feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Nursuzani Binti Mohd Nadzir
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Nursuzani Binti Mohd Nadzir PDF Print E-mail
Wednesday, 31 March 2010 12:14pm
Image1.    Sila beritahu serba sedikit mengenai latar belakang anda?

Saya dilahirkan di Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 28/07/1983 dan membesar di beberapa tempat sebelum pulang ke Kelantan dan menetap di sini. Saya menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2007. Selepas itu, saya pulang ke Kota Bharu untuk menjalani latihan sebagai Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Nor Bahrum & Co., dan seterusnya bekerja di situ sehingga sekarang.

2.    Boleh beritahu apa yang mendorong kamu menceburi bidang undang-undang?

Dorongan yang paling utama sekali adalah minat yang timbul dalam diri saya dan tentunya daripada keluarga terutama ibu, ayah dan abang saya. Semenjak saya berada di bangku sekolah menengah lagi, saya amat meminati semua aktiviti yang berkaitan dengan perbahasan, debat dan syarahan. Malah saya juga pernah menyertai pertandingan syarahan Bahasa Inggeris. Justeru, saya tidak mahu membiarkan minat yang ada dalam diri saya terkubur begitu sahaja selepas saya tamat persekolahan dan dengan itu saya memilih untuk menceburi bidang undang-undang. Alhamdulillah, pilihan saya tepat.

3.    Sepanjang perjalanan kamu di dalam bidang guaman, apa yang menjadi dorongan untuk terus menceburi bidang ini sedangkan ada bidang lain yang pendapatannya lebih lumayan?

Saya tidak menafikan ada bidang lain yang menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan daripada bidang guaman. Tetapi saya percaya minat juga harus ada. Tentu setiap orang mempunyai matlamat masing-masing dalam setiap bidang yang mereka ceburi. Walaubagaimanapun, bagi saya, minat yang menebal dalam bidang guaman menyebabkan saya memilih untuk menceburi bidang ini walaupun ada bidang lain yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.

4.    Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak firma baru yang terdiri dari golongan peguam muda (iaitu pengalaman di bawah 7 tahun). Adakah peguam muda sesuai untuk membuka firma sendiri dan kenapa? 

Bagi saya soalan ini sangat subjektif dan terpulang kepada setiap individu untuk menilainya sendiri. Akan tetapi, saya percaya sebelum setiap peguam muda membuka firma sendiri, adalah penting untuk peguam muda tersebut memperolehi kepercayaan daripada orang sekeliling dan mempunyai penampilan yang meyakinkan untuk menarik orang ramai atau dalam erti kata lain, mempunyai pakej lengkap. Tidak timbul isu samada peguam muda atau senior sesuai untuk membuka firma sendiri kerana ini terpulang pada setiap individu.      

5.    Sebagai seorang peguam yang selalu datang ke Mahkamah, dalam pandangan kamu apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang di antara Mahkamah dan peguam?

Sebagai seorang peguam yang selalu datang ke Mahkamah, pada pandangan saya bermacam-macam cara yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang di antara Mahkamah dan peguam. Contoh, jika kita lihat tradisi di Kelantan sendiri, bermacam-macam program yang diadakan yang melibatkan kedua-dua belah pihak seperti pertandingan bowling dan sukan-sukan lain dan lain-lain activiti lagi. Walaubagaimanapun, di Kelantan tidak terdapat jurang yang ketara antara Mahkamah dan peguam dan sepanjang saya hadir di Mahkamah, pihak Mahkamah memberikan kerjasama yang cukup baik. Seperkara yang kita perlu ingat, kita memerlukan antara satu sama lain dan kita sebagai peguam adalah rakan kepada Mahkamah.

6.    Adakah ‘continuing legal education’ penting dan adakah ia dilaksanakan di Negeri Kelantan?

‘Continuing Legal Education’ sangat penting dan saya berharap lebih banyak ‘forum/seminar/discussion’ boleh diadakan supaya peguam-peguam peka dengan setiap pindaan yang berlaku dalam undang-undang. Sepertimana yang kita tahu, undang-undang itu adalah sesuatu yang ‘hidup’ dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Justeru itu, Continuing Legal Education sangat penting dan setakat ini ia telah pun dilaksanakan di Negeri Kelantan.

7.    Apakah pendapat anda mengenai cadangan untuk menetapkan kadar gaji untuk peguam muda memandangkan terdapat aduan yang menyatakan mereka mendapat gaji yang sangat rendah berbanding dengan profesion lain.

Bidang guaman tidak mempunyai skala gaji yang tetap dan ia tidak mengikat setiap firma untuk memberikan kadar gaji yang sama kepada peguam. Walaubagaimanapun, saya percaya kadar gaji yang dikenakan untuk peguam muda perlulah dikaji semula kerana ada ketikanya kadar tersebut terlampau rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Dalam erti kata lain, biarlah munasabah.

8.    Apakah kelemahan yang kamu nampak dari golongan peguam muda atau pelatih dalam kamar yang perlu diperbaiki? Apakah fokus utama sebagai seorang peguam muda?

Kelemahan dari golongan peguam muda atau pelatih dalan kamar memang ada tetapi saya percaya masih boleh diperbaiki. Antara kelemahan yang ketara adalah sikap kurang bertanya sekiranya ada sesuatu yang tidak diketahui dan tidak cuba untuk mendekati peguam-peguam yang lebih senior. Adalah perlu untuk sikap ini dibaiki dan adalah penting untuk mengekalkan hubungan yang baik di antara peguam muda dan pelatih dalam kamar dengan peguam-peguam yang lebih senior. Fokus utama sebagai peguam muda sudah semestinya untuk melengkapkan diri dengan segala ilmu undang-undang dan cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada.


Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 57 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google