• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Peer Support Network
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • e-Library
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Legal and General News
  • Members' Opinions
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Kebebasan beragama dijamin 21 Oct 2013 12:00 am

©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh SYAHREDZAN JOHAN


Akhir–akhir ini, pelbagai isu timbul berkaitan kebebasan beragama. Ia merupakan suatu cabaran bagi kita rakyat Malaysia, walaupun majoritinya beragama Islam, kita mempunyai golongan minoriti agama yang beragama lain dalam peratusan tinggi berbanding negara–negara majoriti Islam lain.

Penulis juga dapati, ramai yang tidak begitu faham tentang kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan serta jaminan kebebasan agama–agama lain yang juga dilindungi Perlembagaan. Rencana ini bertujuan memberi pemahaman asas tentang kebebasan beragama menurut Perlembagaan.

Penulis banyak kali mengingatkan pembaca bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang–undang tertinggi di dalam negara ini. Ini bermakna, tidak boleh ada apa–apa undang–undang yang di kedudukan lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini juga bermaksud apa–apa undang–undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, setakat mana percanggahan tersebut, adalah tidak sah.

Untuk memudahkan kita, lihat Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘buku panduan’, atau manual bagi negara ini. Perlembagaan mewujudkan badan–badan Perlembagaan, seperti Parlimen, mahkamah dan kerajaan, memberi kuasa kepada badan–badan ini dan juga menggariskan had terhadap kuasa–kuasa yang diberikan tersebut.

Perlembagaan juga menjamin kebebasan asasi mereka yang berada di negara ini. Contohnya hak untuk berhimpun, bersuara dan mengundi. Perlembagaan juga menjamin kebebasan beragama bagi semua.

Perkara 3(1) Perlembagaan menyatakan, Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama–agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia. Ini bermakna, walaupun kedudukan agama Islam itu istimewa berbanding agama–agama lain, Perlembagaan tidak menghalalkan penyekatan atau penafian hak penganut–penganut agama lain hanya kerana Islam itu agama Persekutuan.

Bagi setiap individu di Malaysia pula, Perkara 11 Perlembagaan pula menjamin kebebasan agamanya. Menurut Perkara 11(1) Perlembagaan, tiap–tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana–mana pihak atas apa–apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa–apa undang–undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Contohnya, jika ada sesuatu agama itu yang mana rukunnya adalah membawa senjata berbahaya ke mana–mana, Perkara 11 tidak boleh dijadikan justifikasi bagi membenarkan penganut agama itu untuk berbuat demikian kerana ia menjadi satu kesalahan jenayah.

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan, seseorang itu mempunyai hak untuk mengembangkan agamanya. Namun, Perlembagaan membenarkan undang–undang negeri (atau undang–undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal dan menyekat apa–apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang beragama Islam.

Di Selangor contohnya, adalah menjadi kesalahan sekiranya seseorang mengunjungi, berjumpa atau dengan apa cara lain pun menghubungi, seorang beragama Islam bagi maksud mendedahkan orang beragama Islam itu kepada apa–apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai agama bukan Islam.

Di Selangor juga contohnya, adalah menjadi kesalahan jika seseorang itu mengajar apa–apa perkara berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah kecuali ia dilakukan di kediamannya sendiri dan kepada ahli–ahli keluarganya. Jelas di sini apa yang penting bukan agama yang disebarkan, tetapi ‘penerima’. Sebab itu negeri–negeri (seperti Selangor) boleh mengawal pengajaran agama Islam melalui pentauliahan.

Ramai beranggapan demokrasi itu maknanya majoriti itu betul. Tetapi di dalam negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, sensitiviti, desakan atau tuntutan pihak majoriti tidak boleh dijadikan alasan menafikan hak pihak minoriti. Demokrasi tidak bermakna hak minoriti tertakluk dan hanya boleh dikuatkuasakan dengan persetujuan pihak majoriti.

Hak beragama penganut–penganut agama lain memang pun dijamin Perlembagaan. Apa–apa tindakan yang menafikan hak ini adalah tidak mengikut Perlembagaan.

© Copyright Reserved 2023. Bar Council Malaysia.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a