feed
Home arrow News/Notices arrow News arrow Press Statements arrow Kenyataan umum mengenai kebebasan akhbar di Malaysia
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kenyataan umum mengenai kebebasan akhbar di Malaysia PDF Print E-mail
Wednesday, 10 May 2000 12:00am
Pihak Badan Peguam Malaysia mengambil berat tentang permohonan pembaharuan permit penerbitan tabloid mingguan 'Eksklusif' tidak mendapat jawapan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.

Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, 1984 memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri mengikut budibicara mutlaknya untuk memberi kepada sesiapa sahaja sesuatu permit untuk mencetak dan menerbitkan sesuatu surat akhbar di Malaysia.

Tempoh maksimum sesuatu permit dikeluarkan di bawah Akta tersebut adalah selama 12 bulan. Sebarang keputusan Menteri enggan memberi atau menggantungkan sesuatu permit adalah muktamad dan tidak boleh disoal dalam mana-mana mahkamah atas apa juga alasan. Di bawah Akta tersebut tiada seorang pun yang akan diberi peluang untuk didengar tentang permohonannya untuk mendapat permit.

Walau apajua kebijaksanaan di sebalik peruntukan perundangan yang luar biasa ini pada masa dahulu, undang­undang ini tidak boleh dijustifikasikan dalam keadaan masa kini di mana pihak kerajaan sedang menggalakkan pembangunan Koridor Raya Multimedia dan di mana adalah hampir mustahil untuk mengenakan penapisan. Maklumat yang amat luas tersedia ada pada Internet dan adalah satu tanda pembangunan matang pada Kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia bahawa kemudahan maklumat sedemikian rupa tidak menjejaskan cara hidup kita ataupun rasa tanggungjawab.

Tambahan pula, Badan Peguam Malaysia mempercayai bahawa pada amnya, pihak akhbar di Malayisa telahpun memiliki kematangan, daya pertimbangan yang baik dan juga keupayaan bertindak bagi kepentingan keseluruhan negara yang lebih luas. Beberapa wartawan di negara ini berkedudukan setanding dengan wartawan yang terbaik di dunia.

Kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan responsif, pada pihaknya, harus bangga dengan peranannya dalam membangunkan negara dan memperluaskan peranan akhbar dan dengan itu seharusnya mendahului dalam usaha menghapuskan sisa-sisa dari zaman penjajahan yang lampau yang menghindari pembangunan rakyat yang berpengetahuan, moden dan bertanggungjawab.

Badan Peguam Malaysia menggesa Kerajaan memansuhkan dan/atau membuat pindaan sewajarnya terhadap Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 selaras dengan dasar-dasarnya mengenai penggunaan multimedia dan Internet. Buat sementara waktu, Badan Peguam Malaysia menyeru kepada Menteri dalam Negeri agar menerimapakai cara pendekatan yang lebih liberal dan toleran dalam melaksanakan kuasa budibicaranya yang statutori semasa meluluskan Iesen dan permit.

Tarikh: 10 Mei 2000

HAJI SULAIMAN ABDULLAH
Presiden
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 93 guests and 1 member online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google