• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media | Badan Peguam Malaysia Menyokong Penyeragaman Sistem Penerimaan Peguam Syarie Tanpa Menjejaskan Hak dan Autonomi Negeri-Negeri 6 Feb 2025 3:50 pm

Badan Peguam Malaysia dengan penuh keprihatinan menerima baik saranan Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Ahli Dewan Negara, berhubung  cadangan penerimaan Peguam Syarie yang memiliki ijazah daripada universiti yang diiktiraf untuk beramal di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Cadangan tersebut, yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Negara pada 19 Disember 2024, adalah relevan dan signifikan dalam memastikan kelancaran serta keberkesanan sistem keadilan Syariah di negara kita.

Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah Syariah Majlis Peguam (Bar Council Syariah Court Liaison Committee) telah memulakan inisiatif untuk berdialog dengan Peguam Sivil-Syarie di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia dan mendapati bahawa terdapat pelbagai cabaran berkaitan proses penerimaan masuk sebagai pengamal di Mahkamah Syariah. Antaranya ialah perbezaan syarat kelayakan dan prosedur mengikut negeri-negeri.

Dalam menyokong saranan Senator Dato’ Setia Salehuddin, Badan Peguam Malaysia mencadangkan agar langkah-langkah penyeragaman syarat kelayakan dan prosedur penerimaan Peguam Syarie dilaksanakan tanpa mengganggu-gugat hak dan autonomi negeri-negeri dalam menentukan hal ehwal agama Islam, termasuk perkara-perkara yang melibatkan perundangan Syariah.

Sebenarnya, peruntukan sedia ada seperti seksyen 68(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 20021 dan seksyen 80(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 20032 mempunyai peruntukan yang membenarkan individu yang telah diterima sebagai Peguam Syarie di satu negeri boleh diterima dan dibenarkan beramal di negeri lain, dengan mengemukakan permohonan dan melampirkan keterangan yang menunjukkan bahawa peguam itu telah diterima sebagai Peguam Syarie di negeri tersebut.  Badan Peguam Malaysia mencadangkan sebagai permulaan, ia boleh dilaksanakan secara bersyarat atau ad hoc. Melalui pendekatan ini, Peguam Syarie akan lebih mudah bergerak dan berfungsi di seluruh negara, sekali gus menggalakkan pencambahan bilangan pengamal undang-undang Syariah yang berkelayakan.

Di samping itu, Badan Peguam Malaysia mengesyorkan agar semua negeri mempertimbangkan untuk menerima pakai Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 yang diguna pakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai asas penyelarasan pengawalan tatalaku, etika, dan prosedur pengamal Syariah. Penyatuan peraturan ini akan menjamin keseragaman tanpa berkompromi keunikan atau keperluan khusus setiap negeri.

Diharapkan langkah-langkah ini apabila dilaksanakan akan memperkukuhkan sistem kehakiman Syariah.


Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

6 Februari 2025


1 “68(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima masuk menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di Malaysia hendaklah diterima masuk sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Melaka apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.”, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, laman web Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

2 “80(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Selangor apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.”, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, laman web Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a