• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Peer Support Network
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • e-Library
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • News
  • Bar News
  • News
News
Press Statements
  • Press Statements
Speeches
  • Speeches
Bar News
  • Notices
  • News
AGMs and EGMs
  • Resolutions
In Memoriam
  • In Memoriam
Legal and General News
  • General News
  • Members' Opinions
  • Legal News
Court Judgments
  • Judgments
  • Go back to list
Pelik dengan 'kerenah' Majlis Peguam 15 Jul 2008 12:00 am

• Risikan buktikan rancangan pembangkang

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Pendapat oleh Dr. Ahmad Zaki Ismail, Bandar Country Homes, Rawang Selangor

Selama ini kebanyakan rakyat memikirkan Majlis Peguam adalah satu badan profesional untuk para peguam menjalankan kegiatan perundangan di negara ini. Malah, untuk melayakkan para peguam menjalankan praktis mereka di mahkamah selaku peguambela dan peguamcara juga mesti mendapat kelulusan melalui badan ini melalui proses chambering.

Cuma, akhir–akhir ini Majlis Peguam ternampak semacam berlaku perubahan yang agak radikal dalam aktivitinya. Dengan mengambil inisiatif yang aktif dalam membincangkan perkara–perkara sensitif pada masa yang salah dengan menggunakan platform yang salah maka implikasinya tentulah badan ini mendapat tafsiran yang salah juga.

Terdapat bukti bahawa audiens yang menghadiri forum berkenaan juga seperti sudah didoktrinkan agar menerima bahawa Malaysia berada pada landasan yang silap kerana ditadbir menggunakan polarisasi perkauman.

Secara mudah, kita boleh mengagak siapakah dalang sebenar di sebalik pergerakan itu. Ini kerana suara yang sama turut juga kedengaran di pelbagai forum yang lain. Yang nyata ia tentulah dijuarai sama ada secara berhadapan atau secara berselindung oleh kumpulan yang sama.

Peristiwa yang melucukan sekali berlaku apabila Presiden Majlis Peguam secara terbuka menuduh akhbar Utusan Malaysia sedang menjalankan agenda membelasah mereka. Secara terang–terangan beliau menuduh akhbar ini tidak mendokong aspirasi pembaharuan yang sudahpun diterima oleh lain–lain media elektronik dan bercetak. Tanpa segan, beliau juga mendesak malah menuduh bahawa kerajaan menggunakan akta kawalan media cetak untuk membelenggu kebebasan maklumat. Akta ini kononnya patut dirombak dan tidak sepatutnya diguna pakai lagi.

Kepentingan

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menuduh Utusan Malaysia masih di bawah kawalan parti politik pemerintah dan memainkan peranan mengawal maklumat tertentu demi kepentingan pemerintah. Kerana itulah akhbar ini tidak memberi liputan meluas kepada aktiviti badan yang diterajui beliau dan pada masa yang sama memperkecilkan mereka secara berterusan.

Memang terasa agak asing, sangsi dan pelik kenyataan sedemikian datang dari seorang peguam profesional yang juga merupakan Presiden Majlis Peguam. Sekiranya kenyataan itu lahir dari mulut seorang ahli politik pembangkang, ia memanglah perkara biasa. Sudah namanya pun pembangkang dan juga selaku ahli politik tentulah begitu tugas dan cara mereka bertindak.

Ternyata sikap latah ini telah menyerlahkan banyak perkara yang selama ini cuma difikirkan secara skeptikal semata–mata. Akhirnya, ia benar–benar diserlahkan tanpa sebarang selindung lagi. Rupanya, segala tindak tanduk badan profesional yang diterajui oleh beliau kini sudah berubah haluan menjadi tempat bersarangnya agenda tersembunyi.

Kita melihat dengan penuh khuatir bagaimana pelbagai gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) nampaknya sudah mula menampakkan belang mereka yang sebenar. Adalah amat menyedihkan malah menakutkan sekali kalau terdapat satu keghairahan baru para aktivis terutama dari kaum tertentu amat giat memanipulasikan kedudukan mereka demi mencapai matlamat peribadi.

Malangnya, kebanyakan NGO pula dewasa ini seolah–olah hanya dimonopoli oleh satu bangsa sahaja. Cuba kita teliti, perhati dan buat penyelidikan terutama oleh pihak berkuasa di negara ini supaya tidak berlaku sebarang tindakan dari anasir subversif yang mempengaruhi pergerakan ini. Akhirnya menambahkan lagi kemelut negara yang sedang berhadapan dengan masalah kemelesetan ekonomi sekarang ini.

Jangan dipandang remeh perkara di atas kerana jika pemantauan tidak dilakukan secara teliti, adalah tidak mustahil perkara buruk akan menimpa negara. Permainan sentimen, menyemarakkan api perkauman, menimbulkan perkara yang sensitif berkaitan agama, kontrak sosial, rumah ibadat dan sebagainya dimainkan secara berterusan. Ini belum lagi yang berkaitan hak dan keistimewaan pribumi yang sudahpun digoyang dengan pelbagai cara.

Apakah pada pendapat mereka ini pribumi tidak mempunyai perasaan atau keberanian untuk turut mempertikaikan apa yang sudah mereka lepaskan sebelum ini atas dasar semangat setiakawan? Inikah balasan yang diterima selepas pelbagai pengorbanan diberikan tetapi sebaliknya yang diperolehi adalah sumpah seranah dan pandangan sinis yang skeptikal.

Telah tiba masanya, para pentadbir, pemimpin politik, pemerintah dan semua rakyat kembali ke pangkal jalan. Perkara yang sudah dipersetujui tidak perlu dipertikai, malah sepatutnya kita semua patut menjadi warganegara yang bersyukur dan sama–sama menikmati kemakmuran negara ini.

Sikap tamak dan busuk hati serta gagal menilai kebaikan yang sedia ada bukan sahaja merugikan diri sendiri tetapi turut menghambat keamanan yang sedia ada. Kita bukan semakin bergerak menjadi lebih mantap tetapi kita mengundurkan mentaliti rakyat balik kepada tahun 1969.

Sepatutnya pihak berkuasa kena lebih tegas dan tidak memberikan peluang kepada golongan seperti ini menggunakan ruang walau sekelumit pun bagi mencabar keamanan negara.

Segera tangani perkara ini supaya kita tidak terlewat dan terjerumus ke dalam ruang huru hara seperti yang berlaku di negara–negara jiran sekarang ini. Ingatlah, kemakmuran tidak akan diperolehi dengan mengkhianati negara dan mewujudkan anarki. Sebaliknya kitalah yang akan menjadi mangsanya.

© Copyright Reserved 2023. Bar Council Malaysia.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a