Contributed by the National
Young Lawyers Committee
“Dasar Ekonomi Baru seharusnya bertujuan menghapuskan perbezaan dan pembezaan
antara kaum-kaum”
Rezalman bin Bahran adalah seorang rakan kongsi di sebuah firma di Kota Bahru,
Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Rezal antara rakan-rakannya, beliau dilahirkan
di Perak dan setelah berkahwin, beliau berjihrah ke Kelantan mencari rezeki.
Rezal mewakili negeri Kelantan dalam Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan.
Selepas mesyuarat Jawatankuasa baru-baru ini, beliau telah berbual dengan
Richard Wee berkenaan beberapa isu tempatan.
Sebagai seorang peguam di Kelantan dan Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda
Kebangsaan (JPMK), apakah pandangan anda berkenaan penglibatan seseorang peguam
dalam aktiviti-aktiviti Badan Peguam?
Sebenarnya penglibatan dalam aktiviti-aktiviti Badan Peguam melibatkan banyak
pengorbanan. Tiada pendapatan dan banyak masa dipergunakan untuk melaksanakan
aktiviti (sambil tersenyum).
Tetapi saya amat puas hati walaupun terpaksa korban masa dan pendapatan. Di JPMK,
saya amat bangga dapat mewakili Kelantan dan bersuara bagi pihak peguam-peguam
muda Kelantan. Saya juga puas hati apabila idea-idea saya dapat mempertingkatkan
lagi JPMK dan secara keseluruhannya, Badan Peguam.
Siri Pemikiran Kritis baru-baru dilancarkan di mana topik yang sedang
dibahaskan dan dibincangkan adalah berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Anda akan
memberi ucapan pembukaan pada sessi ketiga pada 25 Januari 2007. Apakah pendapat
anda tentang isu DEB ini yang bermula pada tahun 1970. Adakah ia masih efektif
dan relevan di Malaysia?
DEB dilaksanakan untuk menghapuskan jurang-jurang ekonomi antara kaum-kaum
di Malaysia, terutamanya untuk memberhentikan PERBEZAAN dan PEMBEZAAN antara
kaum-kaum. Tetapi DEB seakan membantu satu kaum sahaja. Ini tidak patut berlaku.
Sepatutnya, tidak ada perbezaan antara kaum, samada seseorang itu orang Melayu,
Cina, India atau “lain-lain”.
Saya juga berpendapat ada kesalahan di tahap kepimpinan kerana saya asyik
melihat pemimpin-pemimpin Malaysia lebih minat hendak “promote themselves”, dan
perbezaan kaum dijadikan isu oleh pemimpin. Pemimpin juga sentiasa mempergunakan
isu perkauman sebagai teras untuk memajukan ekonomi. Saya bimbang jikalau
perbezaan antara kaum ini berterusan, isu ini boleh meletup apabila ada
kegisiran.
Isu globalisasi makin mantap. Ekonomi dunia lebih
cenderung terhadap konsep globalisasi. Bolehkah Malaysia menerima konsep
globalisasi ini dengan adanya DEB?
Saya berasa DEB boleh menyekat kemajuan Malaysia. DEB pada mulanya amat baik dan
patut dilaksanakan pada masa tersebut. Tetapi DEB mesti “evolve” dengan situasi
ekonomi terkini.
Anda tidak menjawab soalan. Adakah Malaysia dengan adanya DEB pada masa ini,
bersedia untuk menerima globalisasi?
Tidak.
Berkenaan isu polis Malaysia. Sudah lebih setahun sejak dua laporan “Royal
Commission” diterbitkan, dan setelah kes “ketuk-ketampi” dihebohkan. Bagaimana
prestasi polis Malaysia sekarang?
Pada peringkat tertinggi polis, memang prestasi polis telah meningkat. Tetapi
masalahnya bukan di peringkat tertinggi PDRM, tetapi di peringkat akar umbi.
Saya masih menerima aduan daripada anakguam saya tentang pukulan yang diterima
di balai polis, dan aktiviti rasuah masih berleluasa.
Jadi, pendek kata, saya menjawab soalan anda bahawa prestasi polis masih tidak
berubah!
Isu rasuah ini sentiasa tertumpu terhadap polis. Badan Pencegahan Rasuah (BPR)
sepatutnya disalahkan juga jikalau rasuah ini berleluasa.
Rasuah adalah suatu isu “human factor”. Tiada sesiapa, termasuk BPR, dapat lari
daripada “human factor” ini. Saya tidaklah terkejut dengan alegasi-alegasi
bahawa BPR tidak mengambil tindakan yang sepatutnya berkenaan kes-kes rasuah.
Walaupun BPR nampak seakan-akan melakukan kerja dengan laporan beberapa kes
tangkapan, tapi saya berhemat BPR tidak cukup “transparent” dan tidak efektif
untuk mencegah rasuah di Malaysia.
Badan Peguam melalui sekumpulan peguam muda di bawah akronim “TANGKAP” telah
menerbitkan buku berkenaan hak-hak seseorang yang ditangkap atau disoal oleh
pihak polis, yang lebih dikenali sebagai “Buku Merah”.
Buku Merah ini amat bagus ideanya, dan ia adalah satu tindakan yang ikhlas.
Projek Buku Merah ini patut dilakukan bersama dengan NGO-NGO yang berkenaan
untuk meluaskan lagi distribusi buku tersebut.
Walaubagaimanapun, apa yang Badan Peguam boleh lakukan, ada batasnya.
Peguam-peguam boleh terus mencetuskan idea-idea yang bagus seperti Buku Merah
ini dan ia boleh disambut oleh pihak-pihak lain.
Saya cadangkan supaya salinan-salinan Buku Merah ini dihantar kepada setiap
balai polis dan diletakkan di kaunter-kaunter pertanyaan balai-balai tersebut.
Soalan berkenaan negeri Kelantan. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kota Bahru
telah mengenakan suatu “dress code” yang telah dihangatkan sebagai isu
kontroversi. Apa komen anda tentang isu ini. Sebenarnya apa yang berlaku di
Kelantan berkenaan ini?
Ia adalah anugerah Tuhan kepada setiap satu insan untuk mempunyai hak untuk
memilih. Jadi, hak untuk seseorang memilih pakaian mereka tidak patut dihentikan.
Nilai moral seseorang adalah isu individu tersebut. Apa yang patut diperbetulkan
adalah nilai moral seseorang itu, bukannya pakaian beliau.
Langkah untuk menghentikan hak untuk memilih ini tidak wajar dilakukan.
KERANA DEB ANDA KINI SEORANG PEGUAM written by Mohd Khairul Azam Bin Abdul A,
Thursday, January 25 2007 02:51 pm
SEDARLAH.....
SIAPA SEPATUTNYA SEDAR? written by Nik Elin bte Nik Rashid,
Friday, January 26 2007 11:32 am
Wahai Mohd Khairul Azam,
Nampaknya walaupun anda adalah graduan dari UKM, anda masih tidak sedar dimana seseorang itu berhak untuk memberikan pandangannya. Dengan ayat, "sedarlah..." awak terus membidas Rezal dengan dakwaan bahawa Rezal adalah peguam kerana DEB.
Beginilah mula terjadinya segala kegeseran diantara manusia khasnya, dan kaum khususnya. Sebagai seorang peguam sepatutnya saudara mengemukakan bukti bahawa Rezal ini adalah peguam Produk DEB. Bukan membuat "invitation terbuka" untuk bertelagah tanpa mengemukakan nas nas.
Cuba En Mohd Khairul Azam tuliskan hujjahan hujjahan untuk menyokong bedalan saudara. Jangan jadi pengecut yang melemparkan batu kemudian menyorok tangan dibelakang. Mana tau, mungkin saudara boleh menyakinkan kami semua. Maaflah ye, En Mohd.?
BUKAN SEMUA ORANG MELAYU BERJAYA KERANA DEB written by Dara Waheda Mohd Rufin,
Friday, January 26 2007 03:15 pm
Seseorang yang berpandangan cetek sahaja yang akan membuat penilaian sedemikian. Sepertimana saudara saya juga seorang graduan tempatan yang berjaya menempatkan diri saya di Universiti Malaya yang mana menurut ramai hanya elit sahaja yang berjaya menempatkan diri di universiti berprestij itu. Adakah saya golongan elit itu yang menikmati kejayaan dan kesenangan hasil dari polisi DEB? Oh tidak sama sekali!
Saya bukan dari golongan yang menikmati subsidi, biasiswa, keistimewaan, kemanjaan, keselesaan dan disuapkan oleh kerajaan Malaysia sebaliknya saya sepertimana rakan-rakan saya yang lain terpaksa meminjam dari kerajaan dengan interest yang tinggi bagi membolehkan saya meneruskan pengajian saya di universiti. Itupun setelah memohon banyak kali akhirnya RAYUAN saya didengar oleh kerajaan hanya selepas saya tamat tahun ketiga pengajian ketika seorang teman yang datang dari keluarga berada yang memerintah negara menikmati kemudahan tersebut sebaik sahaja beliau t tamat semester pertama tahun pertama....Apa yang saya pelajari dari teladan itu?
Adakah DEB bantu pelajar Melayu? Cuba tanyakan pengalaman ibu bapa anda semasa persekolahan di zaman penjajah, semuanya percuma. Itu di zaman penjajah. Sekarang? Selepas Merdeka?
Adalah salah beranggapan semua Melayu manja dan berharap tongkat kerana bukan semua Melayu yang bertuah seperti saudara Khairul.. Ada orang Melayu yang bersusah payah untuk naik dan berjaya tanpa mengharapkan ihsan kerajaan (kalau melutut pun belum tentu dapat) dan kejayaan yang anda perolehi dari titik peluh dan penat lelah atas usaha itu lebih manis daripada mengharapkan bantuan DEB. Jadi saya pulangkan kata-kata saudara "Sedarlah" BUKAN SEMUA ORANG MELAYU BERJAYA KERANA DEB :-
SETUJU written by Mohd Khairul Azam B Abd Aziz,
Monday, January 29 2007 04:43 pm
Bukan semua orang Melayu berjaya kerana DEB. Tetapi ramai berjaya kerana DEB. Kalaupun tidak mahu berterima kasih....Janganlah...
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).
SEDARLAH.....