feed
Home arrow News arrow Press Statements arrow Kenyataan Media: Laporan Polis Kelab Belia Graduan 1Malaysia Tidak Berasas
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kenyataan Media: Laporan Polis Kelab Belia Graduan 1Malaysia Tidak Berasas PDF Print E-mail
Monday, 06 September 2010 04:17pm
Image Badan Peguam difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadap Kempen Perlembagaanku oleh Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM). Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh Kempen itu (Buku Panduan Rakyat) mungkin bersifat menghasut.

Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan).

Tujuan Kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia memberi makna kepada negara kita. Ia langsung tidak menjadi matlamat Badan Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan. Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalinkan usahasama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami. Setakat ini, aktiviti-aktiviti kami telah dihadiri dan disokong oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang Ketua Menteri, dua Menteri Besar, Ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan pihak-pihak lain.

Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Ini sememangnya ada dinyatakan di dalam Perlembagaan. Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu. 

Secara amnya, pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen. Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja.

Dakwaan KBGM bahawa Kempen ini dibiayai oleh NGO asing anti-kerajaan adalah tidak berasas sama sekali. Kempen PerlembagaanKu adalah kempen yang tidak mengaut keuntangan. Ia dibiayai oleh Badan Peguam Malaysia dan telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan politik dan bukan politik serta rakyat Malaysia.

Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat Malaysia tentang apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan. Ia mengalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung di dalam Perlembagaan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama ‘Merakyatkan Perlembagaan’.

Sebuah sidang media berkaitan dengan kenyataan media ini akan diadakan esok (7 September 2010) pada pukul 12.30 tengahari di Conference Room 1, Tingkat 3, Bar Council, No. 15, Leboh Pasar Besar, 50500 Kuala Lumpur. Jemputan ke sidang ini akan dihantar seterusnya.


Ragunath Kesavan
Presiden
Badan Peguam

6 September 2010
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 205 guests and 5 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google