• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Press Statements
  • Press Statements
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Kenyataan Media | Badan Peguam Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur Berganding Bahu untuk Meningkatkan Akses kepada Keadilan bagi Warganegara Indonesia 12 Dec 2024 2:36 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 12 Disember 2024, yang boleh didapati di sini.

Adalah sangat penting bahawa dalam setiap masyarakat yang demokratik, akses kepada keadilan bukan hanya sekadar konsep abstrak, tetapi merupakan satu realiti untuk semua, tanpa mengira halangan geografi, ekonomi, atau pendidikan.

Dalam usaha untuk mencapai komitmen ini dan selari dengan tujuan Badan Peguam Malaysia,1 kami telah menjalinkan satu kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur (“Kedutaan”) untuk memastikan bahawa warganegara Indonesia di Malaysia mendapat akses kepada perwakilan guaman.

Kerjasama antara Badan Peguam Malaysia dan Kedutaan ini akan mewujudkan satu skim baharu yang dikenali sebagai Indonesian Citizens’ Legal Aid Scheme (“I-CLAS”) (Skim Bantuan Guaman untuk Warganegara Indonesia).  Ia akan dijalankan sebagai program rintis sepanjang tahun 2025 dengan penglibatan tiga buah pusat bantuan guaman,2 dengan kemungkinan diperluaskan untuk merangkumi semua negeri di seluruh negara.

I-CLAS bertujuan untuk memberikan warganegara Indonesia di Malaysia akses kepada bantuan guaman dalam bidang undang-undang jenayah, imigresen, buruh, keluarga, syariah, dan bidang-bidang lain yang pusat bantuan guaman kami boleh memberikan bantuan.  Selain itu, skim ini juga memperkenalkan program kesedaran untuk mendidik komuniti Indonesia tentang undang-undang Malaysia dan hak-hak mereka di bawahnya.

Badan Peguam Malaysia berbangga menjadi satu-satunya Badan Peguam dalam kalangan negara-negara common law yang mengendalikan skim bantuan guamannya sendiri.  Skim ini akan disokong melalui penandatanganan perjanjian dengan Kedutaan yang mewujudkan sebuah modul pembiayaan yang mampan.  Kerangka inovatif ini memastikan bahawa peguam sukarela pro bono tidak dibebankan dengan tanggungjawab kewangan untuk mengendalikan kes-kes kritikal seperti kes jenayah dan imigresen.  Dengan membiayai skim ini secara kolektif, Badan Peguam memberi ruang kepada peguam untuk menumpukan perhatian kepada usaha menegakkan keadilan tanpa tekanan tambahan untuk menanggung kos operasi, sekaligus memenuhi komitmennya untuk memastikan keadilan untuk semua.

Kami menyambut baik usaha Kedutaan untuk mempertingkatkan akses kepada keadilan bagi warganegara mereka di Malaysia.  Seiring dengan itu, Badan Peguam Malaysia kekal berharap agar lebih banyak kedutaan dan misi diplomatik akan turut bekerjasama untuk memastikan akses kepada keadilan yang lebih baik bagi warganegara mereka di Malaysia.

Dalam usaha untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan bahawa keadilan adalah hak, bukannya keistimewaan, Badan Peguam Malaysia berharap bahawa I-CLAS dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Mohamad Ezri Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

12 Disember 2024


1 Seksyen 42 Akta Profesion Undang-Undang 1976 — (g) untuk melindungi dan menolong orang ramai dalam semua perkara yang menyentuh, berkaitan atau bersampingan dengan undang-undang; dan (h) untuk membuat peruntukan bagi atau menolong menganjurkan suatu skim yang orang yang tiada berwang boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara.
2 Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Selangor), dan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Perak).

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a