feed
Home arrow Committees arrow Family Law arrow Batalkan forum Memeluk Islam
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Batalkan forum Memeluk Islam PDF Print E-mail
Thursday, 07 August 2008 08:01am

Batalkan forum Memeluk Islam©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Saiful Haizan Hasam

• Pekida piket jika forum diteruskan
• Majlis Peguam tetap adakan forum Memeluk Islam
• Forum mengenai murtad

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pelbagai pihak mendesak Majlis Peguam supaya membatalkan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana ia dikhuatiri menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Badan profesional guaman itu turut dibidas kerana memberi perhatian yang keterlaluan sejak kebelakangan ini kepada isu-isu sensitif yang boleh mengundang syak wasangka.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam.

Katanya, perbincangan isu sensitif melalui forum awam itu pada Sabtu ini boleh menyebabkan ada pihak yang berasa marah dan tidak berpuas hati.

“Negara kita mempunyai Akta Hasutan, jika berlaku kemarahan kaum dan penganut agama Islam, Majlis Peguam perlu bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu Majlis Peguam dianggap oleh banyak pihak sebagai badan yang menghasut. Ahli-ahlinya merupakan golongan profesional... jika ada masalah bawalah berbincang kerana kerajaan hari ini cukup terbuka,” kata Abu Zahar ketika dihubungi di sini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap Majlis Peguam supaya tidak ‘bermain api’ dengan menganjurkan forum awam bertajuk Memeluk Islam pada Sabtu ini.

Forum itu dijangka menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.

Abu Zahar berkata, beliau selaku ahli Majlis Peguam turut dukacita dengan tindak tanduk kepimpinan badan itu yang memberi lebih perhatian kepada isu-isu sensitif berbanding kebajikan para peguam di negara ini.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, Majlis Peguam perlu membatalkan forum tersebut kerana ia akan mengusutkan keadaan.

Kerajaan juga, katanya, perlu bertindak tegas bagi menghalang penganjuran forum awam seumpama itu pada masa depan.

“Apa tujuan penubuhan Majlis Peguam? Adakah untuk bercakap hal-hal agama? Dalam hal berkaitan agama, biarlah kumpulan agama yang bercakap.

“BBPM akan bangkit bertindak sekiranya kedudukan perkara-perkara yang terkandung dalam piagam penubuhan BBPM seperti agama Islam, bahasa, budaya dan raja-raja Melayu disentuh oleh mana-mana pihak,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, forum awam Majlis Peguam itu seolah-olah suatu usaha secara halus kepimpinan badan guaman itu untuk mempersoalkan kedudukan agama Islam.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dibalas melalui hujah-hujah yang kukuh bagi memberi kefahaman terhadap pihak yang cuba membuat pertikaian.

“Ia perlu ditangani secara rasional dan menuntut tahap kematangan yang tinggi,” katanya.


Pekida piket jika forum diteruskan

ALOR STAR 6 Ogos - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) mengancam akan mengadakan piket di luar pejabat Majlis Peguam jika forum bertajuk Memeluk Islam tetap diadakan pada 9 Ogos ini.

Presidennya, Jamaludin Yusof berkata, kira-kira 100,000 ahli pertubuhan itu di seluruh negara kini hanya menunggu arahan untuk mengadakan piket tersebut sebagai protes kepada penganjuran forum tersebut.

Beliau menegaskan, forum itu secara terang-terangan mencabar umat Islam kerana isu agama adalah sesuatu yang sensitif.

"Majlis Peguam seolah-olah mahu mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara apatah lagi mahu membincangkan isu yang boleh mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

"Sudah tentu apabila perkara yang menyentuh mengenai agama Islam disentuh, ia akan menyebabkan orang Islam merasa tidak berpuas hati dan tercabar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Peguam mengumumkan ia akan mengadakan satu forum pada 9 Ogos ini mengenai Islam yang akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Forum bertajuk Memeluk Islam itu dijangka menyentuh peruntukan perlembagaan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.

Menurut Jamaluddin, beliau percaya, forum ini sengaja diadakan untuk dijadikan isu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

"Siapa tahu, perkara ini akan dimainkan oleh pihak berkenaan untuk meraih undi orang bukan Islam di Permatang Pauh sedangkan isu agama bukan sesuatu yang harus dipolitikkan,'' jelasnya.

Jamaluddin memberitahu, Pekida juga akan membuat laporan polis berhubung penganjuran forum tersebut.


Majlis Peguam tetap adakan forum Memeluk Islam

Oleh Arshad Khan


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Majlis Peguam tetap meneruskan forum Memeluk Islam pada 9 Ogos ini meskipun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran kepada majlis itu supaya tidak 'bermain api'.

Setiausahanya, Lim Chee Wee berkata, forum tersebut tidak sensitif kerana ia hanya bertujuan untuk mengkaji kesan yang dihadapi oleh pasangan dan anak mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.

Sambil meminta Syed Hamid tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang beliau sendiri tidak memahaminya, Chee Wee menegaskan, forum tersebut bertujuan membincangkan isu terkini yang melibatkan hak dan kepentingan orang Islam dan bukan Islam.

''Forum ini tidak sensitif kerana ia adalah isu undang-undang yang mana pihak peguam perlu berbicara.

''Pada saya tidak elok untuk menteri berkenaan mengatakan sesuatu berkaitan forum ini atas kefahaman yang salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas amaran Syed Hamid kepada Majlis Peguam supaya tidak 'bermain api' dengan menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam pada hujung minggu ini yang disifatkan amat sensitif kepada umat Islam negara ini.

Menurut beliau, ini kerana forum yang dilaporkan akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan itu, boleh menyebabkan wujud salah faham di kalangan umat Islam sendiri.

Forum tersebut dijangka menyentuh peruntukan perlembagaan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Dalam hubungan ini, Chee Wee berkata, masyarakat Malaysia kini sudah matang dan tidak lagi mementingkan kaum atau bangsa sendiri.


Forum mengenai murtad

PUTRAJAYA 6 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan forum mengenai 'ancaman riddah' berkaitan permasalahan murtad di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Najibah Abdul Mutalib berkata, forum tersebut bertujuan memberi penjelasan kepada orang ramai tentang isu murtad yang dihadapi pada masa ini.

"Jakim sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam mengambil inisiatif untuk mengadakan forum ini bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat berkaitan isu ini.

''Dalam pada itu, ia juga bertujuan mencari penyelesaian kepada permasalahan murtad yang berleluasa di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, Jakim mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi menjayakan forum tersebut.

Comments (1)Add Comment
Why the said forum should stop?
written by Tong Kuan Ling, Thursday, August 07 2008 11:44 am

The forum should be held as scheduled as we are allowed to act without any fear or favour and our aims/objectives are to educate the public on the implication which might occur in the event of conversion to the said religion.

All the media, ministers and other related parties should cease to comment the said forum immediately.

Tong Kuan Ling


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 73 guests and 1 member online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google