feed
Home arrow News arrow Press Statements arrow Kenyataan Akhbar: Masih banyak yang perlu dilakukan untuk Orang Asli
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kenyataan Akhbar: Masih banyak yang perlu dilakukan untuk Orang Asli PDF Print E-mail
Thursday, 30 April 2009 03:43pm
ImageMajlis Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995.

Kami prihatin bahawa walaupun Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai, mereka adalah kumpulan masyarakat yang telah diabaikan sekian lama.  Majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan.  Amalan tanda dan cakap-cakap kosong yang ditawarkan kepada masyarakat ini harus dihentikan.  Kaedah bagaimana negara ini melayan keperluan-keperluan dan hak-hak masyarakat ini mencerminkan komitmen kita kepada demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Kami menyeru supaya Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil tindakan segera untuk menunaikan tanggungjawab fidusiari mereka untuk menghormati, mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut.

Kami juga menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dengan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan tanah simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai.  

Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.  Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

Kami difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga telah menubuhkan satu Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor dan usaha seperti ini wajar dipuji.  Kami akan cuba mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan kami berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.  

Majlis Peguam mengulangi sokongan dan kesediaan membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menjayakan usaha seperti ini yang sewajarnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat.
 
Ragunath Kesavan
Presiden
Badan Peguam Malaysia

30 April 2009

Versi Bahasa Inggeris
 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 218 guests and 5 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google