feed
Home arrow News arrow Press Statements arrow Kenyataan Akhbar: Langkah yang tepat untuk sistem keadilan jenayah
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kenyataan Akhbar: Langkah yang tepat untuk sistem keadilan jenayah PDF Print E-mail
Tuesday, 28 July 2009 02:58pm
ImageBadan Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah di dalam kes Pendakwaraya v Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mana Yang Arif telah mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan kepada pihak pembelaaan dokumen-dokumen yang relevan dan perlu bagi pembelaan tertuduh sebelum bermulanya perbicaraan. 

Antara lainnya, dokumen-dokumen tersebut termasuk nota-nota ahli kimia dan doktor-doktor, senarai saksi-saksi yang akan terlibat di dalam kes pendakwaan, pernyataan fakta-fakta yang menyebelahi pembelaan dan pernyataan-pernyataan saksi yang dirakam oleh pihak polis.

Kami percaya bahawa Keputusan Mahkamah Tinggi ini konsisten dengan polisi Kerajaan dalam penggubalan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah (yang berkuatkuasa pada tahun 2007), untuk menjadikan sistem keadilan jenayah negara ini lebih sama rata (“equal”) di antara pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, lebih terbuka dan adil. 

Pembekalan dokumen-dokumen sebelum perbicaraan bermula juga akan menolong pihak pembelaan untuk menyediakan kes bagi tertuduh dengan lebih sempurna, dan akan menjimatkan masa Mahkamah di mana pihak pembelaan akan lebih bersedia dan akan mengurangkan penangguhan perbicaraan-perbicaraan untuk meneliti dokumen-dokumen yang baru dikemukakan. 

Badan Peguam Malaysia berpendapat bahawa keputusan ini telah membuka satu lembaran baru di dalam proses keadilan di Malaysia setaraf dengan prinsip-prinsip antarabangsa. 

 
Ragunath Kesavan
Presiden
Badan Peguam Malaysia

28 Julai 2009 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 90 guests and 1 member online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google