• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Legal and General News
  • Legal News
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Isu Murtad: Empat beranak dibenar rujuk undang–undang 22 Nov 2011 12:00 am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)


PUTRAJAYA 21 Nov. – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan empat beranak berketurunan India Muslim merujuk lima persoalan undang–undang ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha mendapat perisytiharan bahawa mereka bukan lagi beragama Islam.

Zaina Abidin Hamid @ S. Maniam dan tiga anaknya iaitu Surindran a/l Zaina Abidin, Mohanasubash a/l Zaina Abidin dan Chandrika a/p Zaina Abidin memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi memohon perisytiharan bahawa mereka telah murtad selepas mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Mereka memohon Mahkamah Persekutuan menentukan lima persoalan undang– undang antaranya adalah sama ada ibu bapa bagi anak–anak yang berusia di bawah 18 tahun berhak menentukan agama anak masing–masing menurut Perkara 11 dan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Linton Albert membenarkan mereka merujuk persoalan undang– undang itu selepas menolak rayuan Kerajaan Malaysia tanpa mendengar meritnya.

Bagaimanapun Kerajaan Malaysia mempunyai peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan permohonan bagi kebenaran merayu.

Ketika membenarkan bantahan awal keluarga berkenaan, panel itu bersetuju rayuan pihak kerajaan tidak mematuhi Peraturan 6, Kaedah–Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 kerana notis rayuan tidak diserahkan kepada tiga pihak lain.

Pihak–pihak tersebut yang turut dinamakan sebagai responden dalam saman pemula terdiri daripada Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.

Sehubungan itu, mahkamah berpendapat, oleh kerana kelima–lima persoalan undang–undang berkenaan mempunyai kesan langsung terhadap ketiga–tiga responden, maka wajar notis rayuan diserahkan kepada kesemuanya.

Sebelum itu, peguam Fahri Azzat yang mewakili keluarga berkenaan berhujah, rayuan itu tidak sempurna kerana ia gagal mematuhi peruntukan yang menghendaki kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam rayuan itu diserahkan dengan notis rayuan.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Norhisham Ismail yang mewakili Kerajaan Malaysia berhujah, notis tidak semestinya diserahkan kepada ketiga–tiganya kerana jika rayuan Kerajaan Malaysia dibenarkan, persoalan undang–undang tidak perlu dirujuk dan saman pemula itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 27 September tahun lalu yang membenarkan permohonan empat beranak itu merujuk lima persoalan undang–undang ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan undang–undang, Zaina Abidin, 60, dilahirkan sebagai seorang Islam kerana bapanya yang beragama Hindu memeluk Islam dan berkahwin dengan ibunya yang berketurunan India Muslim.

Dia kemudian berkahwin dengan seorang wanita beragama Hindu. Pernikahan itu didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang–Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a