|
The Bar Council believes in the right of every person to profess and practise
the religion of their choice.
The Bar is a multi-racial organisation comprising members of various backgrounds
and faiths. The history of the Bar will show that the Bar Council has championed
many diverse and sometimes unpopular causes, without fear or favour and
regardless of racial or religious origin, with its sole motivation being that of
upholding the rule of law. This is evidenced by, among other things, the
numerous legal aid cases that we undertake yearly for the needy regardless of
race, colour or creed, including for all those held under the ISA.
The Bar has never been, is not and will never be “anti” any religion as this
runs counter to our core values.
The Bar Council believes in the rule of law, fundamental freedoms and
international human rights norms. None of these values run counter to any
religious tenets. In fact, they accord fully with them.
In April this year, the Prime Minister was reported in the press to have said at
the National Islamic Council meeting that there ought to be rulings making it
mandatory for individuals wishing to convert to Islam, to inform their family
members of their intention to do so. The same suggestion as well as others were
made today by SUHAKAM in a public statement. There are also views reported to
have been expressed by IKIM that the syariah courts should not have jurisdiction
over the civil marriage or its dissolution. These views are in the public
domain. To date, no provisions have been enacted to resolve these matters.
Meanwhile, some of the court’s decisions have shown inconsistency in their
approach to this question of the jurisdictional conflict.
Affected families therefore continue to be caught between the jurisdictional
divide and their pleas for a remedy or solution remain unanswered.
The Bar Council forum planned on 9 August 2008 was meant to address precisely
these issues which are in the public domain. It was meant to discuss the issues
of conflict of laws facing these families and to consider what means were
available to resolve the conflict. It was meant as a forum to hear the voices
that are unheard.
The programme initially included an ex-Syariah Court Judge (currently a Syarie
prosecutor from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) and a speaker from IKIM,
both of whom withdrew shortly before the date of the forum. If one had only
looked at the programme and the speakers invited and had heeded our various
explanations and statements issued prior to the forum, it would have been
apparent that those labelling the forum anti-Islam were plainly wrong.
Regrettably, the disproportionate responses to the Bar Council’s forum may now
discourage those who have genuine grievances from speaking up. We have little to
be proud of if the voices of those who cry for help are drowned out by those who
speak more loudly.
There are those who would have us believe that the Malaysian public is not ready
for such dialogue. We believe otherwise. We believe that the Malaysian public is
ready, simply because Malaysians will not sit by and tolerate the suffering of
others without trying to find a solution.
Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar
19 August 2008
Majlis Peguam Bukan dan Tidak Pernah “Anti” Sebarang Agama
Majlis Peguam percaya bahawa setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkan
agama pilihan mereka.
Badan Peguam merupakan suatu pertubuhan berbilang kaum di mana ahli-ahlinya
terdiri dari pelbagai latarbelakang dan kepercayaan. Sejarah Badan Peguam
menunjukkan bahawa Majlis Peguam telah memperjuangkan pelbagai isu-isu yang
berlainan dan kadangkala yang tidak popular, tanpa rasa gentar atau pilih kasih
serta tanpa mengira keturunan atau agama, semata-mata bersandarkan kepada niat
untuk menegakkan kedaulatan undang-undang. Ini jelas terbukti dengan, antara
lainnya, beratus-ratus kes bantuan guaman yang dikendalikan oleh ahli-ahli kami
setiap tahun untuk mereka yang memerlukannya, tanpa mengira bangsa, warna kulit
atau fahaman, termasuklah bagi mereka yang ditahan di bawah I.S.A.
Badan Peguam tidak pernah, ianya bukan dan tidak akan mempunyai pendirian “anti”
sebarang agama kerana pendekatan sedemikian bertentangan dengan nilai-nilai asas
kami.
Majlis Peguam percaya akan kedaulatan undang-undang, kebebasan asas dan
norma-norma antarabangsa hak asasi manusia. Tidak satupun nilai-nilai ini
bertentangan dengan rukun sebarang agama. Sebaliknya, kedua-duanya adalah saling
bermuafakat.
Menurut laporan akhbar-akhbar perdana, pada bulan April tahun ini, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan berkata di suatu mesyuarat anjuran
Majlis Islam Kebangsaan (National Islamic Council) bahawa sepatutnya wujud satu
undang-undang yang mewajibkan setiap individu yang ingin menganut agama Islam
untuk memaklumkan ahli keluarga mereka mengenai hasrat mereka tersebut. Cadangan
yang sama beserta beberapa cadangan lain telah dibuat oleh SUHAKAM dalam satu
kenyatan awam pada hari ini. Terdapat juga pandangan yang dilaporkan telah
diungkap oleh IKIM bahawa mahkamah syariah tidak sepatutnya mempunyai
bidangkuasa ke atas perkahwinan sivil atau pembubarannya. Kesemua pandangan ini
disebar di domain umum. Sehingga kini, tiada sebarang peruntukkan digubal atau
tindakan diambil untuk menyelesaikan isu-isu ini.
Sementara itu pula, sebahagian dari keputusan mahkamah telah menunjukkan
pendekatan yang tidak konsisten dalam menangani persoalan konflik bidangkuasa
ini.
Oleh yang demikian, keluarga-keluarga yang terjejas terus terperangkap di antara
retakan bidangkuasa ini, dan rintihan mereka untuk penyelesaian tidak terjawab.
Forum Majlis Peguam yang dirancangkan pada 9 Ogos 2008 bermaksud untuk
mengutarakan isu-isu ini yang sudah pun diketahui umum. Ianya bertujuan untuk
membincangkan konflik undang-undang yang terpaksa dihadapi oleh
keluarga-keluarga yang malang ini dan untuk mempertimbangkan apakah cara yang
sedia ada untuk menyelesaikan konflik ini. Forum itu juga bermaksud sebagai
suatu peluang bagi mendengar suara mereka yang selama ini terbiar membisu.
Pada asalnya, ahli-ahli panel Forum tersebut termasuk seorang bekas Hakim
Mahkamah Syariah (yang kini seorang pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan) dan seorang penceramah dari IKIM. Tetapi kedua-duanya telah
menarikdiri pada saat-saat akhir sebelum forum tersebut diadakan. Sekiranya
seseorang itu meneliti program Forum tersebut, senarai ahli-ahli Panel yang
dijemput serta membaca pelbagai penjelasan dan kenyataan-kenyataan yang telah
kami keluarkan sebelum forum itu diadakan, sudah tentu tindakan melabelkan forum
tersebut sebagai anti-Islam, bukan sahaja tersasar bahkan tidak berasas.
Malangnya, tindak-tanduk sekumpulan kecil terhadap forum Majlis Peguam itu telah
menawarkan hati mereka yang benar-benar mempunyai masaalah dan mereka yang
tersepit daripada bersuara. Kita semua tidak boleh berbangga sekiranya rintihan
mereka yang meminta pertolongan dibenam dek suara mereka yang lantang dan kuat.
Ada segelintir di antara kita yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak
bersedia untuk dialog sedemikian. Kami percaya sebaliknya. Kami percaya bahawa
rakyat di negara ini, di ambang Hari Kemerdekaannya yang ke-51 dari belenggu
penjajah, sudah bersedia, kerana rakyat Malaysia tidak akan duduk diam sambil
membutakan hati masing-masing terhadap penderitaan orang lain tanpa cuba mencari
penyelesaian.
Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar
19 August 2008
|