feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Noor Azura gagal gugur tuduhan bunuh
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Noor Azura gagal gugur tuduhan bunuh PDF Print E-mail
Friday, 25 July 2008 09:38am

©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Zaharah Othman

LONDON: Noor Azura Mohd Yusoff, rakyat Malaysia yang menghadapi tuduhan membunuh seorang wanita warga China di sini, gagal dalam cubaannya untuk menggugurkan kes itu kerana tidak cukup bukti.

Berikutan itu, Mahkamah Old Bailey di sini semalam mengarahkan pendakwa raya dan peguam bela menggulung hujah masing-masing.

Noor Azura, 22, dan teman lelakinya, Lon Gian, 26, rakyat kelahiran Vietnam, dituduh membunuh Xie Xing Xing, 17 April tahun lalu. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

 Seorang lagi rakyat Vietnam yang disyaki terbabit, Chanh Ngo bagaimanapun sudah melarikan diri dari Britain.

Mayat Xie, pelajar dan pekerja karaoke ditemui tanpa kepala dan kedua-dua tangannya dalam sebuah beg plastik di Sungai Thames, dua hari selepas dia dipercayai dibunuh. Kepalanya ditemui dalam beg plastik beberapa minggu kemudian tetapi tangannya masih belum ditemui.

Pembicaraan yang bermula pada 8 Julai lalu ditangguhkan sebentar semalam dan juri diarah bersurai, apabila peguam bela kedua-dua defendan membuat permohonan berhujah mengapa tuduhan terhadap anak guam mereka harus digugurkan.

Peguam Jane Humphreys dan Peter Carter berhujah, walaupun ada keterangan pakar patologi dan DNA, polis tidak cukup bukti kukuh untuk meneruskan pembicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Forrester menolak permohonan itu dan mengarahkan pendakwa raya dan peguam bela meneruskan penggulungan.

Sekembalinya juri, Pendakwa Raya Brian Altman meminta mereka memutuskan siapa yang melakukan pembunuhan itu dan di mana ia berlaku.

Dalam keterangan sebelum ini, mahkamah diberitahu pembunuhan itu berlaku di kediaman pasangan berkenaan di 54, Knoyle Street, New Cross, selatan London.

“Sekiranya juri pasti tempat jenayah, mesti putuskan sama ada kedua-dua defendan berada di tempat itu, terbabit dalam jenayah dan membuang mayatnya,” katanya.

Sebelum ini, juri diberitahu oleh saksi, Noor Azura kuat cemburu serta pernah mengugut mangsa menjauhi teman lelakinya kerana mengesyaki dia ada hubungan sulit dengan Gian.

Altman berkata, Azura pernah memberitahu polis: “Saya menamparnya, saya memukulnya dan kematiannya satu kesilapan”, manakala Gian mulanya menafikan mengenali Xie dan selepas itu berkata mungkin pernah melihatnya.

Pakar patologi, Dr Peter Jerreat mengesahkan Xie mati ditikam di lehernya dan kepala mangsa dipotong ketika dia masih hidup.

Juri juga diminta mempertimbangkan penemuan jaket Nike dan alas tilam bersama mayat Xie, yang katanya adalah dari rumah Azura dan Gian. Selain itu, telefon bimbit Gian dijejak di sekitar kawasan pelabuhan Selatan London di mana mayat itu ditemui.

Pendakwa raya akan menyambung hujahnya hari ini sebelum peguam bela memulakan hujah mereka.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 103 guests online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google