• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media | Badan Peguam Malaysia Menyeru Kerajaan untuk Memastikan Adanya Kebertanggungjawapan dalam Kematian dalam Tahanan 10 Jul 2024 4:35 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 10 Julai 2024, yang boleh didapati di sini.

 

Badan Peguam Malaysia mengambil maklum kenyataan terkini yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa tiada kematian dalam tahanan direkodkan di pusat tahanan imigresen dan polis yang berpunca daripada pihak berkuasa semenjak beliau mengambil alih jawatan ini.  Susulan daripada kenyataan beliau, kami ingin menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap perkara ini, dan menegaskan beberapa perkara kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.

Adalah amat penting untuk menekankan bahawa penentuan punca kematian dalam tahanan terletak sepenuhnya pada Koroner, seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.  Ini mewajibkan siasatan ke atas kematian yang berlaku dalam tahanan polis. Sebarang pengesahan punca kematian ini mesti dilakukan setelah siasatan yang menyeluruh dan bebas dilakukan oleh Koroner untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan.

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, kematian dalam tahanan baru-baru ini dikaitkan dengan sebab-sebab kesihatan, termasuk COVID-19, tuberkulosis (“TB”), dan masalah jantung.  Ini menimbulkan beberapa kebimbangan kritikal yang perlu ditangani dengan segera.  Pertama, adalah penting untuk menentukan sama ada tahanan-tahanan ini meninggal dunia di dalam kemudahan tahanan ataupun di kawasan hospital.  Lokasi kematian mereka adalah signifikan dalam memahami keadaan dan penjagaan yang diberikan di dalam persekitaran tahanan.

Selain itu, kita juga harus meneliti kecukupan dan ketepatan masa rawatan perubatan yang diterima oleh individu-individu ini.  Adakah mereka dirawat dengan segera oleh profesional perubatan yang berkelayakan, dan adakah rawatan yang mereka perlukan diberikan tanpa kelewatan?  Kesihatan dan keselamatan tahanan haruslah menjadi keutamaan, dan sebarang kelemahan dalam penjagaan kesihatan mesti dikenal pasti dan diperbaiki.

Seterusnya, adalah mustahak untuk menyiasat sama ada kematian-kematian ini boleh dielakkan.  Adakah berlakunya kecuaian oleh pihak berkuasa dalam menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan? Kegagalan dalam mengelakkan berlakunya kematian-kematian yang disebabkan oleh masalah kesihatan yang boleh dirawat menunjukkan adanya pelanggaran tugas yang serius dan ini menegaskan bahawa perlunya ada pembaharuan sistemik bagi memastikan kesejahteraan tahanan-tahanan.

Badan Peguam Malaysia telah meluluskan satu resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-76 pada tahun 2022, yang menekankan perlunya ada langkah-langkah tegas dalam menangani kematian dalam tahanan. Resolusi ini menyatakan bahawa pemakluman mengenai kematian dalam tahanan haruslah dilaporkan dengan segera kepada Koroner, yang hendaklah melawat lokasi, melihat mayat, dan memulakan siasatan awal secara bebas. Resolusi ini menegaskan bahawa Koroner harus menjadi penentu tunggal punca kematian, dan polis serta pegawai-pegawai awam yang lain tidak harus membuat pengumuman terbuka mengenai punca kematian.  Resolusi ini turut menyeru penggubalan suatu Akta Mahkamah Koroner (Coroners’ Court Act), dan Hakim Mahkamah Sesyen bertindak sebagai Koroner; di samping penubuhan suatu Jabatan Koroner untuk memastikan operasi yang bebas dan efektif.  Selain itu, resolusi ini mengesyorkan pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah untuk mencerminkan penambahbaikan dan penjelasan sistem kehakiman, mendidik pegawai awam tentang keperluan undang-undang untuk melaporkan dan menyiasat kematian dalam tahanan, dan merujuk kes kematian dalam tahanan yang belum selesai kepada Koroner untuk diadakan inkues.  Resolusi ini seterusnya mendesak agar Kerajaan Malaysia membuat pendedahan tahunan mengenai jumlah kematian yang mencurigakan, kematian dalam tahanan, dan penemuan Koroner.

Pihak berkuasa dan kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk semua tahanan.  Ini bukan sahaja dapat mencegah kecederaan fizikal malah memastikan akses kepada rawatan perubatan yang sesuai.  Keadaan semasa kematian dalam tahanan menunjukkan kegagalan dalam memenuhi tanggungjawab asas ini.

Tiada siapa yang patut berbangga dengan ketiadaan kes bunuh diri atau serangan sedangkan kematian dalam tahanan terus berlaku akibat masalah kesihatan.  Matlamat yang harus dicapai adalah sifar kematian dalam tahanan.  Kami menyeru pihak berkuasa untuk mengambil langkah segera dan berkesan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua tahanan dan untuk menghalang sebarang kehilangan nyawa.

Dengan ini, Badan Peguam Malaysia menegaskan bahawa satu kematian dalam tahanan adalah terlalu banyak.  Siasatan menyeluruh perlu dijalankan dan kebertanggungjawapan perlu ditegakkan untuk mengelakkan berlakunya lebih tragedi.  Kami menggesa Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan — termasuk Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Independent Police Conduct Commission, “IPCC”) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Enforcement Agency Integrity Commission, “EAIC”) — untuk mengambil tindakan yang tegas bagi melindungi nyawa dan hak semua individu dalam tahanan.

 

Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

10 Julai 2024

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a