Pada 3 Julai 2021, Majlis Peguam telah menyokong pembentukan suatu rangkaian sokongan pada peringkat kebangsaan yang dinamakan “Peer Support Network” (“PSN”), untuk penakat (survivor) amang seksual dalam profesion undang-undang, dan pada 11 Dis 2021, Majlis Peguam telah meluluskan Peraturan 14.29 (Ruling 14.29) di bawah Bab 14 Kaedah dan Peraturan Majlis Peguam (Bar Council Rules and Rulings).
Susulan daripada ini, Ruling 14.29 telah dipinda pada 9 Julai 2026 untuk merangkumi gangguan umum dan pembulian di tempat kerja, seperti yang dinyatakan berikut:
14.29 Sexual harassment, harassment and workplace bullying constitutes misconduct under section 94(3) of the Act
(1) Any act of sexual harassment, harassment or bullying by an Advocate and Solicitor or a pupil in a professional capacity or in a professional setting amounts to misconduct.
(2) Sexual harassment means any unwanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, made directly or indirectly at a person or physically communicated in person or through the use of any medium or physical conduct, which a reasonable person would consider to be offensive or humiliating or a threat to their well-being or comfort.
(3) Harassment means any unwanted conduct, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, made directly or indirectly at a person or physically communicated in person or through the use of any medium or physical conduct, which a reasonable person would consider to be offensive or humiliating or a threat to their well-being or comfort.
(4) Bullying means any wilful act and directed at a victim by any means, whether committed repeatedly or in a single severe incident, which causes physical, psychological or social harm to the victim. Bullying may include the following acts:
(a) any act that cause physical harm to a victim or his belongings;
(b) any use of language which abuses, threatens or demeans the victim, which causes harm to a victim’s psychological wellbeing;
(c) any act which is intended to socially isolate a victim, damage the reputation of a victim or to create a hostile environment for the victim;
(d) any act that humiliates or discriminates a victim on the basis of sex, race, religion or disability; or
(e) any act referred to in paragraphs (b), (c) or (d) above that is committed through electronic or digital communication.
Berdasarkan Peraturan ini, sebarang tindakan amang seksual, gangguan umum dan pembulian di tempat kerja oleh seorang peguam bela dan peguam cara ataupun pelatih dalam kamar dalam kapasiti profesional ataupun dalam persekitaran profesional, akan ditafsirkan sebagai salah laku di bawah seksyen 94(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976.
PSN telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Dis 2021, dan sejak pelancarannya, Majlis Peguam telah melatih para sukarelawan dalam kalangan peguam sebagai pengendali kes. Pengendali kes akan membantu mereka yang pernah / sedang mengalami amang seksual untuk mencari penyelesaian atau membetulkan ketidakadilan yang dialami mereka, melalui cara-cara berikut:
(a) Dalam firma guaman;
(b) Aduan jenayah (dengan membuat laporan polis);
(c) Aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara (“LTPP”) (dengan membuat laporan dengan LTPP); dan
(d) Pemfailan saman sivil.
Jika anda ialah seorang Ahli Badan Peguam Malaysia atau pelatih dalam kamar yang pernah atau sedang mengalami amang seksual, gangguan umum atau pembulian di tempat kerja, sila klik di sini untuk mengakses Borang Maklum Balas PSN bagi menghantar maklum balas anda mengenai insiden tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ataupun anda ingin dilatih sebagai seorang pengendali kes, sila hubungi kami di [email protected].

