• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Kenyataan Media | Pendekatan Holistik Diperlukan untuk Melindungi Keselamatan dan Kebajikan Kanak-Kanak 18 Sep 2024 2:51 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 18 September 2024, yang boleh didapati di sini.

Badan Peguam Malaysia amat terkejut dan bimbang dengan pendedahan yang mengerikan berikutan serbuan oleh Polis Diraja Malaysia (“PDRM”) ke atas 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang dipercayai dikendalikan oleh Global Ikhwan Service and Business Holding.1

Laporan mengenai penderaan, pengantunan (grooming) dan eksploitasi seksual yang sistemik terhadap mangsa kanak-kanak di pusat-pusat ini amat mengejutkan dan menyayat hati.  Badan Peguam Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan segera yang diambil oleh PDRM dan pihak berkuasa lain yang terlibat, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (“JKM”) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Badan Peguam Malaysia, bersama Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (“SUHAKAM”), Dr Farah Nini Dusuki,2 mengecam keras pelanggaran melampau yang dialami oleh kanak-kanak dalam rumah-rumah kebajikan ini.  Rumah-rumah ini, yang sepatutnya memberikan penjagaan dan perlindungan, malangnya, telah bertukar menjadi tempat penderaan yang mengerikan.  Apa yang terjadi ini sama sekali tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya.

Dalam kita memuji campur tangan pihak berkuasa, kita mesti mengakui bahawa kes yang dilaporkan ini mungkin hanyalah permulaan.  Hakikat bahawa rumah-rumah jagaan ini telah beroperasi selama bertahun-tahun tanpa pengawasan yang sewajarnya menimbulkan persoalan yang membimbangkan tentang rangka kerja kawal selia sedia ada.  Badan Peguam Malaysia menyeru agar semua badan kawal selia, bukan sahaja PDRM dan JKM, menguatkuasakan langkah pematuhan yang lebih ketat dan memastikan rumah-rumah ini dipantau dan dikawal dengan teliti. 

Adalah penting untuk kita menggunakan pendekatan holistik bagi mengelakkan tragedi tersebut berulang.  Ini termasuk bukan sahaja tindakan segera terhadap pelaku, tetapi juga melaksanakan pembaharuan jangka panjang terhadap sistem yang mengawasi rumah-rumah ini.  Kami menggesa Kerajaan untuk mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry, “RCI”), seperti yang dicadangkan oleh Dr Farah Nini dalam kenyataan media SUHAKAM, untuk menyiasat secara menyeluruh kelemahan yang membenarkan penderaan ini berlarutan selama bertahun-tahun.  Penemuan RCI diharapkan dapat membawa pembaharuan bermakna dalam dasar perlindungan kanak-kanak dan mekanisme pengawasan institusi.

Badan Peguam Malaysia juga menekankan kepentingan kesedaran dan penyertaan awam.  Adalah penting bagi rakyat untuk menyedari bahawa rumah jagaan yang tidak dikawal mempunyai risiko yang besar, terutamanya terhadap golongan rentan (vulnerable group), seperti kanak-kanak.  Kami menyeru setiap anggota masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, dan berperanan aktif dalam menjaga kebajikan anak-anak kita.

Badan Peguam Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, atas arahan beliau kepada Jabatan Bantuan Guaman untuk menyediakan khidmat pendamping guaman kepada kanak-kanak serta ahli keluarga.3  Dalam hal ini, Badan Peguam Malaysia bersedia untuk memberikan bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mangsa-mangsa terbabit.

Kita tidak boleh membiarkan penderaan mengerikan seperti ini terus diabaikan begitu sahaja.  Badan Peguam Malaysia akan terus memperjuangkan keadilan untuk mangsa dan memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk menghapuskan ancaman ini dalam masyarakat kita.  Bersama-sama, kita mesti berusaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat agar hak dan maruah setiap kanak-kanak dilindungi.


Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

18 September 2024


1 “Sidang Media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain”, 11 September 2024.

2 “Kenyataan  Media No. 21-2024 (OCC)_Serbuan PDRM Rumah Amal GISB: CC Dukacita Terhadap Mangsa Kanak-Kanak Terlibat”, 13 September 2024, laman web SUHAKAM.  

3 “Legal companion services to be provided, says Azalina”, The Star, 14 September 2024.  

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a