• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Legal and General News
  • Members' Opinions
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Kenali Mahkamah Tuntutan Kecil 9 Sep 2013 12:00 am

©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN


BAYANGKAN senario ini. Pada suatu petang, anda duduk 'mengeteh' dengan sahabat baik anda.

Sambil menghirup teh tarik, dia buka cerita. Katanya, dia bercadang untuk mengembangkan perniagaan yang dimilikinya, tetapi tidak cukup modal. Sahabat anda memohon pertolongan anda.

Oleh sebab anda berdua rakan rapat, anda mengambil keputusan untuk membantunya. Tetapi anda tidak punya banyak duit untuk dipinjam.

Hanya RM5,000. Dipersetujui antara anda berdua bahawa dia akan memulangkan wang tersebut dalam masa 1 tahun. Oleh kerana anda berdua rapat, anda tidak menuntut apa–apa faedah daripadanya.

1 tahun sudah berlalu. Perniagaan sahabat anda sudah berkembang. Tetapi wang anda tidak dikembalikan.

Pada mulanya, anda bersangka baik. Ah, dia lupa. Maka anda mengingatkan sahabat anda secara bersahaja. Tetapi hutang masih tidak berbayar.

2 tahun sudah berlalu. Anda tidak endahkan budi bahasa lagi. Sudah terlalu banyak alasan diberikan.
 
Padahal, sahabat anda tukar telefon bimbit seperti tukar baju. Bukannya tidak ada duit. Anda buat laporan polis, tetapi polis klasifikasi kes ini sebagai kes sivil. Suruh ambil tindakan sendiri.

Hendak disamannya sahabat anda, jumlahnya terlalu kecil. Yuran guaman sahaja sudah lebih daripada jumlah yang dituntut. Apatah lagi melalui perjalanan kes yang mungkin mengambil masa yang lama. Tidak berbaloi, jika dikira–kira. Apa anda boleh buat? Halalkan?

Sebenarnya, anda mempunyai satu pilihan untuk menuntut semula wang yang dipinjam itu. Anda boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

Apa itu Mahkamah Tuntutan Kecil? Ia adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes–kes ‘tuntutan kecil’, iaitu kes–kes yang mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM5,000. Dalam
Mahkamah Tuntutan Kecil, pihak–pihak tidak boleh diwakili oleh peguam, walaupun pihak–pihak mempunyai pilihan untuk berunding dengan peguam di luar Mahkamah. Oleh itu, ketika perbicaraan sesatu pihak tidak akan mendapat kelebihan diwakili peguam. Mereka yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan.

Anda boleh dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil, iaitu Borang 198, daripada Mahkamah. Anda perlu isi borang tersebut dengan nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut, dan juga maklumat yang sama untuk defendan, pihak yang dituntut. Seterusnya, anda juga harus butirkan tuntutan anda dalam Borang 198 tersebut.

Nyatakan apa yang anda tuntut dan bagaimana tuntutan anda itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.

Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan. Bayaran fi pemfailan adalah sebanyak RM20. Bandingkan dengan kes mahkamah majistret biasa di mana fi pemfailan adalah RM100. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu. Seterusnya, borang writ itu harus diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.

Perbicaraan akan dikendalikan oleh majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, bawalah segala dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa anda telah meminjamkan wang tersebut kepada anda.

Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa perbualan, apa yang dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama ia tidak dibayar semula. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua–dua pihak, majistret akan memberi keputusannya.

Jadi, jangan putus asa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang kecil. Masih ada pilihan untuk anda membawa kes ke muka keadilan, walaupun anda mungkin tidak berkemampuan atau tidak berbaloi untuk melantik peguam. Hak anda masih boleh ditegakkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang–undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a