feed
Home arrow Articles & Judgments arrow Selected Judgments arrow Wee Choo Keong v Dato' Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Election Judge) 1995 [HCKL]
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Wee Choo Keong v Dato' Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Election Judge) 1995 [HCKL] PDF Print E-mail
Thursday, 28 September 1995 07:01pm

Wee Choo Keong v Dato' Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Election Judge) 1995 [HCKL]

 

WEE CHOO KEONG LWN. Y.A. DATO' AHMAD FAIRUZ SHEIKH ABDUL HALIM (HAKIM PILIHANRAYA) & LAGI
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
DATUK WIRA HJ. MOHD. NOOR BIN HJ. AHMAD H
[USUL PEMULA R1-25-127-95]
28 SEPTEMBER 1995

PENGHAKIMAN

Mohd. Noor Ahmad H:

Permohonan secara exparte dibuat oleh pemohon bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Y.A. Dato' Ahmad Fairuz bin Sheikh

Abdul Halim, Hakim Pilihanraya yang diberi pada 2 Ogos 1995. Dalam permulaan prosiding ini En. Karpal Singh bagi pihak pemohon telah meminta Mahkamah ini mengemukakan satu soalan undang-undang yang dikatakan membabit satu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ke Mahkamah Persekutuan dibawah peruntukan s. 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Soalan yang dicadangkan ialah:

Samada peruntukan Fasal 118 Perlembagaan Persekutuan tidak membenar certiorari dikeluarkan bagi membatal keputusan seseorang Hakim Pilihanraya.

Dato' Stanley Isaacs bagi pihak Peguam Negara membantah.

Secara ringkas, alasan-alasan yang dikemukakan oleh En. Karpal ialah:

(1) Keputusan Mahkamah Agung dalam kes Ignatius Stephen Malanjum lwn. Election Judge Sabah & Anor. Mahkamah Agung Rayuan Sivil No. 03-42-89 yang telah memutuskan bahawa certiorari tidak boleh dikeluarkan untuk membatal keputusan seorang Hakim Pilihanraya adalah tidak mencukupi bagi menjawab secara muktamad soalan undangundang yang dikemukakan itu, kerana:

(a) Keputusan itu telah lama dibuat ketika terdapat hanya sistem 2-tingkat iaitu, Mahkamah Tinggi dan Mahkaman Agung. Sekarang terdapat sistem 3-tingkat iaitu, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pendek kata, beliau mengatakan bahawa Mahkamah Agung dahulu adalah lebih rendah dari Mahkamah Persekutuan yang wujud sekarang ini.

(b) Penghakiman Mahkamah Agung itu dibuat secara lisan dan terlalu ringkas tanpa sebab-sebab yang tertentu dan mendalam diberi. Penghakiman bertulis yang mendalam tidak diberi oleh Mahkamah Agung.

(2) Oleh itu, beliau menekankan, demi kepentingan orang awam soalan undang-undang itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Mengikut beliau, pemohon bukanlah seorang sahaja yang terkilan atas keputusan Hakim Pilihanraya itu tetapi kebanyakan pengundipengundi di kawasan Bukit Bintang yang telah memilih pemohon sebagai Wakil Rakyat mereka bagi kawasan itu juga turut terkilan. Ini adalah kerana keputusan itu mengakibatkan Mahkamah telah melantik seorang Wakil Rakyat yang tidak dipilih oleh pengundi-pengundi berkenaan. Oleh sebab yang sedemikian, sekiranya keputusan seorang Hakim Pilihanraya tidak boleh dipersoalkan, keadaan huru-hara dan anarki akan timbul. Kata beliau lagi bahawa keputusan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen dan mempunyai unsur diktator yang tidak boleh dibiarkan timbul.

Selepas meneliti penghujahan kedua-dua pihak serta nas-nas yang dikemukakan, pendapat saya adalah seperti berikut:

(1) Memandangkan semata-mata kepada bentuk permohonan utama dalam prosiding ini, iaitu permohonan untuk kebenaran bagi permohonan certiorari, soalan itu tidak membabitkan sebarang isu Perlembagaan. Fasal 118 cuma memperuntukkan bahawa sesuatu keputusan pilihanraya boleh dipersoalkan hanya melalui petisyen pilihanraya yang perlu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi. Fasal itu tidak memperuntukkan bahawa keputusan itu adalah muktamad. Ianya diperuntukkan dibawah s. 36 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihanraya 1954. Dan lagi, permohonan utama itu hanya membabitkan A. 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. (2) Keputusan Mahkamah Agung yang dikatakan tadi itu yang berlarutan daripada keputusan saya sendiri adalah secucuk dengan jenis permohonan utama dihadapan saya sekarang ini. Walaupun sistem mengenal peringkat itu sudah berubah, Mahkamah Agung itu adalah setaraf dengan Mahkamah Persekutuan yang ada sekarang ini kerana masingmasing merupakan Mahkamah tertinggi sekali dalam negara ini. Lagi pun, keputusan Mahkamah Agung itu adalah kukuh memandangkan yang terdapatnya lagi satu keputusan yang serupa dalam kes Goonesinha lwn. Hon. C.L. De Kretser [1944] AC 62 yang diasaskan atas peruntukan undang-undang di Ceylon yang hampir serupa dengan peruntukan undang-undang yang relevan di negara ini.

(3) Berlandaskan atas prinsip 'stare decisis' adalah jelas bahawa keputusan Mahkamah Agung itu mengikat saya.

Pada pendapat saya, permohonan sebegini sepatutnya dibuat dalam prosiding dihadapan Hakim Pilihanraya dahulu mengenai isu Fasal 48(1) Perlembagaan kerana perbicaraan itu walaupun adalah diadakan dihadapan Hakim Pilihanraya prosiding itu adalah dalam Mahkamah Tinggi.

Walaupun keputusan yang saya buat ini berakibat 'pintu remedi' pemohon tertutup, pada pendapat saya, dengan adanya 'checks and balances' dalam undang-undang kita sendiri dan dengan menggunakan anugerah semula jadi Allah kepada manusia, iaitu 'common sense' oleh semua pihak yang bertanggungjawab, kata-kata En. Karpal mengenai kemungkinan timbulnya keadaan huru-hara dan anarki dan keputusan itu mempunyai unsur diktator tidak boleh diterima (do not hold water). Tentang kata beliau yang keputusan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen dan hak merayu terhadap keputusan seorang Hakim Pilihanraya tidak diberi oleh undang-undang sekarang, lebih baik perkara ini dibiarkan sahaja kepada kebijaksanaan Parlimen (the wisdom of Parliament).

Memandangkan kepada peruntukan s. 14(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sebutan responden 1 sebagai satu pihak dipotong dari prosiding ini.

Oleh yang demikian, saya membuat perintah-perintah seperti berikut:

(1) Permohonan untuk soalan undang-undang tersebut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan ditolak,

(2) permohonan utama untuk kebenaran bagi momohon satu perintah certiorari itu ditolak, dengan kos kepada Peguam Negara.

Bagi pihak pemohon - Karpal Singh; (Jagdeep Singh Deo bersamanya); Tetuan Jagdeep Singh & Co.

Bagi pihak Peguam Negara - Dato' Stanley Isaacs

 Image

 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 185 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google