• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Malaysian Bar Library
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Bar News
  • News
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
Highlights from the Appellate Courts
  • Highlights from the Appellate Courts
  • Go back to list
Tumpu peguam terkenal antara punca kes tertangguh 6 Jan 2007 12:00 am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh: Sadatul Mahiran Rosli dan Norliza Abdul Rahman

PUTRAJAYA 5 Jan. – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak menafikan penangguhan kes sehingga melengah–lengahkan prosiding perbicaraan disebabkan penglibatan peguam–peguam bela ‘terkenal’.

Beliau mengakui mahkamah terpaksa membuat keputusan menangguhkan sesuatu kes kerana peguam bela terbabit terpaksa mengendalikan banyak kes.

‘‘Saya tak nafikan (peguam terkenal) turut menjadi faktor penyumbang kepada kelewatan perbicaraan sesuatu kes termasuk kes berprofil tinggi.

‘‘Ada juga kes lewat disebabkan oleh laporan kimia dan laporan doktor masih belum siap, tertuduh atau peguam bela sakit.

‘‘Kadang–kadang tertuduh mengaku salah tetapi fakta dan hukuman belum siap, siapa minta tangguh? Pendakwa. Inilah yang menyebabkan hakim tidak dapat membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan berhubung penangguhan kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kes tersebut, Pesuruhjaya Kehakiman, Suraya Othman ‘berang’ dengan penangguhan demi penangguhan terhadap kes tersebut sejak tiga tahun lalu disebabkan permohonan pihak pendakwa dan pembela.

Terdahulu Ahmad Fairuz menghadiri majlis perpisahan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Siti Norma Yaakob di Palace of Justice di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fairuz, adalah tidak adil mahkamah dipersalahkan dalam isu penangguhan sesuatu kes terutamanya yang berprofil tinggi sehingga menghakis keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan.

‘‘Kita memberi keutamaan kepada satu–satu kes mengikut giliran, mana yang dahulu didahulukan, kalau kes itu membabitkan orang kenamaan, mereka juga akan diadili mengikut giliran, tiada bezanya.

‘‘Tetapi dalam sesetengah kes, kita turut memberi keutamaan seperti kes bunuh yang tidak boleh diikat jamin tetapi tertuduh tinggal dalam penjara sehingga bertahun–tahun tetapi di akhir perbicaraan, dia dibebaskan.

Malah, menurutnya, beberapa kes seperti kes rasuah dan kes kemalangan turut diberi keutamaan untuk diadili secepat mungkin kerana ia membabitkan kepentingan awam.

Bagi mengatasi masalah ini, kata Ahmad Fairuz, sebanyak 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi akan dilantik bagi mempercepatkan proses perbicaraan kes.

‘‘Setakat ini hanya 57 orang Hakim Mahkamah Tinggi yang ada dan ia memang tidak mencukupi malah jauh ketinggalan berbanding dengan Australia dan United Kingdom.

‘‘Mengikut nisbah sekarang, seorang hakim berkhidmat untuk 500,000 orang,” jelasnya.

Tambah beliau, Hakim Mahkamah Rayuan juga akan ditambah kepada tujuh orang menjadikan 22 orang kesemuanya sementara di Mahkamah Persekutuan, kekal 12 orang.

‘‘Cara lain, satu perbincangan akan dilakukan dengan hakim–hakim di seluruh negara bagaimana untuk mengatasi situasi sebegini,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengganti Siti Norma, beliau berkata, setakat ini belum ada calon yang disenarai pendek kerana ia terpaksa melalui proses pemilihan yang cukup ketat.

‘‘Nak lantik kita kena melalui Perdana Menteri dulu, kemudian persembahkan kepada Majlis Raja–Raja, jadi kita tunggulah,” katanya.

Ahmad Fairuz turut mengulas mengenai perbicaraan kes penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis membunuh wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditetapkan selama empat minggu bermula 10 Mac 2008.

‘‘Saya memahami dilema yang dihadapi oleh hakim–hakim yang mengendalikan kes–kes berprofil tinggi tetapi untuk bersikap adil kepada semua pihak mahkamah perlu mendahulukan kes mengikut giliran masing–masing,” katanya.

© Copyright Reserved 2026. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.

Type “Hi” to begin your chat.

Do not share confidential or sensitive information. Verify any AI-generated content independently.

Disclaimer

This pilot chatbot service only provides information for general reference. The information provided does not constitute legal or professional advice. By continuing, you acknowledge that your input will be processed by AI, and you understand that AI-generated information may be inaccurate or incomplete and should be independently verified. Do not disclose confidential or sensitive information.

The Malaysian Bar is not liable for any loss or damage arising from reliance on any of the information provided. By using this service, you accept the applicable Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a