feed
Home arrow Committees arrow Human Rights arrow Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors, Our ancestral land, Ours forever”
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors, Our ancestral land, Ours forever” PDF Print E-mail
Tuesday, 07 October 2008 03:53am

Contributed by M. Gokoolaram Naidu (Executive Officer, Perak Legal Aid and Human Rights Sub-Committee)

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”
President of the Malaysian Bar, Datuk Ambiga Sreenevasan receives picture of herself walking deep into the jungle with the Kg Chang villagers to inspect the ancestral lands during her April 2007 visit there

BIDOR, Sun: Kampung Chang Sungei Gepai in Bidor will forever be able to maintain its old-world charm, thanks to the present Perak Government’s timely intervention to permanently halt all commercial activities in the ancestral lands or ‘tanah adat’ of the Orang Asli.

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”“From this day onwards, this land is yours, it will never be taken away from you again”, assured Sivaneasan Achalingam to about 270 Orang Asli and guests who had converged at Padang Kampung Chang to witness history in the making. Cheers and claps resounded as the announcement was made by Sivanesan who is the State Executive Councillor responsible for Health, Environment and Human Resources.

After more than a year-long battle, Kampung Chang Sungei Gepai is now free from the threat of it being converted into a botanical garden, an idea initiated by the previous State Government and the Federal Government.

Among the guests present to mark the event were M. Kulasegaran (MP Ipoh Barat), Datuk Ambiga Sreenevasan (President, Malaysian Bar), Augustine Anthony (Chairperson, Orang Asli Affairs Working Group, Bar Council Human Rights Committee), Shan Theivanthiran (Chairperson, Perak Bar Committee), Dominic Selvam (Chairperson Perak Legal Aid and Human Rights Sub-Committee), Dr. Colin Nicholas (Centre for Orang Asli Concerns) and Jerald Joseph (Pusat KOMAS)

There was also participation from members of the Bar Council Human Rights Committee comprising Edmund Bon, Andrew Khoo, Allison Ong, Roger Chan, Saha Deva Arunasalam, Siti Zabedah Kasim and Teh Yoke Hooi, together with human rights lawyer, Shamala Devi Balasundaram, several European guests and myself. Representatives from 11 Orang Asli villages from Perak and 3 villages from as far as Pahang were also present.

The ceremony began with the traditional ‘upacara cinagoh’ akin to ‘doa selamat’ which was conducted by aging Tok Batin Bah Entong. Several speeches were then made.

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”Bah Azmi Ng Porgi (Chairperson, Jaringan Kampung Orang Asli Perak [JKOAP]) spoke about the difficulties faced by the Orang Asli despite 51 years of independence.

Tijah Yok Chopil (Secretary, JKOAP) on behalf of Kampung Chang and in her usual fiery style, rallied the Orang Asli to continue to speak out and fight the continuing threats to their ancestral lands.

Dato’ Ambiga Sreenevasan stressed the Bar Council’s concern over the numerous rights violations of the Orang Asli, and hoped that the Perak Government’s lead will be an example to be followed by others in compliance with the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP). She also stressed the obligation to discuss matters with the Orang Asli to seek their free, prior and informed consent on issues which pertain to their ancestral lands

Augustine Anthony reminded us that the Orang Asli are not alone in their struggle and friends from different ethnic groups such as the Malays, Chinese and Indians are together with the Orang Asli on this score.

The event was later followed by a press conference at about 11.45 am.

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”Ambiga said that the Bar Council is apolitical, and we looked at matters affecting the indigenous people from the human rights perspective. “A good Government is how it looks after the minority, not the majority”, she emphasised.

Kulasegaran mentioned that the Perak Government should take the lead to safeguard the interests of Orang Asli communities by continuous consultation with them and the adoption of a formal policy blue-print for implementation. Augustine concurred with him, and called on the present Government to make it a policy to consult the indigenous communities. Tijah referred to a recent statement by Dato’ Ngeh Koo Ham and clarified that for Ngeh to say the Government will “give land to the Orang Asli” is misleading because their ancestral lands have always been theirs.

The session ended at about 12.30 pm, and food was served. The guests adjourned for a traditional Orang Asli lunch and further discussions on Orang Asli issues.

It was indeed a meaningful and important day. This is a positive sign of warming relations between the State Government and the Orang Asli and I hope this will be followed in other states as well.


Ucapan oleh Bah Azmi Ng Porgi (Pengerusi, Jaringan Kampung Orang Asli Perak) pada pengumuman rasmi oleh YB A. Sivanesan berkenaan pemberhentian aktiviti-aktiviti komersial di Kampung Chang Sungai Gepai pada 5 Oktober 2008

Bah AzmiMa igah Hik smuak/apa khabar semua? Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini terutama sekali YB Encik A. Sivanesan iaitu Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Perak, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pembangunan Keluarga merangkap ADUN Sungkai.

Yang berbahagia dan juga yang dihormati Dato’ Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia, YB Encik M. Kulasegaran, Encik Augustine Anthony, Ketua Hal Ehwal Orang Asli, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia, Dr. Colin Nicholas dari Pusat Keprihatinan Orang Asli, Encik Jerald Joseph dari Pusat Komunikasi Masyarakat, Encik M. Gokoolaram Naidu dari Pusat Bantuan Guaman Perak dan juga kawan-kawan baru yang datang dari Australia.

Saya juga dapat tahu bahawa pada hari ini masyarakat Orang Asli yang hadir bukan hanya di sekitar daerah Slim River, Sungkai, Tapah, Gopeng tetapi juga dari Kuantan, Pahang dan Selangor. Saya ucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kerana sanggup bersusah payah hadir ke sini untuk meraikan masjlis yang bersejarah bagi penduduk kampung Chang dan juga JKOAP ini .

Para hadirian sekalian untuk makluman di seluruh Perak terdapat 203 buah perkampungan masyarakat Orang Asli dan bilangannya dianggarkan seramai 48,000 ribu orang. Kita terdiri dari beberapa suku kaum iaitu Semai yang terbesar, diikuti oleh Temiar, Jahai, Kintak dan Lanuh.

Saya percaya walaupun negara kita iaitu Semenanjung Malaysia telah mencapai 51 tahun kemerdekaan tetapi kita secara keseluruhannya belum merdeka sepenuhnya. Ini adalah kerana sepanjang kemerdekaan tersebut masyarakat Orang Asli seolah dipinggir dan seolah tidak wujud. Pelbagai isu dan permasalahan yang merupakan asas atau dasar kehidupan dan kewujudan Orang Asli tidak pernah selesai dan begitu rumit untuk diselesaikan.

Tanah-tanah adat tidak diiktiraf, projek-projek pembangunan orang asli hanya menggunakan nama dan tanah adat Orang Asli. Di kebanyakan perkampungan Orang Asli bukan saja tanah adat tidak diiktiraf, tidak dihormati dan tidak dilindungi tetapi masih banyak kampung yang tidak ada kemudahan asas yang sempurna seperti jalan raya, eletrik dan sebagainya. Malah di sesetengah perkampungan, masyarakat Orang Asli berhadapan dengan bahaya seperti mengunapakai sumber air yang dicemari racun kerana dikelilingi kebun sawit FELCRA dan FELDA, dan juga menggunakan jalan yang licin dan jambatan yang tidak sempurna.

Di atas borang pula Orang Asli hanya dikenali sebagai yang lain-lain; setiap kali nama-nama kaum utama di Malaysia disebut tidak pernah sekalipun nama Orang Asli dimasukkan sekali. Selalunya ia hanya terhad kepada Melayu, Cina dan India dan sekali-sekala Iban dan Kadazan.

Saya selaku pengerusi JKOAP merasakan bahawa perkara ini adalah amat ganjil dan tidak wajar. Kerana tindakan sedemikian bukan sahaja mendorong masyarakat Malaysia tidak mengenali Orang Asli tetapi juga telah melupuskan kewujudan Orang Asli.

Oleh yang demikian saya menyeru supaya di bawah JKOAP kita hendaklah bersatupadu, saling menyokong dan berdikari mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang kita hadapi. Saya percaya jika kita bekerjasama semua masalah dapat diselesaikan.

Itu saja pesanan saya.

Terima kasih.


Ucapan oleh Tijah Yok Chopil (Setiausaha, Jaringan Kampung Orang Asli Perak dan wakil Kampung Chang Sungei Gepai) pada pengumuman rasmi oleh YB A. Sivanesan berkenaan pemberhentian aktiviti-aktiviti komersial di Kampung Chang Sungai Gepai pada 5 Oktober 2008

Tijal1. Mewakili seluruh penduduk kampung saya mengucapkan salam sejahtera dan selamat datang kepada semua hadirin iaitu saudara-saudara Orang Asli baik dari Kampung Chang Sungai Gepai sendiri dan juga kampung-kampung sekitar di bawah Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP) dan juga saudara kami masyarakat Orang Asli dari Kuantan, Pahang dan Selangor yang saya kasihi. Terima kasih banyak-banyak kerana bersama kami pada hari ini dengan sanggup meninggalkan kerja, anak-anak dan duit untuk sampai di sini.

2. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada YB Encik A. Sivanesan, YB Encik M. Kulasegaran, Dato’ Ambiga Sreenevasan (Presiden Majlis Peguam Malaysia), Encik Augustine Anthony (Ketua Hal Ehwal Orang Asli, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia), Encik M. Gokoolaram (Pusat Bantuan Guaman Perak), Encik Jerald Joseph (Pusat Komunikasi Masyarakat [Pusat KOMAS]) dan Dr.Colin Nicholas (Center for Orang Asli Concerns [COAC]) dan kepada semua tetamu yang hadir yang saya kenal dan tidak kenal kerana ramai di antaranya yang baru saya jumpa pada hari ini, kepada rakan dan tetamu terhormat yang lain dan juga rakan-rakan wartawan yang hadir pada hari ini.

3. Untuk makluman semua; hari ini merupakan suatu hari yang cukup bermakna dan kami seluruh penduduk Kampung Chang Sungai Gepai yang terdiri dari 165 keluarga merasa amat terharu dan sangat gembira kerana segala kerisauan, segala ketakutan berkenaan sebahagian tanah adat kami yang akan hilang sudah berakhir. Hari ini membuktikan tanah adat tersebut sudah dikembalikan kepada kami.

4. Selaku wakil kampung saya mengingatkan bahawa sejarah hari ini adalah hasil semua pihak iaitu seluruh penduduk Kampung Chang Sungai Gepai, Kampung Chang Baru, Ahli Jawatankuasa Kampung (AJKK), JKOAP, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung (JKOAS), Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Sinui Pai Nenek Sengik (SPNS) dan badan-badan penyokong yang terdiri daripada Pusat KOMAS terutamanya Encik Jerald Joseph, COAC iaitu Dr. Colin Nicholas dan Majlis Peguam iaitu Encik Augustine Anthony dan Encik M. Gokoolaram.

5. Mereka-mereka ini sepanjang kami bersusah dan keluh-kesah menghadapi tekanan atas pencerobohan tanah adat semasa kes Taman Botani dan lain-lain kes pencerobohan tanah adat kami mereka sentiasa ada di belakang dan di sisi kami, memberi kami semangat, memberi kami sokongan padu dan tidak berbelah bagi sehingga kami tidak merasa sendirian dalam usaha dan perjuangan kami, dan dengan kemunculan Kerajaan Negeri Perak yang baru iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu prihatin, peka serta memahami kesusahan dan sebab-sebab kami membantah sebarang projek mega yang mahu diwujudkan di atas tanah adat kami akhirnya; kes ini terhenti dan tanah adat kami dikembalikan sebagai mana yang akan diumumkan sebentar lagi oleh YB Encik Sivanesan, EXCO Perak.

6. Diantara sebabnya kami membantah atau tidak mempersetujui apa-apa projek mega termasuk projek Taman Botani didirikan di atas tanah adat kami adalah kerana dari awal-awal lagi apa-apa projek yang dirancang atau mahu dibuat tidak pernah dimaklumkan atau mengambil kira pandangan atau pendapat kami. Tindakan sedemikian jelas menggambarkan bahawa projek-projek tersebut tidak akan membawa apa-apa manafaat dan sebarang keuntungan kepada kam; kerana jika di peringkat awal kami tidak dihiraukan, dipinggirkan apa jaminannya bahawa setelah projek itu berjalan akan membawa banyak manafaat kepada kami dan apa jaminannya bahawa kami tidak akan dipinggirkan pada masa akan datang. Apalagi, setiap kali kami meminta supaya pihak-pihak ini menghuraikan manafaat untuk kami yang dilaung-laungkan itu mereka tidak pernah dapat menghuraikannya. Oleh yang demikian maka kami memang sepatutnya merasa bimbang, takut dan risau dan akhirnya kami membantah projek tersebut. Dan tindakan kami adalah tanpa dihasut oleh mana-mana pihak.

7. Sepanjang tempoh kesusahan ini, pihak media juga telah memainkan banyak sumbangan kepada kami dengan membuat liputan demi liputan berkenaan kes ini sehingga kes ini dapat sampai kepada pengetahuan umum. Oleh yang demikian kami masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai juga mengucapkan berbanyak terima kasih.

8. Hari ini telah memberi keyakinan kepada kita semua bahawa kerja keras dan usaha yang tidak mengenal putus asa serta ikhlas akan membuahkan hasil yang baik untuk semua pihak. Usaha yang kita buat hari ini bukanlah untuk keuntungan kita tetapi untuk masa depan generasi kita dan juga kewujudan Orang Asli. Oleh itu saya merayu kepada semua saudara-saudara saya Orang Asli dan juga semua pihak supaya sedar bahawa jangan hanya mahu untung dan senang dalam masa yang singkat tetapi keuntungan tersebut tidak berpanjangan atau hanya dikecapi oleh segelintir Orang Asli sahaja sedangkan yang lain masih miskin tegar.

9. Terlalu banyak contoh yang kita lihat pada hari ini di mana banyak kampung-kampung Orang Asli yang sudah kehilangan dan tidak mempunyai tanah adat lagi kerana banyak sebab di antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa serta putus asa oleh golongan dewasa dalam masyarakat Orang Asli dahulunya yang bagi saya tidak bersungguh mempertahankan tanah adat tersebut dari pencerobohan oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.

10. 51 tahun merdeka bukan satu jangka masa yang singkat dan sepatutnya dalam tempoh tersebut kita masyarakat Orang Asli bukan sekadar ada rumah papan/batu, ada motorsikal/kereta, pergi sekolah dan berkerja di bandar. Sepatutnya sebagai Orang Asli kita semua sudah jadi taukeh, kaya-raya dan hidup aman damai bukan miskin tegar macam sekarang ini, kerana tanah adat setiap kumpulan Orang Asli yang diwariskan oleh nenek-moyang kita itu cukup luas dan kita merupakan tuan kepada tanah tersebut. Tapi yang berlaku hari ini Orang Asli menjadi tidak tentu hala, setelah genap 51 tahun merdeka Orang Asli memegang carta miskin tegar, masyarakat Orang Asli menjadi kumpulan masyarakat yang tidak dihormati, tanah-tanah adat Orang Asli di Malaysia banyak yang sudah hilang. Dan sepanjang tempoh itu Orang Asli dipergunakan dengan terang-terangan: Akta Orang Asli, Bangunan Orang Asli, kenderaan Orang Asli, hospital Orang Asli, Projek pembangunan/pertanian untuk Orang Asli tetapi yang untungnya bukan Orang Asli. Siapa yang duduk dalam bangunan tersebut, siapa yang untung dari Akta tersebut dan siapa yang duduk dan bawa kereta tersebut siang malam?

11. Yang jelas - Projek Tanaman Semula Komersial (TSK) seluas 6 ekar sekeluarga di beberapa Rancangan Penempatan Semula (RPS) termasuk POS Jernang hanya memberi hasil RM400.00 dalam tempoh 2 bulan sekali, perpecahan dan pergaduhan di kalangan penduduk dan yang teruknya menambah melarat kemiskinan penduduk asli di sesuatu kawasan. Dan penduduk menjadi lebih tidak berkuasa, tertekan dan sengsara. Tapi kenyataan yang keluar di media perdana pula menegaskan bahawa Orang Asli sekarang cukup mewah, untung lumayan dan pelbagai lagi kenyataan palsu.

12. Saya ingin menegaskan bahawa dalam tempoh 51 tahun merdeka kita tidak menafikan bahawa kita ada rumah, anak-anak kita pergi sekolah, penyakit TB semakin kurang di kalangan masyarakat Orang Asli (Utusan Malaysia, 3 Oktober 2008), masyarakat Orang Asli ada yang bekerja di bandar dan kita pun sudah pakai baju bukan pakai cawat, sudah pandai dan mahu bergaul dengan masyarakat luar. Sama sekali kita tidak menafikan semua itu.

13. Tetapi, beberapa perkara ASAS yang paling penting dalam tempoh kemerdekaan yang begitu lama itu telah dilenyapkan sama sekali iaitu:

a. Hak asasi Orang Asli terhadap tanah adat kita sudah dilenyapkan.

b. Kuasa kita dalam memberi keputusan sudah lama dirampas.

c. Orang Asli tidak dididik dan didorong untuk mewakili dan bersuara untuk membela dan melindungi HAK ASASI kami sebagai Orang Asli.

d. Kita telah dicipta menjadi pak turut, bodoh dan penakut, suka bergantung dan tidak mempercayai dan bergaduh sesama sendiri.

e. Segala keputusan untuk Orang Asli dibuat oleh bukan Orang Asli jikapun oleh Orang Asli tetapi selalu kumpulan dan individu yang pikiran dan falsafah hidupnya telah dipesongkan.

14. Oleh yang demikian sebelum saya berhenti bercakap saya berharap sekali lagi supaya kita semua sama-sama menjadikan peristiwa hari ini menjadi pengajaran bahawa masyarakat Orang Asli masih ada harapan untuk mempertahan dan melindungi tanah adat kita. Kerjasama bukan saja dikalangan masyarakat Orang Asli tetapi dengan mana-mana badan yang ikhlas untuk membantu Orang Asli, penegasan yang berani dan kesanggupan berusaha tanpa putus asa adalah kunci segala perjuangan Orang Asli.

Sekian terima kasih.


Speech by Dato’ Ambiga Sreenevasan on the occasion of YB A. Sivanesan’s official announcement of the cessation of commercial activities at Kampung Chang Sungai Gepai on 5 October 2008

Ambiga Sreenevasan1. Sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan laporan- laporan pencabulan hak asasi masyarakat Orang Asli khususnya pengambilan tanah-tanah adat Orang Asli tanpa persetujuan Orang Asli dan penempatan semula secara paksaan masyarakat Orang Asli di kawasan-kawasan yang tidak sesuai dan yang memberi kesan buruk yang sangat serius terhadap tradisi dan cara hidup mereka.

2. Majlis Peguam sangat prihatin terhadap sebarang pencabulan hak asasi manusia termasuklah hak asasi Orang Asli khususnya hak-hak mereka ke atas tanah adat mereka.

3. Ia adalah menjadi salah satu matlamat utama Majlis Peguam untuk menegakkan keadilan tanpa “fear or favour” dan di dalam proses menegakkan keadilan ini Majlis Peguam sentiasa memberi sokongan dan bantuan guaman kepada masyarakat yang tertindas dan terpencil yang termasuk masyarakat Orang Asli.

4. Sejurus selepas saya menjadi Pengerusi Majlis Peguam, masyarakat umum sekali lagi dikejutkan dengan satu insiden percubaan pengambilan tanah adat Orang Asli di kampong ini iaitu Kampung Chang Sungai Gepai tanpa sebarang pengetahuan dan persetujuan Orang Asli untuk dijadikan sebagai “botanical gardens”.

5. Saya telah difahamkan oleh masyarakat Orang Asli bahawa projek ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Orang Asli di sini.

6. Malahan projek ini akan menjadi suatu punca hilangnya tradisi dan adat Orang Asli.

7. Saya mengikuti perkembangan perjuangan anda semua untuk mempertahankan hak anda di tanah adat dan Majlis Peguam kagum dengan kesungguhan anda semua yang berjuang tanpa rasa takut dan mengaku kalah terhadap entiti-entiti komersial gergasi.

8. Keistimewaan perjuangan Orang Asli Kampung Chang dalam mempertahankan hak tanah adat amat menarik perhatian saya.

9. Saya lebih memahami perjuangan masyarakat kampong ini apabila saya melawat kampong ini pada tahun 2007 semasa kemuncak masalah ini.

Ambiga Sreenevasan10. Saya telah berjalan bersama-sama anda jauh di dalam taman anda dan meninjau dan melihat dengan mata sendiri betapa indah dan bersihnya kawasan tanah adat ini dipelihara dan dijaga sejak turun-temurun.

11. Saya sedar bahawa kehidupan masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan rapat dengan tanah yang dijaga dan dipelihara selama ini. Patutlah anda mempertahankankan tanah adat anda bermati-matian.

12. Kesedaran ini juga telah membuka ruang bagi Majlis Peguam untuk menjemput salah seorang daripada anda iaitu Tijah Yok Chopil untuk berucap di dalam Persidangan “Malaysian Law Conference” ke-14 pada tahun 2007 di mana masyarakat Malaysia dan antarabangsa telah mendapat lebih peluang memahami perjuangan terhadap tanah, adat dan tradisi masyarakat Orang Asli di Malaysia.

13. Saya telah difahamkan bahawa Kerajaan Baru Negeri Perak ada suatu pengumuman khas dan istimewa yang akan dibuat sekejap lagi kepada anda semua pada hari ini dan sayapun seperti anda tidak sabar-sabar menanti pengumuman ini.

14. Majlis Peguam gembira dapat menyumbang sedikit daripada kebolehannya khususnya dari segi nasihat dan rundingan kepeguaman dan Majlis Peguam akan terus membantu dan memberi sokongan kepada masyaratkat Orang Asli bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh Semenajung Malaysia.

15. Saya harap kesungguhan dan sikap tidak putus asa yang ditunjukkan oleh masyarakat Orang Asli Semai di sini dapat dicontohi oleh semua masyarakat Orang Asli di Semenajung Malaysia.

16. Pada masa yang sama Majlis Peguam sangat berharap bahawa Kerajaan Negeri Perak akan menjadi contoh di dalam menepati piawaian UNDRIP (“United Nations Declaration on The Rights Of Indigenous People”) dan sentiasa berbincang dan menghalusi setiap isu yang melibatkan tanah-tanah adat Orang Asli dan mendapatkan persetujuan ”free, prior and informed consent” masyarakat Orang Asli.

17. Walah Tic, Walah Adat, Walah Adat, Walah Sinuoi Senoi.

(Tiada Tanah, Tiada Adat, Tiada Adat, Tiada Hidup Senoi)

Sekian Terima Kasih


Speech by Augustine Anthony on the occasion of YB A. Sivanesan’s official announcement of the cessation of commercial activities at Kampung Chang Sungai Gepai on 5 October 2008

Saudara Saudari,

1. YB saudara Chang Lih Kang yang berada di Pahang menghadiri urusan rasmi mengirim salam kepada semua. Masyarakat Ulu Geroh dan sekitar mukim Teja kenal dan faham mengapa walaupun beliau tidak ada bersama kita di sini pada pagi ini namun jasa beliau sangat dihargai dan nama beliau disebut secara khas disini.

2. Saudara saudari, daripada apa yang kita merasai pagi ini, jelas bahawa suatu perkara adalah ketara.

3. Di kalangan kita yang hadir, ramai juga di antara kawan-kawan kita yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan juga kawan-kawan dari Eropah. Ini menunjukkan masyarakat Orang Asli tidak perlu risau dan bersendirian dalam perjuangan mereka.

4. Walaupun masih ramai yang bercuti Hariraya Aidil Fitri, kawan-kawan kita khususnya peguam-peguam hak asasi manusia sanggup melepaskan hari cuti mereka untuk bersama-sama dengan kita dan kita amat menghargainya.

5. Penindasan Orang Asli dan pencabulan hak tanah adat kini sudah menjadi masalah yang dikongsi bersama oleh semua masyarakat Malaysia disebabkan hak tanah adalah asas hak asasi manusia.

6. Kita mesti ingat, di kalangan kita yang hadir pagi ini untuk mendengar berita baik yang akan diumumkan oleh YB saudara Sivanesan Achalingam, jangan sekali-sekali kita lupa berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia dan kita mesti bersedia untuk membantu mereka.

7. Saya harap berita baik seperti hari ini akan sebar ke seluruh kawasan-kawasan pedalaman lain bukan sahaja di negeri Perak tetapi seluruh Malaysia.

8. Hari ini berita baik kedengaran di Kampung Chang, selepas ini kita mahu berita baik terdengar di kawasan Ulu Geroh, Ulu Kampar, Serkal, Pos Slim, Gesau, Sandin, Pos Bersih, Jernang, Kerawat, Pergum, Bawong, Banding, Tenau Pos Brooke, Buluh Nipis dan lain-lain tanah adat Orang Asli.

9. Dan yang di kalangan kita yang suka mendengar lagu perjuangan Orang Asal, dalam masa yang singkat mungkin kita minta Dr. Colin Nicholas untuk menukar lirik “mengapa menangis dan mata mu bengkak” kepada lirik baru “dulu kita menangis mata bengkak kini semuanya sudah berubah.”

10. Pada bulan April 2007, Pengerusi Majlis Peguam Dato’ Ambiga Sreenevasan telah mengeluarkan suatu kenyataan polisi bahawa Kerajaan perlu menghormati dan mengiktirafkan tanah-tanah adat Orang Asli.

11. Dan sukacita saya umumkan bahawa pada 7 Oktober 2008, Pengerusi JKOAP saudara Bah Azmi Ng Porgi dan Setiausaha JKOAP saudari Tijah Yok Chopil akan berhadapan dengan Kerajaan Negeri Perak yang akan dipengerusikan oleh YB Dato’ Ngeh Khoo Ham, EXCO Kanan Negeri Perak bersama-sama dengan semua agensi agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menuntut pengiktirafan tanah adat Orang Asli Perak.

12. Dan saya berharap semua di kalangan kita akan memberi sokongan padu kepada mereka berdua.

13. Seperti yang saya katakan sebelum ini masyarakat Orang Asli perlu bergerak sebagai satu rantai dan dengan satu suara.

Sekian. Terima kasih.

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”

Kampung Chang Sugai Gepai: “We are NOT visitors…Our ancestral land…Ours forever”

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 198 guests and 5 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google