• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Legal and General News
  • Members' Opinions
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Loyar Buruk Detector 25 Jul 2009 12:00 am

©Loyar Burok (Used by permission)
Ariff Azami Bin Hussein
July 25, 2009

This post is reproduced from here

Terbitan asal dari loyarberjurus di sini.

Seorang pakar motivasi terkenal pernah mengutarakan (kenapa tidak mentimurkan?) satu soalan mengenai loyar; bulan berapa yang loyar kurang menipu? Jawapannya ialah di bulan Februari sebab Februari ada 28 hari saja! Nah, buruk dan jelik sekali persepsi masyarakat terhadap seorang loyar itu.

Untuk lebih menerukkan lagi keadaan; tag team bagi loyar adalah perkataan “buruk” di saat doktor mendapat ismadi dan inspektor mendapat sahab.

Justeru, loyarberjurus dalam usaha mengikis persepsi negatif ini menyenarai–pendekkan beberapa indikator (maknanya banyak lagi) seorang loyar buruk.

I. Melenggang ke mahkamah. Mahkamah bukanlah pasar malam atau kelas tuisyen. Sila bawa beg yang sesuai sebagai seorang loyar. Elakkan beg pengakap, beg ahli payung terjun mahupun beg plastik. Imej hendaklah dijaga. Kalau ini pun tidak mampu dibuat, maka bagaimana hendak menjaga profesionalisme sebagai loyar?

II. Amalan menyuruh anakguam MOB (mention on behalf). Anakguam adalah anakguam walaupun beliau seorang loyar sekalipun. Sikap suka mengular (sneaking) dari menghadiri mahkamah ini sangat buruk (kan dah buruk dah) dan memberi tanggapan samada loyar itu terlalu tamak, tidak bertanggungjawab ataupun selalu bangun lambat. Ayat standard bagi loyar begini yang keluar melalui mulut anak guam ialah loyar bilang dia tak senang.

III. Tabiat suka berjanji palsu. Insaflah bahawa loyar bukanlah ahli politik yang boleh menjanjikan langit dan bumi kepada anakguam. Adalah normal bagi loyar ditanya adakah boleh menang kes. Saya selalu menjawab; selagi hakim tidak ketuk tukulnya selagi itulah kita belum tahu. Di sini, kelas sastera yang dipelajari semasa sekolah dulu amat berguna sekali. Jawablah dengan penuh prosa kata yang berbunga–bunga yang menunjukkan kita yakin boleh menang jika betul–betul kita yakin, dan sebaliknya jika tidak yakin. Tak serik ke dengar cerita kereta loyar buruk kena simbah asid dengan anakguam?

IV. Mengaku mengenali semua orang. Sangat mudah untuk mencekup loyar buruk jika beliau mewar–warkan bahawa beliau kenal semua pihak yang terlibat dengan mahkamah. Daripada hakim kepada DPP kepada suami hakim kepada isteri DPP kepada orang Bukit Aman kepada Datuk So and So. Loyar yang perlu berpaut di dahan rapuh dengan mengadaptasi kedudukan orang lain untuk mendapat sesuatu kes bukanlah loyar yang bagus mahupun berjurus.

V. Hobi suka mengugut tarik diri. Kelebihan loyar jenayah adalah proses menarik diri daripada mewakili anakguam adalah semudah menggunakan kad kredit untuk ber–shopping. Jadi, loyar–loyar begini selalunya gemar meminta bayaran muka (face payment?) yang tinggi dan kemudiannya mencari alasan untuk bergaduh dengan client sehingga client menjadi fed–up dan senanglah untuk menarik diri. Teknik licik ini dikenali sebagai jurus membangkitkan marah dan mengghaibkan diri.

VI. Mempunyai free access. Jika kita melihat seorang loyar itu dengan mudah masuk ke dalam pejabat mahkamah, lokap polis dan mendapat privilege seperti seorang hakim, maka beware mungkin itu adalah umpama trojan horse. Selalunya mereka ini hendak menunjukkan kepada anakguam yang mereka ada direct link dengan pihak yang berautoriti. Kawan–kawan dalam servis hati–hatilah jangan sampai mereka menjual nama kita sampai kering kontang kemarau sahara jadinya. Juga perhatikan semasa mahkamah bersidang loyar begini dengan sukacita boleh bergerak bebas daripada meja loyar ke meja jurubahasa ke kandang OKT sekalipun.

VII. Mempunyai 1001 alasan nak pospon kes. Percaya atau tidak ada berpuluh–puluh alasan boleh dikemukakan oleh loyar untuk pospon kes mereka? Yang terkini dan legal pulak tu adalah dengan bersandarkan kepada Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah padahal sebelum ada seksyen ini pun tak pernah dibisingkan pun jika dokumen tidak diserahkan lebih awal. Loyar begini antaranya bolehlah dipanggil loyar sebutan, loyar reman atau non–bicara punya loyar. Bukannya tidak boleh kalau kita tidak ingin maju dan membataskan karier kita setakat peringkat pre–trial sahaja. Namun, janganlah berjanji berdegar–degar kononnya hebat seperi Karpal Singh atau Azizzul Shariman semasa hendak mendapatkan kes itu.

Jadi loyar–loyar sekalian serta bakal loyar, berhati–hati di jalan raya. Elakkan sikap–sikap di atas dan jika perasan mana–man antara satu yang mula menyelinap ke dalam sanubari kenalan kita maka sekehlah dia sekali untuk mengembalikan dia ke jalan yang lurus. Wassalam.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a