News/Articles/Notices
News
Berita/Komen Undang Undang
Kes Lina Joy: 300 ahli Pembela tunjuk kekuatan | Kes Lina Joy: 300 ahli Pembela tunjuk kekuatan |
|
|
|
| Wednesday, 30 May 2007 09:01pm | |
|
PUTRAJAYA: Orang ramai berbaris sejak jam 7.30 pagi di pintu masuk ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengikuti keputusan permohonan Lina Joy, yang telah menganut Kristian, untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya. Bagaimanapun, hanya kira-kira 60 orang termasuk wartawan dan peguam dibenarkan memasuki bangunan makhamah itu di Palace of Justice yang dikawal ketat oleh kira-kira 30 orang anggota polis untuk mengikuti perbicaraan tersebut. Lebih 300 orang lagi, yang terdiri daripada anggota-anggota kepada gabungan 80 buah pertubuhan Islam membanjiri perkarangan bangunan berkenaan. Ketua penyelaras kepada kumpulan itu yang dikenali sebagai Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Khairul Ariffin Mohd Munir berkata mereka mengambil keputusan untuk berhimpun di bangunan mahkamah itu untuk menunjukkan keprihatinan terhadap kes berkenaan.
Gabungan NGO itu antara lain dianggotai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Peguam Pembela Islam (PPI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). "Kita cuba untuk terlibat dengan kes ini, Pembela ni kita tubuhkan kerana timbulnya banyak kes atau isu berkaitan Islam," kata Khairul Ariffin, yang juga setiausaha agung Abim, ketika ditemui wartawan. Jelasnya gabungan berkenaan adalah rangkaian yang lebih besar daripada Gabungan NGO-NGO Islam (ACCIN) dan Badan Anti IFC (Badai) yang bertindak proaktif ke atas usaha untuk menubuhkan Majlis Antara Agama (IFC) sejak awal tahun lalu. Khairul Ariffin, juga seorang peguam syarie, memberi nasihat kepada kumpulan penyokong Pembela agar berhimpun secara aman dan tidak bertindak balas terhadap provokasi mana-mana pihak. Kumpulan berkenaan kemudiannya duduk bersila di perkarangan itu dan mula bermunajat pada kira-kira 10.45 pagi apabila perbicaraan mula bersidang. Setiausaha eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia Dr Hermen Shastri, yang ditemui mStar Online di kawasan berkenaan, berkata pertubuhan yang diwakilinya tidak perlu membawa beratus-ratus orang penyokong ke perbicaraan tersebut. Katanya, kehadiran ramai penganut daripada sesuatu agama bukanlah faktor yang boleh memberi kesan kepada keputusan perbicaraan. Beliau yang juga wakil gabungan persatuan agama bukan Islam MCCBCHS (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism) juga menolak dakwaan bahawa ada agama tertentu "sedang diserang" dengan menggunakan isu-isu keagamaan seperti kes perbicaraan Lina Joy. "Tanggapan sebegitulah yang menjadi punca masyarakat berpecah-belah mengikut kepercayaan mereka," katanya. Laungan takbir memecah kehinangan kompleks mahkamah itu selepas jurucakap Pembela, Mohd Anuar Tahir mula membacakan keputusan rayuan tersebut yang dihantar melalui SMS oleh seorang daripada tiga wakil mereka yang mengikuti perbicaraan berkenaan.
Secara rasmi, tiga wakil pakatan NGO Islam itu menghadiri perbicaraan tersebut sebagai peguam pemerhati: Zulkifli Nordin bagi pihak Abim, Zainur Zakaria (PPI) dan Zainul Rijal (PGSM). Keputusan pertama daripada Hakim Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim dan yang kedua daripada Hakim Alauddin Datuk Mohd Sheriff disambut dengan laungan takbir yang gemuruh. Kedua-dua hakim berkenaan telah menolak rayuan Lina Joy untuk menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya, kes yang berlarutan sejak beberapa tahun dan hari ini ditunggu dengan penuh debaran. Ahmad Fairuz dan Alaudin berpendapat, Lina, 42 tahun, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum dibolehkan untuk berbuat demikian. Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum bagaimanapun membenarkan permohonan Lina Joy. Selepas mendengar kepurusan hakim ini, Anuar yang menggunakan alat pembesar suara berkata keputusan berkenaan mengecewakan dan beberapa orang penyokong mereka kelihatan mengeluh panjang dan terkejut dengan keputusan tersebut. "Oleh itu keputusan hakim daripada negeri di bawah bayu ini (Sabah) nampaknya menyebelahi kepada pihak pemohon," kata Anuar, juga bekas setiausaha agung Parti Keadilan Nasional, kepada kumpulan berkenaan tanpa disambut takbir seperti sebelumnya. Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak permohonan Lina dalam keputusan majoriti 2-1. Dalam penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Khairul Ariffin dalam sidang akhbar setelah keputusan rasmi dikeluarkan berkata, Pembela mengalu-alukan keputusan tersebut yang telah "memihak kepada kebenaran." "Keputusan ini juga melegakan orang Islam dan bukan Islam kerana ia dilihat mempertahankan dan mendukung suatu sistem dan arrangement dan kedudukan mahkamah syariah. "Ia tidak harus dilihat sebagai keputusan yang hanya memihak kepada orang Islam, sebaliknya sebagai keputusan yang memenangkan sistem kehidupan bersama," katanya. "Keputusan ini telah berjaya menolak usaha sesetengah pihak
yang cuba merombak dan dan mengganggu satu sistem yang selama ini kita
pertahankan bersama." Lina Joy gagal gugur nama Islam Comments (4)
![]()
Kes Lina Joy: 300 ahli Pembela tunjuk kekuatan
written by Nik Elin Nik Abd Rashid, Thursday, May 31 2007 08:07 am
Kes Lina Joy: 300 ahli Pembela tunjuk kekuatan
written by Laily Shahreniza Binti Labai, Thursday, May 31 2007 09:04 am
Dear Nik Elin,
WE ARE IN THE 20TH CENTURY!
written by Andy Yong Kim Seng, Thursday, May 31 2007 09:39 am
That simply means Allah the Almighty God, it does not require a Muslim to know the meaning my dear Laily. I've observed the comments of the Lina Joy's outcome and I must say I'm proud to have a 'sis-in-law' such as Nik Elin being a sensible person. The last time I read of such was Datuk Zaid Ibrahim press statement in the Sarvanan v Subashini case. Bravo! Not only we are living in a multiracial nation but a modern world. Do you think Jesus, Buddha or Nabi Mohammad will react like those fanatic or dressed shabbily if any of them is to be here today??? In order for the country to advance and develop into the correct Islamic ways or just the right ways, the people's attitude and mentality must change!! Otherwise all those vision, mega projects, records, corruption, nepotism, dirty politics, tidak apa attitude, will ruin the nation one day...
Clarification written by Andy Yong Kim Seng, Thursday, May 31 2007 09:58 am
Dear Laily, Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|







•



















When I looked at the above pictures (I haven't read the posting yet) of those Muslim fanatics shouting "Allah Hu Akhbar", I get really scared...... Why are they terrorising us to make sure that the sacred religion of Islam is sanctified?
We don't need this sort of terrorising. No wonder Islam is being perceived as terrorists all over the world. It is happening right here in Malaysia.
Nik Elin Nik Abd Rashid