• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media | Memahami Profesion Undang-Undang: Siapakah Peguam? 7 Oct 2025 8:30 am

Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 1 Oktober 2025, yang boleh didapati di sini.

 

Kebolehcapaian media sosial yang meluas telah menjadikan orang awam lebih terdedah kepada individu yang menyamar sebagai peguam.  Individu yang tidak beretika ini sering mengelirukan orang awam untuk mempercayai bahawa mereka layak untuk menawarkan nasihat undang-undang.  Perbuatan salah laku sebegini bukan sahaja membahayakan hak klien yang tidak menyedari perkara itu, malah menghakis kepercayaan terhadap sistem perundangan.  Oleh itu, adalah penting untuk mendidik orang awam tentang kelayakan dan peranan pengamal undang-undang untuk memastikan mereka mengetahui siapa yang berhak di sisi undang-undang untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang.  Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Badan Peguam Malaysia untuk mengukuhkan keyakinan awam terhadap profesion undang-undang dan melindungi kepentingan awam.

Dalam negara ini, gelaran peguam hanya diberikan kepada seseorang yang telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang “peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi”.  Gelaran ini tidak diberikan secara automatik kepada individu sebaik sahaja menamatkan pengajian dengan ijazah undang-undang.  Menurut seksyen 10 Akta Profesion Undang-Undang 1976, seseorang itu mesti terlebih dahulu menjadi “orang berkelayakan” sebelum memulakan perjalanan untuk menjadi seorang peguam yang beramal.  Proses ini termasuk memperoleh ijazah undang-undang yang diiktiraf, lulus peperiksaan profesional yang berkaitan seperti Sijil Amalan Guaman (Certificate in Legal Practice, “CLP”) jika diperlukan, dan melengkapkan tempoh latihan yang wajib selama sembilan bulan, yang dikenali sebagai pupillage atau chambering.

Profesion undang-undang adalah satu profesion bercantum, yang bermakna seseorang individu yang berkelayakan boleh melaksanakan fungsi sebagai peguam bela dan peguam cara.  Situasi ini boleh menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang biasa dengan sistem perundangan di negara lain, yang memperuntukkan peranan yang berasingan bagi peguam bela dan peguam cara. Istilah-istilah berikut diperjelas untuk memberikan pemahaman yang lebih baik tentang profesion ini:

  • Peguam bela dan peguam cara: Seorang peguam yang berkelayakan memegang gelaran “peguam bela dan peguam cara” dan diberi kuasa untuk melaksanakan kedua-dua peranan ini, iaitu mewakili klien di mahkamah dan mengendalikan perkara di luar mahkamah, seperti merangka perjanjian dan memberikan nasihat undang-undang.
  • Graduan undang-undang: Graduan undang-undang adalah individu yang telah menamatkan ijazah undang-undang dan belum memenuhi syarat-syarat keperluan profesional untuk mengamalkan undang-undang, seperti lulus peperiksaan kelayakan peguam (Bar exam) dan CLP, jika diperlukan, dan menamatkan tempoh latihan.
  • Penasihat undang-undang dalaman (In-house legal counsel): Penasihat undang-undang dalaman biasanya diambil bekerja oleh syarikat yang mempunyai jabatan undang-undang dalaman.  Walaupun ramai penasihat undang-undang dalaman adalah bekas peguam yang beramal, mereka tidak diwajibkan untuk memiliki Sijil Amalan (Practising Certificate) yang sah untuk melaksanakan tugas mereka.  Oleh itu, mereka hanya boleh memberikan nasihat undang-undang dalam kapasiti terhad dalam aktiviti syarikat tersebut.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan ini, adalah penting bagi orang awam untuk mengesahkan sama ada seseorang individu itu benar-benar seorang peguam yang beramal.  Semakan boleh dibuat melalui  Direktori Undang-Undang rasmi Badan Peguam Malaysia.  Direktori ini merupakan daftar atas talian yang menyenaraikan ahli-ahli Badan Peguam Malaysia dan firma guaman di Malaysia.

Direktori Undang-Undang ini bertindak sebagai mekanisme perlindungan orang awam daripada individu yang menipu dengan mendakwa diri mereka sebagai peguam.  Dengan membuat semakan mudah melalui Direktori ini, orang awam dapat mengesahkan sama ada individu berkenaan benar-benar seorang peguam, sekali gus melindungi diri mereka sebelum mendapatkan perkhidmatan guaman.

Sekiranya seseorang individu itu tidak disenaraikan dalam Direktori Undang-Undang, maka individu tersebut tidak berhak memberikan apa-apa nasihat atau perkhidmatan guaman kepada orang awam.  Jika anda menemui seseorang yang mendakwa menawarkan perkhidmatan ini tetapi namanya tidak terdapat dalam Direktori Undang-Undang, sila abaikan nasihatnya dan dapatkan nasihat undang-undang hanya daripada peguam yang identitinya dapat disahkan melalui Direktori Undang-Undang.

Badan Peguam Malaysia kekal komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.  Kami menggalakkan orang awam untuk menggunakan sumber yang tersedia untuk mereka bagi membuat keputusan yang termaklum tentang perwakilan undang-undang atau apabila mendapatkan perkhidmatan guaman.

 

Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

6 Oktober 2025

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a