feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Roselizawati Mustapha
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Roselizawati Mustapha PDF Print E-mail
Tuesday, 25 May 2010 03:30pm
Disumbangkan oleh Andrew Yeap Kuang Wei

Image1.    Apakah latar belakang saudari?

Saya telah menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada tahun 2007. Selepas itu, saya pulang ke Kota Bharu untuk bekerja. Pada masa ini saya bekerja sebagai seorang peguambela & peguamcara di Tetuan Lua & Mansor.
 
2.    Apakah yang mendorong saudari menceburi bidang undang-undang?

Keluarga saya. Pada mulanya saya berasa tidak yakin tetapi keluarga saya telah memberi sokongan mereka tanpa batas dan itu telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus menceburi bidang ini.

3.    Adakah saudari pernah berasa kesal menceburi bidang undang-undang memandangkan terdapat bidang lain yang mungkin mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan?

Sebenarnya saya agak terkejut dengan pendapatan seorang pelatih dalam kamar dan juga seorang peguam yang mula mempraktik. Ramai antara rakan sebaya yang mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada saya. Tambahan lagi, beban kerja seorang peguam juga agak berat jika dibandingkan dengan bidang lain.

4.    Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak firma baru yang terdiri dari golongan peguam muda (iaitu pengalaman di bawah 7 tahun). Adakah saudari berpendapat bahawa peguam muda sesuai untuk membuka firma sendiri dan kenapa?  

Saya berpendapat bahawa adalah sesuai bagi peguam muda untuk membuka firmanya sendiri sekiranya beliau mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memberi nasihat perundangan kepada anakguam. Saya akan sokong rakan-rakan saya yang ingin membuka firma sendiri. 
   
5.    Kebelakangan ini terdapat banyak rungutan mengenai sistem Mahkamah yang diubahsuai untuk mempercepatkan kes. Antaranya ialah penangguhan tidak dibenarkan walaupun peguam mempunyai 2 kes bicara pada hari yang sama. Apakah jalan penyelesaian yang sesuai untuk peguam dan Mahkamah?

Peguam mesti memastikan bahawa tarikh tersebut benar-benar lapang dan sesuai sebelum menetapkan tarikh bicara untuk sesuatu kes. Kita mesti mengambil sikap professional semasa hadir di Mahkamah. Pada masa yang sama, Mahkamah harus membenarkan penangguhan sekiranya alasan yang dikemukakan oleh Peguam adalah munasabah. Kesemuanya mesti dibuat untuk kebaikan semua pihak dalam kes. 

6.    Sebagai seorang peguam yang selalu hadir ke Mahkamah, dalam pandangan saudari apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang di antara Mahkamah dan peguam?

Sikap tolak ansur dan menghormati bidang kerja masing-masing.

7.    Adakah ‘continuing legal education’ penting dan adakah ia dilaksanakan di Negeri Kelantan?

Ya dan harus dilaksanakan di Kelantan. Saya berharap lebih banyak aktiviti-aktiviti yang membantu dalam meningkatkan pengetahuan peguam dapat dilaksanakan.

8.    Apakah pendapat saudari mengenai cadangan untuk menetapkan kadar gaji untuk peguam muda memandangkan terdapat aduan yang menyatakan mereka mendapat gaji yang sangat rendah berbanding dengan profesyen lain.

Setuju tetapi saya tidak pasti macam mana ia boleh dilaksanakan memandangkan kadar gaji yang berbeza di antara bandar. Pada masa yang sama, isu gaji rendah juga harus dibincang oleh semua pihak dan mencari cara penyelesaian yang sepatutnya.


Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 77 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google