• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Legal and General News
  • Legal News
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Nama keluarga: Sisters In Islam gesa Putrajaya ikut langkah Terengganu 7 Nov 2011 12:00 am

©The Malaysian Insider (Used by permission)
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Sisters In Islam (SIS) menggesa kerajaan persekutuan mencontohi langkah kerajaan negeri Terengganu yang membenarkan nama bapa disertakan ke atas bayi–bayi luar nikah atau mereka lahir kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan ibu bapa masing–masing demi masa depan kanak–kanak terbabit.

“Kami menggesa kerajaan pusat mengambil tindakan dengan segera untuk menerima pakai cadangan kerajaan negeri Terengganu bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengiktiraf sepenuhnya seseorang lelaki yang mendakwa (status) dia adalah bapa bersama dengan ibu (bayi), untuk menjadi bapa sah kanak–kanak dan bagi kanak–kanak terbabit membawa nama keluarganya,” kata pertubuhan bukan kerajaan ini dalam satu kenyataan.

SIS berkata langkah itu seiring dengan Seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.

Selain itu SIS percaya bahawa tidak harus ada sebarang butiran pada sijil kelahiran atau kad pengenalan untuk menunjukkan bahawa seseorang kanak–kanak itu lahir secara luar nikah bagi mengekalkan stigma yang berterusan.

SIS berkata, pihaknya menyambut baik langkah kerajaan negeri Terengganu yang sanggup membenarkan kanak–kanak yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan ibu bapa mereka untuk membawa bersama nama bapanya kerana ia satu tindakan seiring dengan Seksyen 13 dan Seksyen 13A.

Laporan media baru–baru ini menyebut maklumat mengenai individu yang mengaku bapa kepada anak luar nikah kini boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan yang dikeluarkan JPN.

Maklumat itu berdasarkan pengakuan sebagai bapa bagi pasangan yang berkahwin kurang daripada enam bulan atau qamariah dan yang tidak berkahwin dengan syarat ibu dan lelaki itu menandatangani bersama borang permohonan. Ia selaras dengan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Seksyen 10 Ordinan Sabah Cap 123 dan Seksyen 11 Ordinan Sarawak Cap 10 dan Pekeliling 8/2009 yang telah diedarkan kepada semua JPN negeri pada Ogos 2009.

Penjelasan itu dibuat dalam kertas kerja oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang–Undang JPN, Zarifah Zulghaffar di Kuala Terengganu pertengahan bulan lalu.

Isu anak tidak sah taraf hangat dibincangkan apabila kerajaan negeri mencadangkan mekanisme bagi membolehkan anak–anak itu didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak–kanak itu menanggung tekanan emosi berpanjangan.

Menurut kertas kerja itu, tujuan memasukkan maklumat berkenaan adalah untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada bayi sekiranya bapa adalah warganegara Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu Khazan Che Mat berkata, cadangan kerajaan negeri agar diwujudkan mekanisme bagi membolehkan anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan bin atau binti bapanya tidak harus disalah tafsir dan dipolitikkan.

Menurut beliau, cadangan itu sebagai alternatif untuk memastikan golongan itu tidak menanggung bebanan emosi dan terhukum kerana kesalahan ibu bapa masing–masing.

Katanya, soal itu baru sahaja dikemukakan dalam kertas cadangan untuk diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi.

Dalam kenyataannya, SIS menambah, amalan mendaftar nama keluarga seseorang bayi dengan “binti atau bin Abdullah” hanya kerana dia lahir dalam tempoh enam bulan selepas tarikh perkahwinan akan membawa kepada kesan buruk yang serius dan tidak adil ke atas aspek emosi dan masa depan kanak–kanak terbabit.

“Kanak–kanak Muslim dihukum dan dilabel sebagai tidak sah atas tanggapan dosa luar nikah ibu bapa mereka sebelum perkahwinan mereka.

“Bapa biologi dinafikan untuk melaksanakan kesemua tanggungjawab keibubapaan dan memberikan kesemua hak yang perlu diwarisi kanak–kanak terbabit,” kata SIS lagi.

SIS berkata, tindakan melabel seseorang kanak–kanak sebagai “tidak sah” dan menghalang mereka segala hak sebagai anggota keluarga tidak boleh dijustifikasikan.

“Sejak beberapa tahun lalu, SIS telah menerima aduan berhubung hak kanak–kanak yang lahir luar nikah, kanak–kanak dianggap luar nikah tetapi lahir dalam lingkungan perkahwinan dan anak angkat, bukan sahaja ketika pendaftaran tetapi juga ketika memohon kad pengenalan, ketika memulakan persekolahan, apabila mereka hendak berkahwin dan selepas kematian ibu bapa mereka,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelas pertubuhan bukan kerajaan ini, kepentingan kanak–kanak mesti menjadi keutamaan dalam proses menggubal mana–mana undang–undang, dasar dan keputusan yang boleh memberi kesan ke atas mereka.

“Prinsip–prinsip ini mesti dipertahankan oleh ajaran Islam, hak–hak asasi manusia universal dan proses membuat undang–undang Malaysia,” katanya lagi.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a