• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Peer Support Network
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • e-Library
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Speeches
  • Speeches
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Ucapan oleh Abdul Fareed Abdul Gafoor, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ("MoU") Di Antara Universiti Sains Malaysia dan Badan Peguam Malaysia (4 Mac 2020) 12 Mar 2020 9:55 am

Terima kasih Pengerusi Majlis yang dihormati.
 
Yang Berbahagia Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia ("USM");
Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM;
Yang Berusaha Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad, Dekan, Pusat Pengajian Pengurusan USM;
Rakan-rakan dari Badan Peguam Malaysia;
Para tetamu kehormat; dan 
Hadirin sekalian.
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
1. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak USM di atas kesediaan USM untuk merealisasikan satu peluang kerjasama diantara USM dan Badan Peguam Malaysia, yang akan memanfaatkan kedua-dua pihak.
 
2. Kerjasama di antara USM dan Badan Peguam Malaysia ini adalah suatu hasrat bersama untuk mewujudkan satu program anjuran USM yang terbuka kepada ahli-ahli Badan Peguam Malaysia.  Selain dari itu, pihak USM dan Badan Peguam Malaysia akan bekerjasama untuk mengadakan persidangan, program latihan dan bengkel serta pertukaran penerbitan antara satu sama lain. Memorandum Persefahaman yang ditandatangani hari ini akan memulakan suatu hubungan yang positif diantara USM dan Badan Peguam Malaysia.
 
3. Badan Peguam Malaysia merasa amat berbesar hati dengan kesudian USM menjadi rakan kami untuk sama-sama mewujudkan program Sarjana Pengurusan Profesional. 
 
4. Kerjasama yang akan dimeterai hari ini akan melakar satu sejarah untuk Badan Peguam Malaysia memandangkan ianya merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan dengan suatu pusat pengajian tinggi.  Adalah diharapkan ianya akan memanfaatkan ahli-ahli kami.  
 
5. Walaupun seseorang telah mempunyai kelayakan untuk menjadi peguamcara yang profesional, namun pendidikan berterusan tidak pernah berhenti dan tidak patut berhenti memandangkan kelayakan asas yang diperolehi melalui ijazah sarjana muda adalah tidak mencukupi dalam mempertingkatkan keupayaan seseorang peguam.  
 
6. Peguam zaman sekarang perlu menguasai teknologi undang-undang yang terbaharu untuk menyelesaikan persoalan undang-undang yang rumit dalam masa yang singkat dan mendapatkan informasi segera berkenaan perkembangan undang-undang yang terbaharu dan bersedia untuk memenuhi kehendak anakguam, khususnya yang melibatkan dunia perniagaan.
 
7. Justeru adalah menjadi hasrat Badan Peguam Malaysia untuk mewujudkan satu program Sarjana Pengurusan Profesional yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia supaya ahli-ahli kami dapat memperoleh kecekapan pengurusan profesional yang relevan dalam zaman Revolusi Industri 4.0, kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin profesional yang berpengaruh serta kemahiran analisis dan pemikiran untuk membuat keputusan yang efektif. 
 
8. Kami yakin bahawa USM merupakan rakan kongsi yang paling sesuai dalam mewujudkan program Sarjana Pengurusan Profesional ini.  Program Sarjana Pengurusan Profesional dengan Pusat Pengajian Pengurusan USM dijangka  akan membuka lebih banyak ruang untuk ahli-ahli kami untuk mengembangkan kemahiran mereka atau menerokai peluang usahawan yang baru. 
 
9. Pusat Pengajian Pengurusan USM adalah suatu pusat yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan industry secara praktikal, analitikal, bersifat kreatif dan mempunyai nilai etika serta tanggungjawab sosial yang tinggi.  Rangkaian alumni Pusat Pengajian Pengurusan yang luas juga membolehkan ahli-ahli kami berinteraksi dengan professional dalam bidang lain untuk meneroka lebih banyak peluang bersama.
 
10. Akhir kata, saya berharap kerjasama Badan Peguam Malaysia dengan USM akan berjalan dengan lancar. 
 
11. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengundang para hadirin sekalian untuk menghadiri International Malaysia Law Conference (“IMLC”) iaitu acara perdana Badan Peguam Malaysia yang akan diadakan dari 12 hingga 14 Ogos 2020 di Kuala Lumpur.  IMLC tahun ini bertemakan “Navigating the Present, Exploring the Future”.  IMLC yang lepas yang diadakan pada tahun 2018 telah memperoleh sokongon daripada badan Kehakiman, pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli Parlimen dan pihak akademik.  Kami berharap melalui IMLC, profesional undang-undang akan lebih bersedia untuk menangani cabaran masa depan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Abdul Fareed Abdul Gafoor
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia
 
4 Mac 2020

Comments (0)
© Copyright Reserved 2023. Bar Council Malaysia.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a