• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
    • Highlights from the Appellate Courts
  • Members
    • Circulars
    • Peer Support Network
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful Forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
    • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Public
    • Notices
    • Compensation Fund
    • Complaints
    • Legal Aid
    • MyBar Pro Bono Hub
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • About Us
  • President's Corner
  • Press Statements
About Us
Malaysian Bar and Bar Council
  • About Us
  • Bar Council Members
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Elections
President's Corner
  • Roll of Presidents
  • Press Statements
Committees
  • * Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Non-Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Contempt of Court
  • Ad Hoc Committee on Corporatisation of Law Firms and Multi-Disciplinary Practice
  • Ad Hoc Committee on Legal Services Blueprint
  • Ad Hoc Committee on Personal Data Protection
  • Ad Hoc Committee on Prison Reforms
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Sectoral Law and Practice Integration
  • Ad Hoc Committee on Statelessness
  • Ad Hoc Committee on Touting
  • Ad Hoc Pandemic Response
  • Ad Hoc Parliament Liaison Committee
  • Ad Hoc Peer Support Network
  • Ad Hoc Waqf Committee
  • Advocacy Training
  • AMLA Training Committee
  • Animal Rights Committee
  • Anti-Touting Committee
  • Arbitration
  • Art and Law Committee
  • Bahasa Melayu
  • Building
  • Child Rights
  • Civil Law and Law Reform Committee
  • Committee on AMLA
  • Committee on Orang Asli Rights
  • Committee on Persons with Disabilities
  • Committee on Reform to the Legal Sector
  • Constitutional Law Committee
  • Construction Law
  • Conveyancing Practice
  • Corporate and Commercial Law
  • Court Liaison
  • Criminal Law
  • Cyber and Privacy Laws Committee
  • Cyberlaw
  • Digital and Communications Committee
  • Enforcement Committee
  • Environment and Climate Change
  • Family Law
  • Finance
  • Human Rights
  • Industrial and Employment Law
  • INSAF Committee
  • Integration
  • Intellectual Property
  • International Malaysia Law Conference 2026 Organising Committee
  • International Policy and Practice Committee
  • Islamic Finance
  • Joint Committee on Environmental, Social and Governance (“ESG”)
  • Joint Working Committee on ELEVATE
  • Joint Working Task Force to Reform the Healthcare Dispute Resolution System
  • Law Reform and Special Areas
  • LAWASIA Conference 2024 Organising Committee
  • LawCare
  • Legal Databases Liaison
  • Legal Profession
  • Legal Profession Practical Course Committee
  • Legal Tech, AI and Sandbox Committee
  • Mediation
  • Migrants, Refugees and Immigration Affairs Committee
  • MyBar Academy
  • MyBar Ageing Rights Advisory ("MBARA") Committee
  • MyBar Carnival Organising Committee
  • National Legal Aid Committee
  • National Young Lawyers and Pupils Committee
  • Personal Injury Claims and Awards
  • Professional Indemnity Insurance Committee
  • Professional Standards and Development
  • Publications
  • Risk Management
  • Shipping and Admiralty Law
  • Small Firms Practice
  • Solicitors' Remuneration Enforcement
  • Sports
  • Sports and e-Sports Law Practice Committee
  • Strategic Litigation Committee
  • Syariah Court Liaison Committee
  • Syariah Law
  • Task Force on Independent Police Complaints and Misconduct Commission ("IPCMC") and Police Accountability
  • Tax and Customs Committee
  • Tender Review Committee
  • Trade in Legal Services Committee
  • Trade in Legal Services Committee
  • Women's Rights
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Committee
Previous Committees
  • * Previous Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Amendments to the LPA
  • Ad Hoc Committee on Anti-Money Laundering
  • Ad Hoc Committee on Benchmarking Law Firms
  • Ad Hoc Committee on Judicial Commission
  • Ad Hoc Committee On National Legal Aid Foundation
  • Ad Hoc Committee on Quality and Standards
  • Ad Hoc Committee on Rules and Regulations
  • Alternative Dispute Resolution
  • Gender Issues & Equal Opportunities (2005-2007)
  • Institutional and Law Reform
  • International Malaysia Law Conference 2012
  • International Malaysia Law Conference 2014
  • International Malaysia Law Conference 2016
  • International Malaysia Law Conference 2018
  • International Malaysia Law Conference 2020
  • International Malaysia Law Conference 2022
  • International Malaysia Law Conference 2023
  • LawCare Fund Management
  • Library
  • Malaysian Law Conference 2007
  • Malaysian Law Conference 2010
  • Motor Insurance Review Ad Hoc Committee
  • No-Fault Liability Scheme
  • Practice Management Support
  • Safer Malaysia
  • Standing Committee for the Promotion of Best Practices by Detaining Authorities (2005-2007)
  • Standing Committee on Court Rules (2005-2007)
  • Standing Committee on Eliminating Discrimination (2005-2007)
  • Standing Committee to Review LPA 1976
  • Study Loan
  • Task Force on Combined Rules of Court
  • Task Force to Review the Compendium of Personal Injury Awards
Contacts
  • Web Administrator
  • Complaints
  • Legal Aid Centres
  • State Bar Committees
  • Malaysian Bar Secretariat
  • Bar Council Members
  • Bar Council
Advertising
  • Advertise with Bar Council
Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Malaysian Bar Lifetime Achievement Award
  • Go back to list
Kenyataan Media | Memperkukuh Kebebasan dan Integriti Kehakiman Syariah: Seruan untuk Reformasi 26 Aug 2024 5:30 pm

(Versi terjemahan) — Harap maklum bahawa versi yang definitif untuk Kenyataan Media ini adalah versi Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Mohamad Ezri b Abdul Wahab, Yang Dipertua, Badan Peguam Malaysia, bertarikh 26 Ogos 2024, yang boleh didapati di sini.

Sistem perundangan Malaysia merupakan gabungan unik daripada pelbagai tradisi undang-undang.  Ini merupakan hasil daripada perkembangan sejarah dan sosio-budaya.  Kita telah mewarisi undang-undang common law yang mengawal kebanyakan daripada aspek kehidupan harian kita, manakala undang-undang Syariah yang mengawal bidang tertentu urusan umat Islam di Malaysia.

Tanpa sebarang keraguan Kehakiman Syariah memainkan peranan penting dalam pentadbiran keadilan bagi umat Islam.  Hal ini terbukti dengan peningkatan jumlah kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah. Berdasarkan statistik lama1 yang disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengenai bilangan kes Syariah bukan jenayah yang didaftarkan (dirujuk sebagai kes “mal” dalam terminologi undang-undang Syariah) menunjukkan trend yang meningkat antara tahun 2013 dan 2017 — sejumlah 87,804 kes didaftarkan pada tahun 2013 meningkat kepada 105,372 kes telah didaftarkan pada tahun 2017.

Dengan peningkatan beban kerja yang perlu ditanggung oleh Kehakiman Syariah, sangat penting bagi institusi ini untuk melaksanakan fungsinya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang iaitu bebas daripada sebarang pengaruh luar. Dalam aspek ini, terdapat ketidakseimbangan antara ciri-ciri Kehakiman Sivil Malaysia dan Kehakiman Syariah. Sementara Kehakiman Sivil telah berkembang dan melaksanakan beberapa pembaharuan penting yang menyumbang kepada kebebasan kehakiman yang lebih besar, Kehakiman Syariah masih belum mengalami pembaharuan sedemikian.

Namun begitu, terdapat beberapa perkembangan terkini yang menunjukkan bahawa Kehakiman Syariah sedang bergerak ke arah yang betul.  Salah satu perkembangan ini ialah cadangan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengenai penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah.2 Penubuhan suruhanjaya sedemikian akan membawa kepada peningkatan kebebasan Kehakiman Syariah, dan akan menetapkan cara yang jelas, telus, dan bertanggungjawab dalam pelantikan Hakim Syariah.

Walaupun penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah merupakan satu langkah penting, lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan kebebasan Kehakiman Syariah.  Berikut adalah ciri-ciri yang boleh dilaksanakan dalam Kehakiman Syariah:

  1. Pengasingan kuasa: Mahkamah Syariah harus dilihat sebagai entiti yang berbeza daripada cabang Kerajaan yang lain, terutamanya cabang Eksekutif dan Legislatif.  Dengan pengasingan yang jelas ini, Hakim Mahkamah Syariah akan dilihat bebas daripada tekanan politik atau pengaruh Eksekutif;
     
  2. Keterjaminan jawatan: Perlu ada jaminan bagi jawatan seseorang Hakim Mahkamah Syariah supaya mereka tidak boleh dipecat dengan mudah daripada jawatan mereka tanpa sebab yang sah dan proses yang sewajarnya.  Ini untuk mengelakkan pemecatan atau pemindahan yang tidak adil yang didorong oleh ketidakpuasan hati terhadap keputusan Hakim;
     
  3. Kebebasan kewangan: Kehakiman Syariah harus mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk bertindak secara bebas.  Ini termasuk bayaran gaji yang mencukupi untuk Hakim-Hakim supaya ia menjadi pencegah kepada rasuah yang boleh menjejaskan sikap berkecuali pihak kehakiman.  Dalam hal ini, pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai Akta Saraan Hakim Syarie3 adalah sangat tepat pada masanya; dan
     
  4. Perlindungan daripada tekanan luar: Hakim Mahkamah Syariah mesti dilindungi daripada tekanan luar, sama ada daripada pemimpin politik, pihak berkuasa agama, atau pengaruh sosial untuk memastikan keputusan yang mereka buat hanya berlandaskan undang-undang.

Dengan pelaksanaan reformasi utama ini, kita menjangkakan pemberian nafas baharu kepada sistem undang-undang Syariah yang akan membawa kepada sistem keadilan yang lebih baik untuk umat Islam di Malaysia, dan akan mengangkat kedudukan Malaysia dalam bidang pentadbiran undang-undang Syariah.

Integriti dan kebebasan kedua-dua Mahkamah Sivil dan Syariah merupakan asas untuk mengekalkan keyakinan awam terhadap sistem keadilan.  Oleh itu, Badan Peguam Malaysia menyeru usaha berterusan untuk memperkukuh institusi-institusi ini melalui reformasi yang bermakna, terutamanya dalam Kehakiman Syariah kerana reformasi terhadap institusi ini masih sedikit dan jarang dilakukan.

Dalam hal ini, Badan Peguam Malaysia menegaskan komitmennya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan prinsip-prinsip keadilan dalam sistem perundangan Malaysia.  Ketika kita bergerak ke hadapan, Badan Peguam Malaysia menyeru semua pihak yang berkepentingan dalam kedua-dua sistem undang-undang Sivil dan Syariah untuk bekerjasama dalam mengekalkan keseimbangan yang rumit antara kedua-dua sistem undang-undang ini, demi melindungi hak dan kebebasan semua rakyat Malaysia dalam rangka kerja sistem perundangan kita.


Mohamad Ezri b Abdul Wahab
Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia

26 Ogos 2024


1 “Pendaftaran Kes MAL - Mahkamah Syariah Tahun 2013-2017” (sila klik “Muat Turun” untuk melihat data), laman web data.gov.my.

2 “PM’s Dept to propose a syariah judicial appointments commission, says Mohd Na’im”, The Star, 15 Julai 2024.

3 “Govt wants to ensure Syariah and civil court judges salaries balanced”, New Straits Times, 15 Julai 2024.

© Copyright Reserved 2025. Malaysian Bar.
Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Terms and Conditions.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a