website statistics
feed
Home arrow News arrow Press Statements arrow Press Release: The Bar Council is not and has never been 'anti' any religion
Advertisement
Press Release: The Bar Council is not and has never been 'anti' any religion PDF Print E-mail
Contributed by Ambiga Sreenevasan   
Tuesday, 19 August 2008 05:47pm

Ambiga SreenevasanThe Bar Council believes in the right of every person to profess and practise the religion of their choice.

The Bar is a multi-racial organisation comprising members of various backgrounds and faiths. The history of the Bar will show that the Bar Council has championed many diverse and sometimes unpopular causes, without fear or favour and regardless of racial or religious origin, with its sole motivation being that of upholding the rule of law. This is evidenced by, among other things, the numerous legal aid cases that we undertake yearly for the needy regardless of race, colour or creed, including for all those held under the ISA.

The Bar has never been, is not and will never be “anti” any religion as this runs counter to our core values.

The Bar Council believes in the rule of law, fundamental freedoms and international human rights norms. None of these values run counter to any religious tenets. In fact, they accord fully with them.

In April this year, the Prime Minister was reported in the press to have said at the National Islamic Council meeting that there ought to be rulings making it mandatory for individuals wishing to convert to Islam, to inform their family members of their intention to do so. The same suggestion as well as others were made today by SUHAKAM in a public statement. There are also views reported to have been expressed by IKIM that the syariah courts should not have jurisdiction over the civil marriage or its dissolution. These views are in the public domain. To date, no provisions have been enacted to resolve these matters.

Meanwhile, some of the court’s decisions have shown inconsistency in their approach to this question of the jurisdictional conflict.

Affected families therefore continue to be caught between the jurisdictional divide and their pleas for a remedy or solution remain unanswered.

The Bar Council forum planned on 9 August 2008 was meant to address precisely these issues which are in the public domain. It was meant to discuss the issues of conflict of laws facing these families and to consider what means were available to resolve the conflict. It was meant as a forum to hear the voices that are unheard.

The programme initially included an ex-Syariah Court Judge (currently a Syarie prosecutor from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) and a speaker from IKIM, both of whom withdrew shortly before the date of the forum. If one had only looked at the programme and the speakers invited and had heeded our various explanations and statements issued prior to the forum, it would have been apparent that those labelling the forum anti-Islam were plainly wrong.

Regrettably, the disproportionate responses to the Bar Council’s forum may now discourage those who have genuine grievances from speaking up. We have little to be proud of if the voices of those who cry for help are drowned out by those who speak more loudly.

There are those who would have us believe that the Malaysian public is not ready for such dialogue. We believe otherwise. We believe that the Malaysian public is ready, simply because Malaysians will not sit by and tolerate the suffering of others without trying to find a solution.

Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar
19 August 2008


Majlis Peguam Bukan dan Tidak Pernah “Anti” Sebarang Agama

Majlis Peguam percaya bahawa setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan mereka.

Badan Peguam merupakan suatu pertubuhan berbilang kaum di mana ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai latarbelakang dan kepercayaan. Sejarah Badan Peguam menunjukkan bahawa Majlis Peguam telah memperjuangkan pelbagai isu-isu yang berlainan dan kadangkala yang tidak popular, tanpa rasa gentar atau pilih kasih serta tanpa mengira keturunan atau agama, semata-mata bersandarkan kepada niat untuk menegakkan kedaulatan undang-undang. Ini jelas terbukti dengan, antara lainnya, beratus-ratus kes bantuan guaman yang dikendalikan oleh ahli-ahli kami setiap tahun untuk mereka yang memerlukannya, tanpa mengira bangsa, warna kulit atau fahaman, termasuklah bagi mereka yang ditahan di bawah I.S.A.

Badan Peguam tidak pernah, ianya bukan dan tidak akan mempunyai pendirian “anti” sebarang agama kerana pendekatan sedemikian bertentangan dengan nilai-nilai asas kami.

Majlis Peguam percaya akan kedaulatan undang-undang, kebebasan asas dan norma-norma antarabangsa hak asasi manusia. Tidak satupun nilai-nilai ini bertentangan dengan rukun sebarang agama. Sebaliknya, kedua-duanya adalah saling bermuafakat.

Menurut laporan akhbar-akhbar perdana, pada bulan April tahun ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan berkata di suatu mesyuarat anjuran Majlis Islam Kebangsaan (National Islamic Council) bahawa sepatutnya wujud satu undang-undang yang mewajibkan setiap individu yang ingin menganut agama Islam untuk memaklumkan ahli keluarga mereka mengenai hasrat mereka tersebut. Cadangan yang sama beserta beberapa cadangan lain telah dibuat oleh SUHAKAM dalam satu kenyatan awam pada hari ini. Terdapat juga pandangan yang dilaporkan telah diungkap oleh IKIM bahawa mahkamah syariah tidak sepatutnya mempunyai bidangkuasa ke atas perkahwinan sivil atau pembubarannya. Kesemua pandangan ini disebar di domain umum. Sehingga kini, tiada sebarang peruntukkan digubal atau tindakan diambil untuk menyelesaikan isu-isu ini.

Sementara itu pula, sebahagian dari keputusan mahkamah telah menunjukkan pendekatan yang tidak konsisten dalam menangani persoalan konflik bidangkuasa ini.

Oleh yang demikian, keluarga-keluarga yang terjejas terus terperangkap di antara retakan bidangkuasa ini, dan rintihan mereka untuk penyelesaian tidak terjawab.

Forum Majlis Peguam yang dirancangkan pada 9 Ogos 2008 bermaksud untuk mengutarakan isu-isu ini yang sudah pun diketahui umum. Ianya bertujuan untuk membincangkan konflik undang-undang yang terpaksa dihadapi oleh keluarga-keluarga yang malang ini dan untuk mempertimbangkan apakah cara yang sedia ada untuk menyelesaikan konflik ini. Forum itu juga bermaksud sebagai suatu peluang bagi mendengar suara mereka yang selama ini terbiar membisu.

Pada asalnya, ahli-ahli panel Forum tersebut termasuk seorang bekas Hakim Mahkamah Syariah (yang kini seorang pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan seorang penceramah dari IKIM. Tetapi kedua-duanya telah menarikdiri pada saat-saat akhir sebelum forum tersebut diadakan. Sekiranya seseorang itu meneliti program Forum tersebut, senarai ahli-ahli Panel yang dijemput serta membaca pelbagai penjelasan dan kenyataan-kenyataan yang telah kami keluarkan sebelum forum itu diadakan, sudah tentu tindakan melabelkan forum tersebut sebagai anti-Islam, bukan sahaja tersasar bahkan tidak berasas.

Malangnya, tindak-tanduk sekumpulan kecil terhadap forum Majlis Peguam itu telah menawarkan hati mereka yang benar-benar mempunyai masaalah dan mereka yang tersepit daripada bersuara. Kita semua tidak boleh berbangga sekiranya rintihan mereka yang meminta pertolongan dibenam dek suara mereka yang lantang dan kuat.

Ada segelintir di antara kita yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak bersedia untuk dialog sedemikian. Kami percaya sebaliknya. Kami percaya bahawa rakyat di negara ini, di ambang Hari Kemerdekaannya yang ke-51 dari belenggu penjajah, sudah bersedia, kerana rakyat Malaysia tidak akan duduk diam sambil membutakan hati masing-masing terhadap penderitaan orang lain tanpa cuba mencari penyelesaian.

Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar

19 August 2008

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Still no sign of PAC's Eurocopter report



show last 4hrs - 24hrs
November 2008 December 2008 January 2009
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 49 1 2 3 4 5 6
Week 50 7 8 9 10 11 12 13
Week 51 14 15 16 17 18 19 20
Week 52 21 22 23 24 25 26 27
Week 1 28 29 30 31