee on Benchmarking Law Firms
  • Ad Hoc Committee on Judicial Commission
  • Ad Hoc Committee On National Legal Aid Foundation
  • Ad Hoc Committee on Quality and Standards
  • Ad Hoc Committee on Rules and Regulations
  • Alternative Dispute Resolution
  • Gender Issues & Equal Opportunities (2005-2007)
  • Institutional and Law Reform
  • International Malaysia Law Conference 2012
  • International Malaysia Law Conference 2014
  • International Malaysia Law Conference 2016
  • International Malaysia Law Conference 2018
  • International Malaysia Law Conference 2020
  • International Malaysia Law Conference 2022
  • International Malaysia Law Conference 2023
  • LawCare Fund Management
  • Library
  • Malaysian Law Conference 2007
  • Malaysian Law Conference 2010
  • Motor Insurance Review Ad Hoc Committee
  • No-Fault Liability Scheme
  • Practice Management Support
  • Safer Malaysia
  • Standing Committee for the Promotion of Best Practices by Detaining Authorities (2005-2007)
  • Standing Committee on Court Rules (2005-2007)
  • Standing Committee on Eliminating Discrimination (2005-2007)
  • Standing Committee to Review LPA 1976
  • Study Loan
  • Task Force on Combined Rules of Court
  • Task Force to Review the Compendium of Personal Injury Awards
Contacts
  • Web Administrator
  • Complaints
  • Legal Aid Centres
  • State Bar Committees
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Bar Council Members
  • Bar Council
Advertising
  • Advertise with Bar Council
Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Go back to list
Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016 (16 dan 17 April 2016) 6 May 2016 12:00 am

Disumbangkan oleh Vanimalar Money Selvam, Pegawai yang Bertugas, Jawatankuasa Bahasa Melayu; dan foto oleh Satha Selvan Subramaniam, Pembantu Tadbir Kanan

“Moot court — keadilan yang dapat dibicarakan”

Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia (“JBM”), bersama–sama Dewan Bahasa dan Pustaka (“DBP”) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”), telah menganjurkan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016.  Pertandingan ini telah diadakan pada 16 dan 17 April 2016 di Fakulti Undang–Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Tujuan mengadakan pertandingan ini adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam bidang kehakiman dan undang–undang di negara ini.  Selain itu, pertandingan sebegini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan peguam muda, pelatih dalam kamar, dan pelajar undang–undang dari universiti awam dan universiti swasta.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori: 

■       Kategori A 
Kategori ini terbuka kepada semua pelajar prasiswazah undang–undang.  Setiap universiti hanya dibenarkan menghantar maksimum dua pasukan sahaja; dan 

■      Kategori B
Kategori B merangkumi pelatih dalam kamar dan peguam muda.  Setiap Bar Negeri dihadkan menghantar satu pasukan sahaja. 

Pertandingan ini telah disertai lapan pasukan dari lima buah universiti, dan tiga pasukan dari Bar Negeri.

Peringkat saringan dan peringkat separuh akhir bagi kategori A telah diadakan pada hari pertama pertandingan ini.



Pasukan–pasukan dari Universiti Malaya ("UM A dan UM B"), Universiti Kebangsaan Malaysia ("UKM B") dan Universiti Teknologi MARA ("UiTM") layak ke peringkat seterusnya.  Di peringkat separuh akhir, UM A lawan UKM, sementara UM B lawan UiTM secara serentak pada masa yang sama.  Hasilnya, UM A dan UM B telah mara ke peringkat akhir, manakala tempat ketiga dan tempat keempat telah diraih oleh pasukan dari UiTM dan UKM.

Hari kedua — 17 April 2016 — pula memperlihatkan peringkat saringan bagi kategori B dan peringkat akhir bagi kategori A dan B.  Bar Negeri Pahang dan Bar Negeri Terengganu layak ke peringkat akhir, sedangkan Bar Negeri Selangor merangkul tempat ketiga. 



Dalam peringkat akhir, Bilik Mahkamah Moot telah digegarkan oleh para peserta yang berketerampilan. Dalam sesi pertama, UM A lawan dengan UM B; dan dalam sesi kedua pula, Bar Negeri Pahang lawan dengan Bar Negeri Terengganu.  Barisan juri terdiri daripada Steven Thiru, Yang Dipertua Bar Malaysia; Prof Dr Rohimi Shapiee, Fakulti Undang–Undang, UKM; dan Tuan Haji Abang Patdeli Abang Muhi, DBP. 









Tempat pertama bagi kategori A dan B masing–masing dimenangi UM A dan Bar Negeri Pahang.  Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi kedua–dua kategori A dan B:

Senarai pemenang bagi Kategori A dan Kategori B

Kategori Pemenang
Kategori A
Kategori B
Johan
Universiti Malaya
(Kumpulan A)
Bar Negeri Pahang
Naib Johan
Universiti Malaya
(Kumpulan B)
Bar Negeri Terengganu
Ketiga
Universiti Teknologi MARA
Bar Negeri Selangor
Keempat
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Kumpulan B)
 –

Dengan itu, berakhirnya Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016.  Penutup tirai acara ini adalah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah di Auditorium Fakulti Undang–Undang, yang diiringi Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP; Steven Thiru; Prof Dato' Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor, Hal–Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM; dan Rosnah Zakaria, Pengerusi JBM. 



Hadiah berupa wang tunai bernilai RM3,000 (johan), RM2,000 (tempat kedua) dan RM500 (tempat ketiga dan tempat keempat) disumbangkan oleh DBP bagi kedua–dua kategori A dan B. 

JBM mengucapkan terima kasih kepada para penganjur bersama — DBP dan UKM — yang bersama–sama menjayakan pertandingan ini.  Dengan kejayaan acara ini, JBM berhasrat untuk menganjurkan pelbagai lagi aktiviti pada masa akan datang, terutamanya yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu.  Kerjasama daripada DBP dan institusi–institusi pengajian tinggi amat dialu–alukan. 

Adalah harapan JBM agar pertandingan seumpama ini terus diadakan.  Acara–acara sedemikian adalah pentas utama dalam mencungkil kebolehan dan kemahiran peguam muda dan pelatih dalam kamar.  Di samping itu, acara–acara begini memberikan pendedahan kepada pelajar undang–undang mengenai prosedur dan etika mahkamah, sebagai persediaan kepada kerjaya dan masa depan dalam bidang kepeguaman dan kehakiman.

Laporan–laporan lain yang berkaitan dengan Pertandingan Perbicaraan (Mooting) Peringkat Kebangsaan 2016 boleh diakses di pautan–pautan berikut. 

• http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=9306
• http://www.bharian.com.my/node/144780

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a