website statistics
feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3
Advertisement
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3 PDF Print E-mail
Contributed by Noreen Ahmad Ariff   
Friday, 26 January 2007 03:13pm

Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3Race but not racist parties - the way forward

“Polisi-polisi ‘racist’ mesti dihapuskan”

Kuala Lumpur, Khamis: Siri Pemikiran Kritis (SPK), Sessi Ke-3 terus mengajak semua berfikir berkenaan efek Dasar Ekonomi Baru ke atas hubungan ethnik di Malaysia.

Sessi Ke-3 bertajuk “Dasar Ekonomi Baru: Eratkan hubungan ethnik atau sebaliknya” telah diadakan di Auditorium Majlis Peguam di mana Dr Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia dan Coalition Against Health Care Privatisation serta YB Datuk Zaid Ibrahim selaku ahli Parlimen Kota Bahru telah hadir untuk memberi pandangan mereka. Seorang lagi panel jemputan, Datuk Mustafa Ali tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Pengacara sessi, saudari Lai Jen Li, telah menjemput ucapan pembukaan dari Mohamad Rifauddin, wakil Youth For Change (Y4C) dan disusuli dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) dari Kelantan, Rezalman B. Bahran yang mengalu-alukan perbincangan berkenaan isu-isu semasa seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dr Jeyakumar memulakan perbincangan dengan mengemukakan pernyataan bahawa DEB tidak dilancarkan bagi memupuk perpaduan kaum dan sebaliknya, ia sebenarnya telah mengasingkan kaum. Walaupun tujuan utama DEB adalah untuk mengimbangkan semula struktur ekonomi di antara kaum dan membasmi kemiskinan, ia nampaknya lebih membantu golongan kaya dalam kaum tertentu untuk menjadi bertambah kaya.

Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3 Jeyakumar ketika mengusulkan pendapatnya, berulang-ulang kali menekankan perlunya suatu polisi yang boleh membantu semua kaum di Malaysia terutamanya rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok rakyat miskin.

DEB menurut beliau juga telah mewujudkan golongan elit “UMNOPUTERA”. Golongan ini jauh berbeza dari “forefathers” mereka kerana mereka kini mengeksploitasikan isu perkauman dan agama untuk memastikan mereka terus memegang kuasa politik.

Di akhir ucapannya, Jeyakumar menegaskan perlunya suatu “common ground” atau gerakan “massa” yang dapat menegakkan keadilan sosio-ekonomi dan menentang serangan “neo-liberal”.

Ahli panel kedua, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pandangan yang berbeza dari Jeyakumar. Secara amnya, beliau menyokong kewujudan DEB. Beliau menjadikan dirinya sebagai contoh bagi menyokong pendapatnya itu.

Beliau telah berkongsi kisah hidupnya di mana sewaktu berusia 12 tahun beliau telah mendapat biasiswa walaupun beliau bukanlah pelajar terbaik. DEB telah membantu dan membuka ruang bagi bumiputera sepertinya untuk berjaya.

Zaid telah mengajak para hadirin untuk mengimbas kembali sejarah tujuan DEB diperkenalkan. Pemimpin pada waktu itu prihatin dengan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan ingin membasmi kemiskinan.

Beliau juga memberikan contoh Amerika Syarikat yang mana ketika pemerintahan John F. Kennedy juga telah memperkenalkan suatu polisi untuk membantu golongan “African-American”. Polisi beliau ditentang tetapi Mahkamah Agung memutuskan bahawa ia bukan diskriminasi untuk melaksanakan suatu polisi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup suatu kaum agar mereka dapat hidup dan bersaing dengan sihat dengan kaum-kaum lain.

Walau bagaimanapun, seperti Jeyakumar, Zaid menyatakan bahawa “sesuatu yang lain” telah berlaku selepas DEB diperkenalkan. Beliau mengakui bahawa sekiranya kita memberikan peluang yang keterlaluan kepada sesetengah pihak, ada kemungkinan polisi dan kelebihan itu akan disalahgunakan. Oleh itu, adalah baik sekiranya DEB dikaji semula dan diolah supaya dapat membantu semua pihak.

Datuk Zaid Ibrahim “Polisi-polisi ‘racist’ mesti dihapuskan, tetapi polisi-polisi yang bertujuan menolong sesuatu kaum, untuk tujuan dan masa tertentu boleh disokong”, katanya.

Sessi dialog yang dipengerusikan oleh saudara Chai Chee Fat dari Y4C telah menyaksikan penyertaan yang hangat dari para hadirin yang melemparkan pelbagai soalan, komen dan kritikan sehingga ahli-ahli panel tidak menang tangan menjawab satu demi satu soalan.

Menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh seorang peserta yang hadir, Zaid berkata Malaysia masih belum bersedia untuk menerima sebuah parti politik berbilang kaum. Ini adalah kerana politik dan parti yang berasaskan kaum ini telah menjadi formula untuk menang pilihanraya sejak dari dahulu lagi, dan iidak hairanlah sekiranya pemimpin sekarang enggan mengubah keadaan semasa.

Beliau juga menyarankan supaya Barisan Nasional menjadi suatu parti dan bukannya gabungan parti-parti. Parti-parti di dalam Barisan Nasional harus maju ke depan bersama-sama polisi-polisi yang membantu semua pihak dan bukannya sesetengah pihak sahaja.

Beliau turut berpendapat bahawa transformasi dari parti yang berasaskan kaum kepada parti pelbagai kaum hanya boleh dilaksanakan sekiranya parti-parti kaum yang ada sekarang bersedia menerima perubahan tersebut.

Sebagai rumusan, sessi kali ini telah berjaya membawa para hadirian seramai lebih kurang 100 orang berfikir dan berbincang mengenai isu perhubungan etnik di antara kaum di Malaysia dan sejauh manakah DEB telah mencorak hubungan tersebut.

Ahli-ahli panel dan para hadirin rata-rata bersetuju bahawa perlunya ada suatu polisi yang boleh membantu kesemua pihak lebih-lebih lagi mereka yang memerlukannya tanpa mengira kaum.

Sesi Ke-4 dan terakhir bagi Siri Pemikiran Kritis ini akan diadakan di Auditorium Majlis Peguam pada 6 Februari 2007, pada jam 8 malam dengan topik yang tidak kurang menariknya iaitu “Mampukah DEB berdepan dengan cabaran Globalisasi”.

Ahli-ahli panel yang akan hadir termasuk YB M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat), Saudara Tian Chua (Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat), YB Datuk Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan YB Dato Shahrir Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru).

Untuk keterangan lanjut berhubung sessi SPK yang akan datang, sila lihat di sini.

Related articles:

Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Pertama

Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-2

Comments (1)Add Comment
Interesting
written by Nicole Tan Lee Koon, Saturday, January 27 2007 02:40 pm

Dear all,

I was there. I found Dr. Jeyakumar to be bold and agressive. However, to those activists; netizens and bloggers like Khoo Kay Peng and Dr. McCoy (who were there), he was just stating the obvious. Anyway, this is another platform for us Malaysians to voice our displeasure and rumblings at some of the nonsense that has been happening at the expense of national unity and economic progress. I urge all of you to attend the next meeting slated on 6-2-2007 (Tuesday) at 8 pm. Kulasegaran; Tian Chua & Sharir Samad will be sharing the opinions. Well, let us all good people do our part. In the words of Edmund Burke (quoted by Dato' Zaid), "All that is necessary for evil to triumph is for good men to do nothing".


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs