About Us
Committees
Human Rights
UPM student goes to Bar Council | UPM student goes to Bar Council |
|
|
|
| Thursday, 20 September 2007 06:59am | |
|
Yee Yang Yang, 20, a timber science technology student, handed a three-page memorandum to committee chairman Edmund Bon and his deputy, Amer Hamzah Arshad, at the Bar Council’s premises on Lebuh Pasar yesterday. In the memorandum, Yee said the UPM’s special task officers’ action of entering his room and seizing his belongings last Friday, without his permission, was wrong under the law. He said the withholding of his belongings was illegal and it was wrong for the university’s offi cers to threaten him during a question-and-answer session at a meeting room at UPM’s College 13 the same day. Yee said he was disappointed with UPM’s actions and when the officials seized his belongings, they failed to produce a written statement that they had seized the items. Bon appealed to the university to resolve the matter quickly and return Yee’s belongings. Amer Hamzah said they will offer legal assistance if the matter prolonged but hoped the university would settle the “simple matter”. Malaysia Youth and Students Democratic Movement representative Simon Ooi said they may lodge a report with the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) next week. External coordinator of Gerakan Mahasiswa Maju UPM Lee Song Yong disputed the vice-chancellor’s media statement that Yee’s laptop contained pornographic material, saying that it was an unreasonable accusation. Bernama quoted vice-chancellor Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah as saying the seizure of the laptop computer and other items belonging Yee was not aimed at frightening the students before the campus polls. He said the action was taken because the student had contravened the university’s rules, including keeping obscene materials and articles published by unregistered associations. The case had been brought before the students affairs division for further action, he said. Comments (1)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















The complainant and GMM UPM handed over a memorandum and media statement to the Human Rights Committee today. In the interest of balanced reporting, reproduced below is GMM's statement (by Lee Song Yong) in response to the VC's statement.
______________________________
19 September 2007
Kenyataan Media Kes Pegawai Unit Tugas Khas UPM Rompak Barang Peribadi Mahasiswa
Berhubung dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Naib Canselor UPM, terdapat banyak pernyataan yang kami pertikaikan dan ingin membuat penjelasan yang lanjut.
Pertama sekali, pihak UPM mengatakan bahawa laptop mengandungi banyak bahan lucah. Ini merupakan satu tuduhan yang tidak munasabah. Tuduhan yang tidak munasabah adalah fitnah di sisi undang-undang. Ini disebabkan pada 15/09/07, ketika Yee Yang Yang hendak menuntut balik barangannya dari Unit Tugas Khas, seorang pegawai berkata bahawa "You jangan banyak cakap, nanti saya dakwa you bahawa laptop you ada gambar lucah!". Tetapi, pada 17/09/07, semasa perjumpaan dengan Pengarah Keselamatan, Mejar Othman, beliau telah meminta kata laluan laptop dari Yee Yang Yang. Tanpa kata laluan untuk membuka system laptop tersebut, bagaimanakah tuduhan tersebut boleh dibuat? Sehingga sekarang, Yee masih tidak memberi kata laluan kepada bahagian keselamatan, jikalau laptop itu sudah boleh dimasuki, bermaksud pagawai mempunyai peluang untuk memasukkan apa-apa saja maklumat ke dalamnya. Maka, tuduhan yang dibuat itu adalah tidak berasas dan tidak adil terhadap Yee Yang Yang.
Kedua, kenyataan media UPM menyatakan bahawa Yee Yang Yang memberi kebenaran kepada pegawai untuk membawa barangan peribadinya ke bahagian keselamatan. Sebenarnya, Yee cuba meminta balik barangan yang dirampas dengan segera tetapi ditolak. Yee juga meminta pegawai tersebut untuk memberi satu surat yang menyenaraikan barang-barang yang telah diambil sebagai satu bukti. Tetapi mereka menolak permintaan tersebut dan mengugut dia supaya jangan banyak tanya dan ikut prosedur mereka sahaja. Surat yang diminta itu hanya dikeluarkan pada 17/09/07, iaitu 3 hari selepas kejadian tersebut. Walau dalam apa jua keadaan, apabila barangan seseorang hendak diambil, pemilik mestilah ditunjukkan dokumen sah yang menyenaraikan segala barangan diambil serta tujuan yang jelas pengambilan tersebut dibuat. Prosedur yang professional ini tidak diikuti dan hak Yee Yang Yang sebagai seorang yang tidak bersalah sehingga dibukti bersalah telah dicabuli.
Ketiga, menurut pihak UPM, pemeriksaan bilik ke bilik dijalankan atas sebab 8 kes kecurian laptop dan telefon bimbit yang berlaku di Kolej 13. Tetapi, menurut penghuni Kolej 13, mereka hanya dimaklumkan bahawa pemeriksaan diadakan kerana terdapat kecurian telefon bimbit dan dompet. Tambahan pula, dalam soal siasat selama 2 jam terhadap Yee, soalan-soalan yang dikemukan kepadanya langsung tidak berkaitan dengan kes kecurian telefon bimbit dan dompet itu. Oleh itu, tujuan pemeriksaan bilik dan soal siasat ke atas Yee amatlah dicurigai. Tindakan UTK dalam mengambil barangan tanpa kebenaran pemilik merupakan rompakan dan rompakan merupakan kes jenayah.
Kesilapan lain yang kami dapati dalam kenyataan media UPM adalah:
(i) Menurut pihak UPM, "Beliau tidak mengakui komputer riba di bilik tersebut adalah miliknya. Beliau juga berkata bahawa kad matriknya hilang dan komputer riba itu tidak boleh digunakan kerana kehabisan bateri."
Yee tidak berada di dalam biliknya sewaktu pemeriksaan dijalankan dan tidak pernah menafikan bahawa laptop itu kepunyaannya. Selain itu, kad matrik Yee telah hilang pada 13/9/07 dan beliau telah membuat laporan di Bahagian Keselamatan. Beliau hanya mempunyai satu dokumen sementara yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan. Malangnya, dokumen sementara itu juga telah dirampas oleh pegawai semasa pemeriksaan.
(ii) Menurut pihak UPM, "Mereka mempertikai keputusan ini dan bertindak liar dengan menghalang pegawai keselamatan menjalankan tugas dan menahan kenderaan rasmi Unit Khas milik universiti daripada bergerak."
Pada 15/09/07, Yee dan rakan-rakannya pergi ke Bahagian Keselamatan untuk mendapatkan kembali hak miliknya. Tetapi, dokumen yang diminta tidak dikeluarkan, penjelasan pun tidak diberi, malah, pegawai keselamatan termasuklah ketua Unit Tugas Khas telah cuba untuk melarikan diri daripada tempat kejadian. Yee dan rakan-rakan tidak mempunyai cara lain pada masa itu dan menahan kereta itu. Tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan kembali barangan Yee serta satu penjelasan daripada bahagian keselamatan.
(iii) Menurut pihak UPM, "Kes ini masih disiasat dan telah dibawa ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Jelas terdapat pelanggaran disiplin dan tatatertib oleh pelajar ini, dan pihak universiti perlu mengambil tindakan sewajarnya."
Kalaulah kes ini masih disiasat, bagaimanakah pihak UPM boleh mengatakan bahawa Yee jelas terdapat perlanggaran disiplin? Nampaknya, kenyataan media UPM saling bercanggahan dan tidak boleh dipercayai. Selain daripada itu, hak Yee Yang Yang sebagai seorang yang tidak bersalah sehingga dibukti bersalah telah dicabuli.
Lee Song Yong
Penyelaras Luaran
Gerakan Mahasiswa Maju UPM