Home
Notices
Notices for Members
Siaran Akhbar: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Notices
Notices for Members
Siaran Akhbar: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 | Siaran Akhbar: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 |
|
|
|
| Monday, 02 July 2012 01:56pm | |
![]() Pejabat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya Siaran Akhbar Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 3 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 yang terdiri daripada wakil Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Persatuan Peguam Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012) bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (Rules of the High Court 1980) dan juga Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (Subordinate Courts Rules 1980). Kaedah Mahkamah baru menggabungkan Kaedah-Kaedah yang terpakai bagi kes sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Tujuan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini dibuat adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan prosedur sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian sistem keadilan di Malaysia. Diantara ciri-ciri baru yang dibuat ialah;
Jawatankuasa Kaedah-kaedah dan Jawatankuasa kecil Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan ini telah bersidang sebanyak 15 kali semenjak tahun 2009 bagi menyediakan dan memuktamadkan draf akhir Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Akhirnya, Kaedah-Kaedah Mahkamah tersebut telah diluluskan oleh kedua-dua Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah pada 26 Jun 2012 dan akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2012 . Para pengamal undang-undang dan orang ramai boleh mendapatkan salinan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di laman web www.federalgazette.agc.gov.my, www.kehakiman.gov.my atau www.malaysianbar.org.my. Disediakan oleh: Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim Pegawai Khas I kepada YAA Ketua Hakim Negara 2 Julai 2012. The Bar Council Professional Standards and Development Committee, and the Task Force on Combined Rules will hold a briefing to educate legal practitioners on the Proposed Combined Rules and the court forms. Please click here for more details on the briefing that will be held on 5 July 2012 (Thursday) from 4:00 pm to 6:00 pm.
|
| < Prev | Next > |
|---|


























