feed
Home arrow Committees arrow Professional Indemnity Insurance arrow Kit START Percuma Anda – Sudah Diambil?
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kit START Percuma Anda – Sudah Diambil? PDF Print E-mail
Tuesday, 08 November 2011 09:38am
Disumbangkan oleh Melissa Anne Kraal, dengan terjemahan oleh Mysahra Shawkat, Pegawai-pegawai, Majlis Peguam

ImageMajlis Peguam melancarkan Kit START buat pertama kalinya pada bulan Februari 2011.  Kit START merupakan sebahagian daripada program pengurusan risiko Majlis Peguam untuk meningkatkan kualiti dan standard peguam baharu di negara ini.

Peguam yang memohon kepada Majlis Peguam untuk menubuhkan firma baru dan peguam yang pertama kali memohon untuk Sijil Tahunan dan Sijil Amalan mulai Januari 2011 akan menerima satu Kit START percuma.

Sehingga akhir bulan September 2011, Jabatan Insuran Indemniti Profesional dan Pengurusan Risiko Majlis Peguam telah menghantar lebih 800 surat memaklumkan firma dan Ahli untuk mengambil Kit START mereka.  Setakat ini, hanya segelintir Ahli yang telah berbuat demikian.

Bagi Ahli-Ahli di Kuala Lumpur dan Selangor

Kami menggesa semua Ahli di Kuala Lumpur dan Selangor untuk datang menuntut Kit START percuma anda dari Majlis Peguam.  Jika anda tidak dapat menuntut Kit START sendiri, berikut adalah alternatif untuk menuntut Kit START anda:

(1) Fakskan salinan jawapan yang lengkap (seperti yang dilampirkan dalam surat yang 
dinyatakan di atas) kepada Jabatan Insuran Indemniti Profesional dan Pengurusan Risiko Majlis Peguam di 03-2031 6124, untuk menerima Kit START anda melalui hantaran pos pada bayaran nominal; atau

(2) Hantar wakil yang membawa surat asal dan surat kebenaran yang ditandatangani oleh  
 Ahli untuk menuntut Kit START dari Kaunter Pembayaran Sekretariat Majlis Peguam.

Untuk Ahli-Ahli di Negeri-Negeri Lain

Bagi Ahli-Ahli di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu, kami telah membuat peruntukan bagi anda untuk menuntut Kit START percuma dari Jawatankuasa Negeri masing-masing.  Sila hubungi Jawatankuasa Peguam Negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

Kit START

Setiap Kit Start dibahagikan kepada empat bahagian, dan mengandungi nasihat serta petua penting yang bersesuaian dengan peguam atau firma baharu.

(1) START  

Bahagian ini mengandungi buku Setting Up Practice dan START Planner yang unik.  Setting Up Practice memberi maklumat asas mengenai prasyarat, peraturan-peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi untuk menubuhkan dan menguruskan firma undang-undang.  Masalah-masalah tipikal yang mungkin timbul mengenai penubuhan dan/atau pengurusan firma turut dibincangkan.  Siri ini dilengkapi dengan START Planner yang mengandungi senarai semak, senarai bantuan dan bahan-bahan berkaitan isu-isu amalan.

(2) “Best Practices” 

Pengurusan Risiko merupakan satu budaya, bukan peristiwa.  Sebagai seorang peguam, memastikan standard yang tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti adalah amat penting untuk mengekalkan pelanggan, mengurangkan risiko dan meningkatkan produktiviti.  Bahagian ini dilengkapi dengan CD-ROM “Practice Area Checklist” mengenai litigasi dan pemindahhakkan.  Dua buah buku mengenai pengurusan masa dan majalah Practice Alert! menyediakan maklumat dan panduan mengenai pengurusan risiko, masa dan kakitangan turut disertakan.

(3) “Office Management”  

Pencapaian dan kejayaan sesebuah firma selalunya ditentukan oleh budaya.  Sumber-sumber yang disediakan dalam Kit START ini dapat dijadikan panduan kepada firma baharu untuk membentuk budaya positif melalui kakitangan, sistem dan prosedur mereka.

(4) “For Me”  

Bahagian ini adalah untuk peguam menggabungkan idea-idea pengurusan risiko sendiri.  Terdapat juga bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai rujukan.

Ahli-Ahli Majlis Peguam yang ingin membeli Kit START boleh berbuat demikian dari Kaunter Bayaran Sekretariat Majlis Peguam, pada harga RM50.  Kit START ini boleh didapati dalam lima warna: merah, perang, hijau, biru dan perak.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mysahra Shawkat di talian 03-2032 4511, atau e-mel kepada pirm@malaysianbar.org.my

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 180 guests and 3 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google