feed
Home arrow Articles & Judgments arrow Speeches arrow Ucapan oleh Lim Chee Wee, Yang Dipertua Bar Malaysia, pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam sempena Hari Orang Asal Sedunia (13 Ogos 2011)
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Ucapan oleh Lim Chee Wee, Yang Dipertua Bar Malaysia, pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam sempena Hari Orang Asal Sedunia (13 Ogos 2011) PDF Print E-mail
Monday, 22 August 2011 10:46am
ImagePara hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Salam sejahtera dan selamat petang. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis yang serba sederhana namun amat bermakna bagi kami pada malam ini.

Seperti yang anda sedia maklum, Majlis Peguam menerusi program-program yang telah dan akan dilaksanakan, terus memperjuangkan hak-hak asasi orang asli dan orang asal di Malaysia kerana kami amat menghargai pengorbanan dan semangat waja yang anda tunjukkan demi menaikkan martabat dan menjaga hak-hak anda daripada terus dieksploitasi pihak-pihak yang kurang prihatin terhadap kebajikan anda.  

Penindasan keatas isu-isu yang dihadapi oleh komuniti orang asli akan terus mendapat perhatian kami.  Selain daripada hak-hak asasi, perihal pengiktirafan hak-hak tanah adat, soal kebajikan asas seperti persekitaran hidup yang kurang memuaskan tanpa bekalan air bersih, makanan serta bekalan eletrik yang mencukupi turut mendapat perhatian teliti oleh pihak Majlis Peguam. 


Tuan-tuan dan puan-puan, isu tanah adat terus menjadi tumpuan utama bukan saja dikalangan orang asli tapi ia juga menjadi salah satu isu yang sering dibangkitkan oleh Majlis Peguam.  Kesinambungan yang kami cari adalah perkara yang sama yang telah anda perjuangkan selama ini.

Platform untuk perbincangan antara wakil orang asli dan kerajaan, samada kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan serta pihak berkepentingan yang lain, harus diwujudkan dan diaktifkan sebagai saluran untuk pihak-pihak berkenaan dalam mencapai hak-hak bersuara mereka.  Selain daripada itu, platform ini juga merupakan jawapan keatas seruan slogan yang dimeterai dalam Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007. 

Dalam Pengisytiharan tersebut, pihak kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan pindaan-pindaan serta pengubalan undang-undang yang memberikan kesan negatif keatas kebajikan serta kepentingan asas orang asli.  Perkara ini harus dipantau dengan teliti dan segala proses yang berkenaan harus disertai oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya wakil-wakil orang asli. 

Salah satu perkara yang ingin saya ketengahkan pada malam ini adalah cadangan pengubalan atau pindaan keatas Akta Orang Asli 1954 yang harus konsisten dengan undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa, dan untuk merumuskan polisi-polisi serta menyelaraskan inisiatif-inisiatif yang disasarkan untuk memperbaiki tahap perlindungan hak-hak masyarakat orang asli di negara ini. 

Justeru, segala pindaan atau undang-undang baru yang melibatkan tanah adat hanya boleh dilakukan  melalui rundingan dan kerjasama dengan komuniti yang berkenaan untuk mendapatkan persetujuan mutlak.  Segala ketidak-serasian yang wujud hanya dapat diselesaikan dengan cara komunikasi yang telus dan saksama.

Dengan itu, para hadirin sekalian,  saya berharap anda semua akan terhibur dengan acara-acara menarik yang telah disediakan untuk anda semua pada malam ini.

Sekian, terima kasih.

Lim Chee Wee
Yang Dipertua
Bar Malaysia

13 Ogos 2011

 

 
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 125 guests and 4 members online

Bersih 3.0 - Malaysian Bar Monitoring Team

Malaysian Bar blasts police violence



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google