• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Peer Support Network
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • e-Library
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Kenyataan Media | Penyalahgunaan Proses Mencemarkan Sistem Keadilan Kita 21 Aug 2022 12:33 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Karen Cheah Yee Lynn, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 19 Ogos 2022, yang boleh didapati di sini.


Badan Peguam Malaysia tergamam dengan perkembangan kes berkaitan dengan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak, di Mahkamah Persekutuan.  

Negara kita sedang menyaksikan penyalahgunaan sistem keadilan dan bagaimana sistem keadilan kita telah dicemari melalui tindakan-tindakan dan cubaan-cubaan untuk menangguh pendengaran kes tersebut, permohonan oleh peguam untuk dilepaskan daripada mewakili bekas Perdana Menteri, keengganan peguam untuk berhujah dalam pendengaran rayuan tersebut selepas Mahkamah Persekutuan telah memberi keputusan berkenaan dengan permohonan pelepasan, dan pengumuman Dato’ Sri Najib Razak untuk memberhentikan khidmat peguam-peguamnya Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam, secara tiba-tiba.

Masyarakat umum perlu ambil maklum bahawa peguam bela dan peguam cara harus mempunyai tahap profesionalisme berdasarkan peraturan amalan dan etika sedia ada agar institusi keadilan terus berintegriti.  Majlis Peguam tegas dalam menguatkuasakan pematuhan peraturan sedia ada supaya tahap profesionalisme yang tertinggi dapat dipelihara dan dikekalkan dalam mendukung maruah profesion undang-undang.  Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etika) 1978 (Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978, “LPPER”) menetapkan piawaian tingkah laku peguam-peguam di negara ini, yang juga mencerminkan tanggungjawab utama peguam adalah kepada mahkamah sebagai pegawai mahkamah. 

Badan Peguam Malaysia berpendirian bahawa apabila seseorang peguam baharu dilantik untuk mengambil alih sesuatu kes, peguam tersebut perlu mematuhi Peraturan 6(a) LPPER yang memperuntukkan bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara tidak seharusnya menerima apa-apa kes melainkan jika beliau cukup yakin dengan kemampuannya untuk hadir dan mewakili anak guamnya pada pendengaran kes yang telah ditetapkan oleh mahkamah; dan peguam tersebut juga mestilah mematuhi Peraturan 24(a) LPPER yang memperuntukkan bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat segala persediaan untuk mengendalikan perbicaraan pada hari yang telah ditetapkan.  Apabila dibaca bersama kedua-dua peruntukan tersebut, maka adalah jelas bahawa seseorang peguam mestilah berfikir panjang dan membuat penilaian sewajarnya sama ada beliau boleh mengendalikan kes tersebut pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan, sebelum membuat keputusan sama ada untuk menerima kes tersebut.  Ini penting bagi melunasi kewajipan asas terhadap mahkamah, menghormati pentadbiran undang-undang, dan mendukung maruah profesion undang-undang.  Ianya wajar tertanam dan menjadi asas dalam melaksanakan amalan oleh semua peguam-peguam.

Walaupun bekas Perdana Menteri berhak untuk melantik peguam baharu untuk mengendalikan kesnya atas apa-apa jua alasan, beliau harus sedar bahawa sememangnya terdapat risiko akibat tindak-tanduknya kerana mahkamah tidak semestinya membenarkan apa-apa permohonan penangguhan kes, kerana seseorang peguam yang mengambil alih kes tersebut mestilah telah bersedia untuk meneruskan kes pada tarikh yang telahpun ditetapkan oleh mahkamah.  Pada masa yang sama, anak guam yang menghentikan khidmat peguamnya ataupun seseorang peguam yang ingin menarik diri daripada mewakili anak guamnya, mereka masih tertakluk kepada kawalan penuh dan budi bicara mahkamah sama ada untuk membenarkan permohonan sedemikian atau sebaliknya.  Secara ringkas, ianya bukanlah hak automatik.

Percubaan dengan pelbagai cara untuk menjejaskan sistem keadilan melalui strategi yang tidak berprinsip merupakan suatu bentuk penyelewengan sistem keadilan kita dan penyalahgunaan proses mahkamah.  Peguam bela dan peguam cara yang terlibat dengan tindakan sedemikian akan dianggap sebagai bertindak secara tidak profesional, melanggari peraturan serta etika, dan perlu berdepan dengan tindakan tatatertib.

Dari pemerhatian kami, Dato’ Sri Najib Razak yang telah sekali lagi dengan tiba-tiba menghentikan khidmat peguam-peguamnya hari ini, menjadikannya kali kedua taktik sedemikian diambil olehnya.  Keputusan untuk menukar peguam pada saat-saat akhir merupakan keputusannya sendiri dan ekoran daripada itu, segala risiko dalam membuat keputusan tersebut harus ditanggung olehnya sendiri.  Sebarang ketidakadilan yang kononnya dikatakan dialami olehnya, sekiranya pun wujud, sememangnya adalah akibat keputusannya sendiri.  Tuntutan dan harapan beliau untuk dibicarakan secara adil dan saksama telahpun diberikan sepenuhnya kepadanya pada kesemua masa material — dan beliau harus meletakkan dirinya dalam sistem kehakiman tanpa sebarang rancangan licik — terutamanya jika beliau benar-benar menghargai hak kebebasannya.  Apa yang jelas kelihatan adalah tiada sebarang alasan yang meyakinkan diberi dalam menghentikan khidmat peguam-peguam yang mewakilinya sebanyak dua kali, ketika terlalu hampir dengan tarikh pendengaran kes ataupun ketika pendengaran kes di Mahkamah Persekutuan dijalankan.  Tarikh-tarikh pendengaran bukan sahaja telah ditetapkan oleh Mahkamah lebih awal, malah telahpun dihebahkan kepada umum.  Oleh yang demikian, sebarang percubaan untuk menukar naratif ini kepada sesuatu yang berbentuk penganiayaan terhadapnya, adalah sesuatu perbuatan yang amat licik dan tidak harus diberi perhatian.

Badan Peguam Malaysia juga mengambil maklum bahawa terdapat ancaman atau ugutan yang berniat jahat dan tidak wajar yang telah ditujukan terhadap Badan Kehakiman dan Ketua Hakim Negara akibat perkembangan berkaitan dengan kes ini di Mahkamah Persekutuan.  Badan Peguam Malaysia mengutuk keras segala retorik dan sentimen anti-kehakiman yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.1  Badan Peguam Malaysia sentiasa bersama dengan Badan Kehakiman dan menyeru supaya mereka kekal bertekad dan tidak tunduk kepada tekanan yang tidak wajar.

 

Karen Cheah Yee Lynn
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia


19 Ogos 2022


1 “Netizens call for probe into Twitter death threat against chief justice”, The Vibes, 19 Ogos 2022.

© Copyright Reserved 2023. Bar Council Malaysia.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a