Please scroll down to view a Bahasa Malaysia translation of this circular.
Sila lihat di bawah untuk terjemahan pekeliling ini dalam Bahasa Malaysia.
Circular No 025/2019
Dated 14 February 2019
To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers
73rd Annual General Meeting of the Malaysian Bar (16 March 2019)
Date : 16 March 2019 (Saturday)
Time: 10:00 am
Venue: Dewan San Choon, Level 2, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Notice is hereby given that the 73rd Annual General Meeting (“AGM”) of the Malaysian Bar will be held at 10:00 am on 16 March 2019 (Saturday) at Dewan San Choon, Level 2, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Please note that Members will be notified by circular once the 2018/19 Annual Report is available for download from the Malaysian Bar website.
We take this opportunity to remind Members that under section 64(6) of the Legal Profession Act 1976 (“LPA”), if any Member of the Malaysian Bar desires to propose any motion to be considered at the said AGM, the Member shall, “not less than seven days before the date first appointed for holding the meeting, serve on the Secretary of the Malaysian Bar a notice of such motion in writing”.
In accordance with section 64(4) of the LPA, the quorum shall be 500 Members of the Malaysian Bar. If the quorum is not present by 11:00 am, the AGM shall be adjourned to 11:15 am on the same day and at the same venue.
Please note that you will be required to produce your National Registration Identity Card (“NRIC”) or driver’s licence in order to register your attendance for the AGM.
Under the Continuing Professional Development (“CPD”) Scheme, you will earn one CPD point for attending the AGM.
Members are urged to make every effort to attend the AGM so that issues affecting the profession may be effectively discussed by as many Members as possible. We look forward to your presence and participation at the AGM on 16 March 2019 (Saturday).
Thank you.
Roger Chan Weng Keng
Secretary
Malaysian Bar
Notes
(1) Members are kindly requested to make every effort to attend the meeting punctually to ensure a quorum of 500.
(2) Registration counters will open from 8:30 am. Light refreshments will be served.
(3) All Members and pupils in chambers shall, upon registering their names, wear the designated wristbands for the purpose of admission.
(4) Pupils in chambers may attend but shall not vote, and shall be seated only at the area(s) designated for them.
(5) For information on preferential hotel corporate rates secured by the Bar Council, please refer to the current list, which can be downloaded from the scroll box located on the top right–hand section of the Malaysian Bar website at www.malaysianbar.org.my.
Pekeliling Nombor 025/2019
Bertarikh 14 Februari 2019
Kepada Ahli Badan Peguam Malaysia dan pelatih dalam kamar
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam Malaysia yang ke–73 (16 Mac 2019)
Tarikh: 16 Mac 2019 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Dewan San Choon, Tingkat 2, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (“MAT”) Badan Peguam Malaysia yang ke–73 akan diadakan pada jam 10:00 pagi, 16 Mac 2019 (Sabtu), bertempat di Dewan San Choon, Tingkat 2, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sila ambil perhatian bahawa Ahli akan dimaklumkan melalui pekeliling apabila Laporan Tahunan 2018/19 telah sedia untuk dimuat turun daripada laman web Badan Peguam Malaysia.
Kami mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan Ahli mengenai peruntukan di bawah seksyen 64(6) Akta Profesion Undang–Undang 1976 (“APUU”), bahawa sekiranya mana–mana Ahli Badan Peguam Malaysia berhasrat untuk mencadangkan apa–apa usul untuk dipertimbangkan dalam MAT tersebut, beliau hendaklah, “tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang mula–mula ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu, menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha Bar Malaysia”.
Menurut seksyen 64(4) APUU, kuorum mesyuarat ialah seramai 500 orang Ahli Badan Peguam Malaysia. Sekiranya kuorum tidak dapat dicapai pada jam 11:00 pagi, maka MAT akan ditunda ke jam 11:15 pagi pada hari dan di tempat yang sama.
Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan atau lesen memandu bagi tujuan pendaftaran kehadiran di MAT.
Di bawah Skim Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”), anda akan mendapat satu mata CPD bagi kehadiran di MAT.
Setiap Ahli disarankan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri MAT agar segala isu yang melibatkan profesion ini dapat diperbincangkan dengan lebih berkesan oleh seberapa ramai Ahli yang mungkin. Kami mengalu–alukan kehadiran dan penyertaan anda di MAT pada 16 Mac 2019 (Sabtu).
Terima kasih.
Roger Chan Weng Keng
Setiausaha
Badan Peguam Malaysia
Perhatian
(1) Ahli disarankan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan bagi memastikan kuorum 500 orang Ahli dapat dicapai.
(2) Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai jam 8:30 pagi. Jamuan ringan akan disediakan.
(3) Setelah mendaftarkan diri, semua Ahli dan pelatih dalam kamar dikehendaki memakai jalur pergelangan tangan yang disediakan, untuk dibenarkan masuk ke ruang mesyuarat.
(4) Pelatih dalam kamar dibenarkan hadir tetapi tidak dibenarkan mengundi dan hanya dibenarkan duduk di tempat yang disediakan.
(5) Untuk maklumat tentang kadar korporat untuk hotel yang diperoleh Majlis Peguam, sila rujuk senarai semasa yang boleh dimuat turun daripada kotak skrol di bahagian atas sebelah kanan laman web Badan Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my.