KUALA LUMPUR, Wed: The Tun Suffian Foundation will hold a fund raising dinner at Shangri–La Hotel here on April 28 2006, said its organising chairman, Dato' KC Vohrah. Dato' Vohrah added that more details will be released later.
But in the coming months, this website will run a series of articles on the late Tun Mohamad Suffian Hashim, doyen of Malaysia's judicial and legal fraternity who passed away at 9.37 p.m. on 26 September 2000. His death robbed the Nation of an irreplaceable son – a truly respected Malaysian icon – revered and loved the world over. Members of the Bar who have fond memories of the late Tun are encouraged to write to this website in celebration of the life of the greatest judge in our Nation's history.
We begin with the speech given by former Prime Minister Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad when he hosted a dinner in honour of Tun Suffian on the night of 11 November 1982, the eve of his 65th birthday at Rumah Malaysia, Kuala Lumpur and also the evening on his last day in office as Lord President.
Tribute by Malaysian Prime Minister YAB Dato' Seri Dr Mahatir bin Mohamad
Yang Amat Arif Tun Suffian dan Toh Puan Bunny, Yang Arif Raja Tan Sri Azlan Shah, Hakim Besar Malaya dan Puan Sri, Yang Arif Tan Sri Datuk Lee Hun Hoe, Hakim Besar Borneo; Yang Arif Hakim–Hakim; Tetamu–Tetamu Kehormat sekelian.
Perjumpaan kita malam ini merupakan majlis perpisahan kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Suffian. Saya telah kenal Tun Suffian sejak saya berada di University Malaya di Singapura. Dimasa itu pun saya kagum dengan kejayaannya, walaupun saya tidak sangka yang pada satu hari beliau akan memiliki title “Lord President”.
Para hadirin sekelian.
Sepertimana yang kita maklum Tun Suffian telah lahir 65 tahun dahulu di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak – 8 tahun lebih awal 'makan garam' daripada saya. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lenggong dan Sekolah Clifford di Perak, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang–undang di England pada tahun 1936 sebagai 'Queen’s Scholar'. Beliau telah lulus sebagai seorang peguam dalam tahun 1940. Beliau bernasib baik kerana telah dapat menamatkan pelajarannya walaupun Perang Dunia Kedua telah tercetus di Eropah pada masa itu. Selepas lulus dalam bidang undang undang Tun Suffian mencari pengalaman selama lapan tahun dalam berbagai bidang.
Tun Suffian pernah bertugas sebagai Juruhebah dengan All–India Radio dan British Broadcasting Corporation atau BBC. Saya percaya pengalaman beliau dengan kedua–dua ini telah membolehkan beliau memberi ucapan–ucapan dan 'Judgment' beliau dalam bahasa senang dan mudah difahami. Jarang sungguh seorang peguam dapat menulis dengan menggunakan bahasa senang dan mudah difahami. Malahan ramai peguam yang suka menulis dan bertutur bahasa yang berbunyi tinggi melangit, sekurang–kurangnya kepada 'layman' seperti saya.
Tun Suffian telah memulakan perkhidmatan di negara ini pada tahun 1948 apabila beliau dilantik sebagai seorang Majisteret di samping sebagai Harbour Master di Melaka. Beliau penah berkhidmat di Pahang dan Johor, dan kemudian sebagai Peguamcara Kanan Persekutuan di Kuala Lumpur, sebelum beliau dilantik sebagai Peguamcara Negara Malaya pada tahun 1959. Pada tahun 1968 beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pada tahun 1973 Tun Suffian telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.
Pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang Ketiga. Jawatan ini adalah kemuncak yang boleh disandang oleh seseorang anggota di dalam bidang kehakiman.
Sumbangan Tun Suffian dalam bidang undang–undang dan kehakiman di negara ini sungguh besar. Personaliti dan ketokohan beliau adalah satu inspirasi kepada peguam–peguam muda. Kesetiaan dan kejujuran beliau dalam perkhidmatan kehakiman adalah sangat–sangat dibanggakan dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang sentiasa bersifat adil bertimbangrasa.
Tun Suffian sempat juga meluangkan masa untuk menulis beberapa buku undang–undang terutama mengenai perlembagaan negara kita. Satu dua buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan terjemahan itu merupakan salah satu bahan rujukan undang–undang yang terawal di dalam Bahasa Malaysia di negara kita ini. Beliau juga telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dan kemajuan Faculti Undang–Undang Universiti Malaya.
Di samping menyumbang tenaga dan fikiran dalam bidang undang undang Tun Suffian telah juga membuat sumbangan yang besar kepada masyarakat. Beliau adalah salah seorang Pro–Canselor Universiti Malaya sejak tahun 1963. Beliau juga ialah Pengerusi Yayasan Tun Abdul Razak sejak 1978. Pada tahun 1965, beliau dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Gaji dan sehingga hari ini kakitangan awam masih ingat 'Lapuran Suffian' dengan peruntukan–peruntukan perkhidmatan awam yang baru termasuk mengenai mengurangkan kemudahan seperti 'free world tour' untuk pegawai–pegawai kerajaan. Beliau pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan bagi Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebagsaan Malaysia.
Dalam arina antarabangsa pula, Tun Suffian merupakan peguam bukan Inggeris yang pertama pernah menyandang Jawatan yang di Pertua Persatuan Majisteret Commonwealth pada tahun 1976. Beliau pernah dianugerahkan 'Eisenhower Exchange Fellowship' dan kemudian menjadi pengerusi Jawatankuasa Pemilih Fellowship tersebut selama l0 tahun.
Beliau telah dianugerahkan Ijazah doktor kehormat oleh Universiti Malaya dan Universiti Singapura sebagai menghargai sumbangan beliau kepada masyarakat dan perkembangan undang–undang negara ini. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengurniakan darjah Seri Setia Mahkota pada tahun 1975 sebagai satu pengiktirafan sumbangan Tun Suffian kepada negara ini.
Majlis jamuan perpisahan malam ini merupakan penghargaan Kerajaan Malaysia terhadap jasa–jasa Tun Suffian yang telah memegang Jawatan Ketua Hakim Negara sekian lama. Jasa Tun Suffian akan tetap dikenang oleh Kerajaan dan rakyat negara ini. Saya berharap Tun Suffian akan tetap berbakti kepada negara selepas ini.
Selepas ini, saya yakin Tun Suffian mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan terhadap hobi beliau atau lapangan lain yang digemari. Saya yakin Toh Puan Bunny akan mempunyai peluang yang lebih untuk berdua–duaan dengan Tun Suffian.
So much for the short official history of the learned Tun. Now a few words on my personal impression of Tun Suffian. Firstly, in any gathering I will know he is around by the unique way he laughs. A judge is to my untutored mind a very serious person. He scowls and he frowns and he passes unpleasant sentences. He is unlike doctors who invariably tell their patients there is nothing to worry about five minutes before they pop–off. But Tun Suffian is given to a lot of humour and laughter. His store of anecdotes is considerable and whenever I had occasion to borrow his anecdotes I have found the results very rewarding.
He is a prolific note–writer on a multitude of subjects that have nothing to do with the law. I must say I have benefited from some of the unsolicited advice contained in his notes to me – from the time I became Minister of Education. His latest note is on solar heating. In the new house for the Prime Minister, he wants me to install a solar water heater – to save government money, of course. Sometimes his notes were written on the back of menus during dinners. He once saved me from saying a lot of unpleasant things to my host by a quick note on the latter’s background. Some researchers of the future may come across these menus which would reveal the character of Malaysia’s third Lord President and the kind of advice he was wont to give.
Wherever the Tun goes, Toh Puan Bunny is sure to be there. This partnership of three decades plus is both a blessing and a necessity. I am told that Toh Puan Bunny cuts the Tun’s hair – no doubt in the interest of economy. But also perhaps to stop him from adopting 'hippy' styles when that was in fashion. Toh Puan Bunny is interested in antiques but I feel sure that Tun is not one of her collections – even if he is retired now.
Although retired, I am sure Tun Suffian is not going to be very retiring. I don’t think we have heard the last of him. You cannot keep a good man down. He is going to pop–up in many places and he will still be passing judgments, though may be not on legal matters. I am sure he is going to be a roaring success in whatever he chooses to do as he had been in the legal field. I think l speak for everyone here when I say that we wish him every success in whatever career he chooses for himself. We wish him and Toh Puan Bunny continued partnership and long life.
Saya, bagi pihak Kerajaan dan rakan–rakan kenalan sekelian, mengucapkan selamat bersara kepada Tun Suffian dan semoga Allah subhanahuwataala melanjutkan umur dan mengurniakan kebahagiaan kepadaTun Suffian dan Toh Puan Bunny.
Terima kasih.
{moscomment}