Circular No 228/2017
Dated 12 Oct 2017
To Members of the Malaysian Bar
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Sri Latifah bt Haji Mohd Tahar, has extended to us a copy of a notice entitled “Notifikasi Penutupan Kaunter Biro Perkhidmatan e–Filing di Mahkamah–Mahkamah Seluruh Semenanjung Malaysia bagi Peguam dan Agensi Kerajaan” dated 28 Sept 2017, which we received on 10 Oct 2017.
In order to encourage lawyers and government agencies to fully utilise the online e–filing system, all e–filing service bureau counters in Courts across Peninsular Malaysia will cease providing services to all law firms and government agencies with effect from 31 Dec 2017 (Sunday).
The relevant portion of the notice is reproduced below, and a copy of it is attached for your reference.
Should you have any enquiries relating to the e–filing system, you may call 03–2633 5050, or send an email to efshelpdesk@kehakiman.gov.my (please note the hours of operation specified in the notice).
You may also contact the e–Kehakiman Unit of the Office of Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia (Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, “PKPMP”) by telephone at 03–8880 3914, or by email at ekehakiman@kehakiman.gov.my.
Thank you.
Roger Chan Weng Keng
Secretary
Malaysian Bar
Tarikh: 28 September 2017
NOTIFIKASI PENUTUPAN KAUNTER BIRO PERKHIDMATAN e–FILING DI MAHKAMAH–MAHKAMAH SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI PEGUAM DAN AGENSI KERAJAAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Seperti mana yang Tuan / Puan sedia maklum, Kaunter Biro Perkhidmatan telah diperkenalkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) sejak tahun 2011. Ia adalah merupakan satu inisiatif PKPMP bawah projek Sistem Pengkomputeran Mahkamah, bertujuan untuk membantu para peguam dan agensi kerajaan berkaitan membiasakan diri semasa proses peralihan dari pemfailan secara fizikal kepada pemfailan atas talian menerusi penggunaan sistem e–filing.
3. Berdasarkan kepada statistik penggunaan Kaunter Biro Perkhidmatan dan bagi tujuan menggalakkan para peguam dan agensi kerajaan berkaitan untuk menggunakan sistem e–filing atas talian secara sepenuhnya, adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Biro Perkhidmatan e–Filing di Mahkamah–Mahkamah Seluruh Semenanjung Malaysia akan ditutup secara sepenuhnya berkuatkuasa 31 Disember 2017 kepada semua firma guaman dan agensi kerajaan berkaitan. Namun demikian, Kaunter Biro Perkhidmatan akan terus memberikan bantuan kepada orang awam yang berhasrat untuk membuat pemfailan secara peribadi.
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan sistem e–filing, Tuan / Puan boleh menghubungi talian 03–2633 5050 atau e–mel di efshelpdesk@kehakiman.gov.my yang beroperasi pada waktu berikut:
Isnin hingga Khamis – 8:00 pagi – 1.00 petang
– 2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat – 8.00 pagi – 1.00 petang
– 2.30 petang – 5.00 petang
(Nota: Talian dan e–mel tersebut ditutup pada Cuti Umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Tuan / Puan juga boleh menghubungi Unit e–Kehakiman, PKPMP di talian 03–88803914 atau emel di ekehakiman@kehakiman.gov.my.
This circular and the attachment may also be accessed here.