The Malaysian Bar is concerned that the application for renewal of the permit for publication of the weekly tabloid "Eksklusif" has not received a response from the Ministry of Home Affairs.
The Printing Presses and Publications Act 1984 empowers the Minister of Home Affairs in his absolute discretion to grant to any person a permit to print and publish a newspaper in Malaysia. The maximum period for which a permit is granted under the Act is 12 months. Any decision of the Minister to refuse to grant or to suspend a permit shall be final and shall not be called in question by any court on any ground whatsoever. Under the Act no person shall be given an opportunity to be heard with regard to his application for a permit.
Whatever may have been the wisdom behind such unparalleled legislative provisions in the past, it cannot be justified in the current environment in which the Government is encouraging the development of the Multimedia Super Corridor in which it is virtually impossible to impose censorship. A wide range of information is already readily available on the Internet and it is a credit to the mature development of the Malaysian Government and public that this has not resulted in any adverse change to our way of life or sense of responsibility.
Furthermore, the Malaysian Bar believes that, in general, the Press in Malaysia has developed maturity, good judgment and ability to act in the wider interests of the whole country. Several journalists in this country stand at par with the best in the world.
The Malaysian Government, as a responsible and responsive government, on its part, should be proud of its role in developing the country and enlarging the role of the Press and so should take the lead in demolishing the existing monoliths of our colonial past that hamper the development of a knowledgeable, modern, responsible citizenry.
The Malaysian Bar urges the Government to repeal and or make appropriate amendments to the Printing Presses and Publications Act 1984 consistent with its policy on use of multimedia and the Internet. In the interim, the Malaysian Bar calls upon the Minister of Home Affairs to adopt a more liberal and tolerant approach in the statutory exercise of his discretion in the granting of licences and permits.
Dated: 10 May 2000
HAJI SULAIMAN ABDULLAH
Presiden
Badan Peguam Malaysia
KENYATAAN UMUM MENGENAI KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA
Pihak Badan Peguam Malaysia mengambil berat tentang permohonan pembaharuan permit penerbitan tabloid mingguan "Eksklusif" tidak mendapat jawapan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.
Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, 1984 memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri mengikut budibicara mutlaknya untuk memberi kepada sesiapa sahaja sesuatu permit untuk mencetak dan menerbitkan sesuatu surat akhbar di Malaysia.
Tempoh maximum sesuatu permit dikeluarkan di bawah Akta tersebut adalah selama 12 bulan. Sebarang keputusan Menteri enggan memberi atau menggantungkan sesuatu permit adalah muktamad dan tidak boleh disoal dalam mana–mana mahkamah atas apa juga alasan. Di bawah Akta tersebut tiada seorang pun yang akan diberi peluang untuk didengar tentang permohonannya untuk mendapat permit.
Walau apa jua kebijaksanaan di sebalik peruntukan perundangan yang luar biasa ini pada masa dahulu, undang–undang ini tidak boleh dijustifikasikan dalam keadaan masa kini di mana pihak Kerajaan sedang menggalakkan pembangunan Koridor Raya Multimedia dan di mana adalah hampir mustahil untuk mengenakan penapisan. Maklumat yang amat luas tersedia ada pada Internet dan adalah satu tanda pembangunan matang pada Kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia bahawa kemudahan maklumat sedemikian rupa tidak menjejaskan cara hidup kita ataupun rasa tanggungjawab.
Tambahan pula, Badan Peguam Malaysia mempercayai bahawa pada amnya, pihak akhbar di Malayisa telahpun memiliki kematangan, daya pertimbangan yang baik dan juga keupayaan bertindak bagi kepentingan keseluruhan negara yang lebih luas. Beberapa wartawan di negara ini berkedudukan setanding dengan wartawan yang terbaik di dunia.
Kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan responsif, pada pihaknya, harus bangga dengan peranannya dalam membangunkan negara dan memperluaskan peranan akhbar dan dengan itu seharusnya mendahului dalam usaha menghapuskan sisa–sisa dari zaman penjajahan yang lampau yang menghindari pembangunan rakyat yang berpengetahuan, moden dan bertanggungjawab.
Badan Peguam Malaysia menggesa Kerajaan memansuhkan dan/atau membuat pindaan sewajarnya terhadap Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 selaras dengan dasar–dasarnya mengenai penggunaan multimedia dan Internet. Buat sementara waktu, Badan Peguam Malaysia menyeru kepada Menteri dalam Negeri agar menerimapakai cara pendekatan yang lebih liberal dan toleran dalam melaksanakan kuasa budibicaranya yang statutori semasa meluluskan lesen dan permit.
Tarikh: 10 Mei, 2000
HAJI SULAIMAN ABDULLAH
Presiden
Badan Peguam Malaysia
Public statement on press freedom in Malaysia
10 May 2000 12:00 am