• Home
  • News
    • Press Statements
    • Speeches
    • Bar News
    • AGMs and EGMs
    • In Memoriam
    • Legal and General News
    • Court Judgments
  • Members
    • Circulars
    • Sijil Annual and Payments
    • Benefits
    • Peer Support Network
    • Practice Management
    • Professional Development
    • Opportunities for Practice
    • Mentor-Mentee Programmes
    • Laws, BC Rulings and Practice Directions
    • Resources
    • Become a Member
  • Find
    • Legal Directories
    • BC Legal Aid Centres
    • State Bar Committees
    • Law Firms | Areas of Practice
    • Jobs
    • Useful forms
  • About Us
    • Malaysian Bar and Bar Council
    • President's Corner
    • Committees
    • Previous Committees
    • Contacts
    • Advertising
  • Public
    • Complaints
    • Legal Aid
    • Notices
    • Compensation Fund
  • Search
  • Login
Search for

New login method: If first-time login, the password is your NRIC No. Call 20502191 for help.

 
Lost your password? Remember Me

 
No User ID/Password for firm? Click here for more information. Forgot Firm Username/Password?

Set a new password

If you have lost your password, you must set a new password. To begin this process, please key in your 12-digit NRIC No. below.

Forgot Firm Username/ Password?

Please enter name of firm or registered email address, indicate whether you want to retrieve your firm's username or password, and click "Submit".

Username Password
 
Access to Member Portal

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Resume Practice Request

Please key in your membership number, and click "GO"

BC
Newly-Called Request

Please key in your pupil code, and click "Submit"

Pupil Code

Change Password


Please enter your Password and Confirm Password then click on the Change Password button.
You will receive a new password shortly. Use this new password to access the site.

Password:
Confirm Password:
 
Change Password


Shortcut
  • Legal Directory
  • Find a Job
  • CPD
  • Online Shop
  • e-Library
  • Payments
  • Complaints
  • Committees

Search the site

  • Search Me
Member Login
  • BC Online Facilities
  • Login Type 2
  • Login Type 3
  • Login Type 4
  • About Us
  • Committees
  • Syariah Law
About Us
Malaysian Bar and Bar Council
  • About Us
  • Bar Council Members
  • Bar Council Secretariat
  • Elections
President's Corner
  • Roll of Presidents
  • Press Statements
Committees
  • * Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Non-Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Conditional Fee Rules (Re Personal Injuries)
  • Ad Hoc Committee on Contempt of Court
  • Ad Hoc Committee on Legal Services Blueprint
  • Ad Hoc Committee on Personal Data Protection
  • Ad Hoc Pandemic Response
  • Ad Hoc Peer Support Network
  • Advocacy Training
  • Arbitration
  • Bahasa Melayu
  • Building
  • Child Rights
  • Civil Law
  • Committee on AMLA
  • Committee on Orang Asli Rights
  • Committee on Reform to the Legal Sector
  • Common Bar Course
  • Constitutional Law Committee
  • Construction Law
  • Conveyancing Practice
  • Corporate and Commercial Law
  • Court Liaison
  • Criminal Law
  • Cyberlaw
  • Environment and Climate Change
  • Family Law
  • Finance
  • Human Rights
  • Industrial and Employment Law
  • Intellectual Property
  • International Malaysia Law Conference 2022
  • International Malaysia Law Conference 2023
  • International Professional Services
  • Islamic Finance
  • IT, Innovation and Future in Technology
  • Law Reform and Special Areas
  • LawCare
  • Legal Databases Liaison
  • Legal Profession
  • Mediation
  • Migrants, Refugees and Immigration Affairs Committee
  • National Legal Aid
  • National Young Lawyers and Pupils
  • Personal Injury Claims and Awards
  • Professional Indemnity Insurance
  • Professional Standards and Development
  • Publications
  • Risk Management
  • Shipping and Admiralty Law
  • Small Firms Practice
  • Solicitors' Remuneration Enforcement
  • Sports
  • Syariah Law
  • Task Force on Independent Police Complaints and Misconduct Commission ("IPCMC") and Police Accountability
  • Women's Rights
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Committee
Previous Committees
  • * Previous Committees | Introduction
  • Ad Hoc Committee on Amendments to the LPA
  • Ad Hoc Committee on Anti-Money Laundering
  • Ad Hoc Committee on Benchmarking Law Firms
  • Ad Hoc Committee on Judicial Commission
  • Ad Hoc Committee On National Legal Aid Foundation
  • Ad Hoc Committee on Quality and Standards
  • Ad Hoc Committee on Rules and Regulations
  • Alternative Dispute Resolution
  • Gender Issues & Equal Opportunities (2005-2007)
  • Institutional and Law Reform
  • International Malaysia Law Conference 2012
  • International Malaysia Law Conference 2014
  • International Malaysia Law Conference 2016
  • International Malaysia Law Conference 2018
  • International Malaysia Law Conference 2020
  • LawCare Fund Management
  • Library
  • Malaysian Law Conference 2007
  • Malaysian Law Conference 2010
  • Motor Insurance Review Ad Hoc Committee
  • No-Fault Liability Scheme
  • Practice Management Support
  • Safer Malaysia
  • Standing Committee for the Promotion of Best Practices by Detaining Authorities (2005-2007)
  • Standing Committee on Court Rules (2005-2007)
  • Standing Committee on Eliminating Discrimination (2005-2007)
  • Standing Committee to Review LPA 1976
  • Study Loan
  • Task Force on Combined Rules of Court
  • Task Force to Review the Compendium of Personal Injury Awards
Contacts
  • Web Administrator
  • Complaints
  • Legal Aid Centres
  • State Bar Committees
  • Bar Council Secretariat
  • Bar Council Members
  • Bar Council
Advertising
  • Advertise with Bar Council
  • Go back to list
Forum | Harta Tanah Rancangan FELCRA dan FELDA: Perspektif Undang–Undang dan Undang–Undang Syariah (15 Oktober 2016) 11 Nov 2016 12:00 am

Disumbangkan oleh Rosfinah bt Rahmat, Ahli, Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam dan Najwa Hamid, Pegawai yang Bertugas, Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam; foto oleh Jul Indra Tofan, Pembantu Tadbir 

Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam telah menganjurkan satu forum bertajuk “Harta Tanah Rancangan FELCRA dan FELDA: Perspektif Undang–Undang dan Undang–Undang Syariah” pada 15 Oktober 2016 di Raja Aziz Addruse Auditorium, Bangunan Straits Trading.

Tujuan forum ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan tentang tatacara pengurusan harta tanah FELCRA (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan juga FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).

Antara objektif forum ini adalah untuk :

(1) memperkenalkan kepada para peserta, garis panduan pendaftaran tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian selaras dengan peruntukan undang–undang yang sedia ada, dan hukum syarak terhadap perintah pembahagian dari Mahkamah Syariah; dan

(2) menyeragamkan pemakaian undang–undang sivil serta hukum syarak dalam sebarang tuntutan berkaitan harta FELCRA dan FELDA di Mahkamah Syariah.

Senarai ahli panel yang telah dijemput untuk forum ini adalah seperti berikut:

(1) Mukhtar b Abdullah, Ahli, Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam
(2) Mohd Yassin b Mohd Yusuf, Pegawai Tadbir, FELDA
(3) Hasiah bt Kasah, Pengarah, Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Moderator untuk forum ini ialah Rosfinah bt Rahmat, Ahli Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam, dan forum ini telah dihadiri oleh 80 peserta yang majoriti terdiri daripada pengamal undang–undang.



Forum ini bermula dengan ucapan pembukaan oleh Kuthubul Zaman Bukhari, Pengerusi, Jawatankuasa Undang–Undang Syariah Majlis Peguam, dan dibahagikan kepada empat sesi.

Sesi pertama mencakupi latar belakang topik yang ingin disampaikan.  Setiap ahli panel diberi masa 15 minit untuk sesi pembentangan.

Mohd Yassin b Mohd Yusof, selaku ahli panel pertama, membincangkan akta yang mengawal pentadbiran harta FELDA iaitu Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.  Beliau memaklumkan bahawa akta ini tidak boleh mengatasi peruntukan Kanun Tanah Negara.



Ahli panel kedua, Mukhtar b Abdullah merupakan peguam Syarie yang telah banyak mengendalikan kes–kes berkaitan hartanah FELDA.  Beliau membincangkan kes–kes yang melibatkan harta sepencarian dan hibah yang memerlukan pengesahan di Mahkamah Syariah dan membabitkan pihak–pihak yang menuntut membawa keterangan saksi–saksi dan dokumen yang berkait dengan hartanah FELDA tersebut.

Manakala Hasiah bt Kasah, selaku ahli panel ketiga, telah membentangkan prosedur pembahagian harta pusaka untuk hartanah biasa dan hartanah FELDA serta FELCRA.  Penerangan beliau menerusi persembahan slaid membantu para peserta mendapat kefahaman yang baik.

Pada sesi kedua, moderator telah mengajukan soalan kepada ahli–ahli panel dan setiap ahli panel diberi masa 10 minit untuk menjawab soalan–soalan yang diajukan. 

Sesi ketiga iaitu sesi soal jawab bersama ahli–ahli panel dan para peserta.  Sesi soal jawab ini berlangsung selama 30 minit dan mendapat respons yang menggalakkan daripada para peserta.





Ahli–ahli panel telah merumuskan pembentangan mereka pada sesi keempat.

Forum ini yang tamat pada pukul 12:30 tengah hari diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada ahli–ahli panel dan moderator.



Forum ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta yang mengatakan bahawa forum ini membantu mereka memahami dengan lebih mendalam undang–undang dan undang–undang Syariah yang berkaitan dengan harta tanah Rancangan FELCRA dan FELDA.



© Copyright Reserved 2023. Bar Council Malaysia.
 

I'm a

 
 
 
 
 

I'm a