• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media Bersama oleh SUHAKAM dan Badan Peguam Malaysia 12 Jul 2024 6:15 pm

SUHAKAM dan Badan Peguam Malaysia Menganjur Latihan Intensif Undang-Undang dan Litigasi Hak Asasi Manusia

KUALA LUMPUR (12 JULAI 2024) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Badan Peguam Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan usaha sama untuk menganjurkan satu siri program Latihan Intensif Perundangan dan Litigasi Hak Asasi Manusia bagi peguam muda dan pegawai SUHAKAM. Bermula pada Ogos 2024 dan berlanjutan sehingga pertengahan Jun 2026, sesi latihan ini akan diadakan di Sabah, Pulau Pinang, dan Sarawak.

Program latihan ini akan merangkumi pelbagai isu kritikal hak asasi manusia yang berkaitan dengan landskap sosio-politik Malaysia. Topik yang akan dibincangkan termasuk Kewarganegaraan, Hak-Hak Orang Asal, Pencerobohan Tanah, Hak Kanak-Kanak dan Wanita, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Maklumat, Hak untuk Hidup, dan Kebebasan Beragama.

Perasmian program latihan tersebut diadakan di ibu pejabat SUHAKAM di Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi SUHAKAM; YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia Encik Mohamad Ezri Abdul Wahab, yang merasmikan inisiatif latihan tersebut. Majlis ini juga dihadiri oleh Pesuruhjaya SUHAKAM, YBhg. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, YBhg. Datuk Mariati Robert dan YBhg. Dr. Chew Chee Ming; Pengerusi Bersama dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Cik Cassandra Nicole Thomazios dan Encik Abang Iwawan; dan Encik Eero Oinonen, Pegawai Politik dari Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia.

Objektif utama inisiatif latihan ini adalah untuk memupuk nilai-nilai teras hak asasi manusia dalam kalangan peguam muda, serta menggalakkan komitmen kepada prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat di Malaysia. Para peserta akan memperoleh pengetahuan mendalam mengenai rangka kerja undang-undang, doktrin duluan kehakiman, dan strategi litigasi yang berkaitan dengan isu-isu hak asasi manusia. SUHAKAM dan Badan Peguam Malaysia berharap program ini akan mempromosikan penglibatan bersama komuniti akar umbi, memperkuat organisasi masyarakat sivil (CSO), dan menggalakkan sokongan undang-undang secara pro bono.

Inisiatif latihan komprehensif ini, yang bertujuan memberi manfaat kepada kira-kira 100 peguam muda dan pegawai terpilih SUHAKAM, mewakili komitmen kewangan sebanyak kira-kira RM250,000. Latihan ini dibiayai sepenuhnya oleh Projek Geran Kesatuan Eropah yang bertajuk "Memajukan Hak Asasi Manusia di Malaysia melalui Pendekatan Strategik dalam Pendidikan dan Peningkatan Kesedaran”.

Mesyuarat juga membincangkan tentang peningkatan akses kepada keadilan bagi golongan rentan, reformasi penjara termasuk intervensi dalam menangani kesesakan di penjara, ratifikasi triti hak asasi manusia antarabangsa termasuk Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) dan Konvensyen Pelarian 1951 serta memperkukuhkan lagi kerjasama antara SUHAKAM dan Badan Peguam Malaysia.

SUHAKAM dan Badan Peguam Malaysia bersemangat mengenai kesan positif program latihan ini dan berdedikasi untuk memupuk generasi baru peguam bela hak asasi manusia yang komited untuk memajukan keadilan sosial dan kesaksamaan di Malaysia.

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a